Contoh rangka kerja bagi program ‘mewujudkan komuniti pintar digital di Malaysia’

Rangka kerja ini dibangunkan berdasarkan enam prinsip strategi komunikasi iaitu:

  1. Boleh diakses;
  2. Boleh dilaksanakan;
  3. Berkredibiliti dan dipercayai;
  4. Relevan;
  5. Menepati masa; dan
  6. Difahami.

Tindakan kecemasan komunikasi

Panduan perancangan menyediakan tindakan lebih terperinci mengenai prinsip komunikasi ketika kecemasan dan bagaimana perancangan dapat membantu.

Ini adalah pelbagai peranan pegawai komunikasi ketika keadaan kecemasan:

  • Menganalisis dengan pantas setiap perubahan untuk disesuaikan dengan keperluan komunikasi;
  • Memasukkan hasil pemantauan ke atas media ke dalam perancangan komunikasi;
  • Mencipta dan berkongsi secara meluas fakta kes dan jawapan kepada soalan yang sering ditanya;
  • Menyediakan pangkalan maklumat bagi memudahkan membuat rujukan;
  • Menyelaras perancangan komunikasi dan pelaksanaan dengan rakan kongsi dalaman dan luaran;
  • Membangun mesej proaktif untuk berita dan saluran media sosial;
  • Menjawab pertanyaan media;
  • Membangunkan taktik penyebaran maklumat dalam pelbagai saluran.;
  • Mengemas kini laman web dengan memasukkan maklumat paling terkini; dan
  • Menyampaikan maklumat secara berurutan bagi memastikan tidak ada fakta yang terlepas pandang. Contohnya, siarkan dahulu sedikit maklumat terbaharu dalam laman sosial.

Beberapa istilah komunikasi

Penjenamaan
Ungkapan daripada sektor pemasaran. Keseluruhan proses membabitkan penciptaan nama dan imej yang unik untuk produk iaitu barangan atau perkhidmatan, ke dalam minda pelanggan, menerusi kempen pengiklanan dan tema yang konsisten.

Penjenamaan bermatlamat untuk mewujudkan kehadiran yang ketara dan dibezakan di pasaran yang menarik dan mengekalkan pelanggan setia. (Kamus Perniagaan)

Khalayak sampingan
Mereka yang terkesan daripada komunikasi organisasi yang ditujukan kepada khalayak sasaran. Organisasi tidak cuba untuk mengubah cara mereka berfikir, namun mereka mungkin secara tidak sengaja dipengaruhi oleh komunikasi organisasi.

Pemerkasaan
Dalam konteks organisasi, tindakan memberi mandat kepada individu untuk berkomunikasi tanpa perlu mereka meminta kebenaran.

Memanfaatkan
Mengembangkan pengaruhnya pada seseorang atau suatu kegiatan supaya mereka mengambil bahagian dalam mempromosikan objektif yang diinginkan.

Pengaruh
Pengaruh terdiri daripada menjauhkan pemikiran khalayak daripada cara mereka berfikir, ke arah satu pemikiran yang lain. Ia bertindak terhadap sikap, iaitu keyakinan dan idea bertujuan menimbulkan perubahan dalam tingkah laku.

Naratif
Naratif adalah cerita/berita menerangkan tindakan organisasi kepada khalayaknya. Naratif bertujuan memberi panduan membuat keputusan.

Perhubungan Awam
Bertanggungjawab mempromosi objektif organisasi kepada khalayak dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada aktiviti organisasi. Perhubungan awam termasuk merancang dan melaksanakan hubungan dengan media, komunikasi dalaman dan perhubungan di kalangan komuniti.

Diplomasi Awam
Keseluruhan langkah dan cara untuk memaklumkan, berkomunikasi dan bekerjasama dengan khalayak yang luas, bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman mengenai organisasi, mempromosi polisi dan kegiatan.

Operasi Psikologi
Perancangan aktiviti psikologi menggunakan kaedah komunikasi dan cara lain yang ditujukan kepada khalayak, dalam usaha untuk mempengaruhi persepsi, sikap dan tingkah laku mereka.

