
Contoh rangka kerja bagi program ‘mewujudkan komuniti pintar digital di Malaysia’
Cadangan dan latar belakang
Tujuan rangka kerja program ini disediakan adalah untuk menerangkan pendekatan strategik komunikasi maklumat, nasihat dan bimbingan kepada kementerian, agensi, GLC, atau syarikat, secara berkesan dalam pelbagai isu untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai komuniti pintar digital.
Kementerian telah membuat pelaburan yang penting untuk memenuhi keperluan maklumat, nasihat dan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan integrasi saluran komunikasi yang ada, termasuk perhubungan media, komunikasi sosial dan dalam talian, penjenamaan, komunikasi visual, dan komunikasi risiko.
Kementerian memerlukan semua kakitangan memahami dan menggunakan komunikasi dengan berkesan untuk mencapai matlamat program ini.
Pendekatan strategik ini dibentangkan sebagai rangka prinsip untuk amalan berkesan yang digunakan bagi pelbagai fungsi komunikasi. Ia mencerminkan input dan kajian oleh kakitangan Unit Komunikasi Korporat (UKK).
Taktik dimasukkan ke dalam rangka kerja ini untuk membangunkan produk dan aktiviti komunikasi yang mempunyai prinsip. Sekiranya taktik dan sumber ini digunakan, komunikasi di semua peringkat kementerian dapat diperbaiki.
Rangka kerja ini memasukkan prinsip komunikasi yang lebih mudah diambil tindakan, diakses, relevan, tepat pada masanya, difahami, dan boleh dipercayai. Ia adalah sumber dan rujukan yang direka untuk dikemas kini secara berterusan.
Walaupun teknik, khalayak, dan saluran untuk produk dan aktiviti komunikasi kementerian berbeza, semuanya mempunyai matlamat yang sama:
“Memberi maklumat, nasihat dan bimbingan kepada pembuat keputusan (khalayak utama) untuk mengambil tindakan segera menjadi komuniti pintar digital”.
Oleh itu, semua kakitangan UKK mestilah komited untuk memastikan maklumat, nasihat dan bimbingan yang efektif sampai kepada kumpulan sasaran utama terbabit.

Khalayak Sebagai Pembuat Keputusan
Rangka kerja ini memberi tumpuan kepada komunikasi antara dan dengan khalayak utama pembuat keputusan menjadi komuniti pintar digital.
Mereka adalah ejen yang menggunakan produk komunikasi kementerian untuk membuat pelbagai keputusan. Mereka ialah:
- Individu yang membuat keputusan utama dalam keluarga yang ingin menjadi masyarakat pintar digital;
- Penyedia yang membuat keputusan menawarkan perkhidmatan teknologi digital;
- Pembuat dasar pada peringkat nasional dan subnasional yang bertanggungjawab terhadap masyarakat tempatan dengan menyediakan kemudahan, bangunan dan pusat operasi;
- Komuniti yang membuat keputusan mengenai perkongsian ruang, aktiviti dan perkhidmatan, termasuk membersihkan pusat operasi dan menyediakan kemudahan lain;
- Organisasi antarabangsa atau syarikat yang membuat keputusan untuk membiayai serta melaksanakan program komuniti pintar digital; dan
- Kakitangan UKK yang membuat keputusan mengenai program, penyelarasan, sumber dan bagaimana untuk mengetengahkan program digital kepada masyarakat.
Rangka kerja ini dibangunkan berdasarkan enam prinsip strategi komunikasi iaitu:
- Boleh diakses;
- Boleh dilaksanakan;
- Berkredibiliti dan dipercayai;
- Relevan;
- Menepati masa; dan
- Difahami.
Kementerian, khususnya UKK mesti berusaha sepanjang masa untuk memastikan prinsip-prinsip ini adalah teras kegiatan komunikasi dan dapat dilihat dalam pelbagai bahan dan aktiviti, seperti mesej media sosial; lembaran fakta di dalam laman web, artikel, ulasan, maklumat grafik, soalan & jawapan; kandungan intranet untuk kakitangan kementerian; sidang akhbar, siaran berita dan nasihat media; video; aktiviti yang boleh memberi pendedahan dan mendapat jangkauan kumpulan sasar yang luas.
Ulasan kepada enam prinsip strategi komunikasi di atas akan diterangkan dalam SIRI 10, esok (Ahad, 24 September 2023).
Penulis terlibat dalam dunia penulisan untuk media cetak dan digital sejak 1993. Bermula sebagai wartawan sehingga ketua pengarang media digital. Daripada penggunaan mesin taip pada tahun 1990-an hingga kini – komputer riba.
SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
SIRI 6
SIRI 7
SIRI 8






Leave a Reply