Cara Berfikir
Merujuk kepada persepsi, tafsiran dan jangkaan seseorang terhadap yang lain. Cara pemikiran seseorang dipengaruhi, antara lain, oleh maklumat yang dimiliki oleh orang ini berdasarkan pengalaman, budaya, kisah masa lalu atau rancangannya.

Demokrasi Digital
Merujuk kepada pelbagai cara di mana platform elektronik dapat membabitkan diri dan penyertaan orang awam yang lebih luas, termasuk dalam persekitaran politik. Demokrasi digital mungkin membabitkan lebih banyak penggunaan Internet untuk mengukur pendapat umum, serta perdebatan politik melalui media sosial dan forum dalam talian.

Kapitalisme
Sistem ekonomi sesebuah negara yang membolehkan perdagangan dan perindustrian dikuasai dan diurus oleh pemodal-pemodal sendiri (dengan memperhitungkan aspek-aspek persaingan, keuntungan, bekalan dan permintaan – Kamus Dewan Bahasa)

Neoliberalisme
Fahaman baharu yang condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. Bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran – Kamus Dewan Bahasa).

Neoliberalisme ialah fahaman yang menghidupkan semula idea-idea liberalisme ekonomi yang wujud pada abad ke-19. Idea-idea itu termasuk dasar-dasar pembebasan ekonomi seperti penswastaan, penjimatan cermat, penyahkawalseliaan, perdagangan bebas, serta pengurangan perbelanjaan pemerintah demi meningkatkan peranan sektor swasta dalam lingkungan ekonomi dan masyarakat. – Wikipedia

Individualisme
Prinsip atau tindakan yang menekankan kebebasan atau sifat-sifat individu seseorang.

Internet
Rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia; menginternetkan memasukkan data, maklumat dan sebagainya ke dalam rangkaian Internet, dan menyebarkannya melalui Internet. – Kamus Dewan Bahasa.

Digitalisasi
Perkembangan meluas dunia teknologi elektronik yang menghasilkan, menyimpan, dan memproses data dari segi dua keadaan – positif dan tidak positif.

Komunikasi
Perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, media sosial dan lain-lain) – Kamus Dewan Bahasa.

Integrasi
Gabungan dua atau beberapa kaum, unsur, bahagian dan lain-lain, menjadi satu kesatuan yang kukuh dan berpadu.

Dinamik
Bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta mener­bitkan pembaharuan dan kemajuan.

Instrumental
Pelaziman yang memerlukan subjek melakukan sesuatu mengikut prosedur atau menggunakan alat tertentu bagi memperoleh pengukuhan atau ganjaran. Sekiranya tingkah laku yang dikehendaki tidak diperlihatkan atau dilakukan, maka ganjaran tidak akan diberikan. Dalam pelaziman ini, tingkah laku dirangsang dengan alat tertentu untuk mendapatkan ganjaran.

Metodologi
Sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin, dan sebagainya.

Kolaborasi
Kerjasama dengan seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu.

Mod
Salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem atau capaian pilihan tertentu daripada pelbagai kaedah capaian ingatan yang boleh dilakukan dalam sistem.

Fleksibel
Boleh diubah atau disesuaikan dengan mudah. Mudah berubah (sikap, keputusan, dan lain-lain), menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan; kefleksibelan keadaan fleksibel, keluwesan. – Kamus Dewan Bahasa

Responsif
Segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dan sebagainya.

Transkrip
Rekod (catatan) ringkas, tetapi rasmi mengenai pencapaian, kebolehan atau program dan sebagainya.

Penulis terlibat dalam dunia penulisan untuk media cetak dan digital sejak 1993. Bermula sebagai wartawan sehingga ketua pengarang media digital. Daripada penggunaan mesin taip pada tahun 1990-an hingga kini – komputer riba.

SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
SIRI 6
SIRI 7
SIRI 8
SIRI 9
SIRI 10
SIRI 11
SIRI 12
SIRI 13
SIRI 14
SIRI 15
SIRI 16
SIRI 17

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading