Kita perlu menekankan kepada kepentingan perubahan dalam asas konsep (pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu), model, dan prinsip komunikasi, termasuk:

  1. Idea utama bahawa pada masa akan datang, salah satu cabaran paling penting yang akan dihadapi adalah dengan mengintegrasikan dan menerapkan keupayaan komunikasi yang lengkap dan dapat mempengaruhi sikap serta tingkah laku khalayak bagi mencapai matlamat operasi.
  2. Keperluan untuk membayangkan setiap perbuatan sebagai strategi komunikasi, kerana semua tindakan menghantar isyarat, sama ada dengan reka bentuk atau tidak, mempunyai akibat baik yang dikehendaki dan akibat yang tidak dikehendaki, yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan operasi.
  3. Kesedaran berterusan didorong oleh sifat rangkaian komunikasi global yang semakin meluas.
  4. Komunikasi sering memainkan peranan penting dalam memastikan setiap operasi berkesan.
  5. Strategi komunikasi dan keperluan untuk mengintegrasikan dan menggerakkan semua keupayaan yang berkaitan, mesti diletakkan dalam perancangan dan pengendalian semua operasi.
  6. Apakah pendekatan dan model yang paling berkesan untuk strategi komunikasi? Prinsip strategik komunikasi menyokong setiap lapisan komunikasi peringkat tertinggi.

Walaupun jenis dan kaedah komunikasi berfungsi sebagai alat, fungsi, dan pemboleh ubah untuk perancangan operasi dan pelaksanaan taktikal, prinsip teras akan menggantikan sifat instrumental kaedah itu.

  1. Apakah prinsip teras komunikasi manusia dapat membantu memberikan perspektif baharu mengenai strategi komunikasi? Komunikasi mempunyai sifat transaksi, pertukaran di antara khalayak dan kumpulan.

Organisasi pula berusaha untuk mengadakan hubungan dengan kumpulan sasar supaya matlamat organisasi boleh dicapai, manakala khalayak pula mendapat manfaat.

  1. Apakah bentuk yang sesuai untuk suasana berbeza di mana semua interaksi manusia berlaku pada abad ke-21 ini? Ia dipanggil komunikasi global bersepadu.

Pada abad ke-21, semua pihak akan dapat berhubung dengan semua orang dan semua maklumat, berinteraksi dengan individu dan kumpulan, dan mengambil bahagian dalam hampir setiap kejadian.

  1. Penyampai, mesej, makna, perantara, kepelbagaian. Dalam mana-mana model komunikasi, penyampai, mesej, makna dan perantara adalah aspek kritikal bagaimana inisiatif memulakan langkah perhubungan. Kepelbagaian peserta, saluran, rangkaian, metodologi, dan interaksi, ditambah.
  2. Komunikasi yang efektif mesti memberi perhatian serius kepada nilai-nilai asas peserta. Ia bertindak sebagai panduan kepada tingkah laku peribadi dan kumpulan, membantu membentuk moral, harapan, membina norma sosial, mempengaruhi kepercayaan agama, dan banyak lagi.
  3. Komunikasi strategik telah dilihat sebagai konsep bersama yang muncul dan sangat penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun pelbagai pihak menunjukkan minat dan perhatian terhadapnya, komunikasi strategik masih kekal sebagai satu konsep pembangunan.

  1. Komunikasi strategik digambarkan sebagai penyelarasan tindakan berkaitan imej, dan kata-kata untuk mencapai maksud tertentu.
  2. Prinsip komunikasi strategik digariskan antaranya:
  • Pemimpin sebagai pemandu. Ketua mesti mengetuai proses komunikasi.
  • Kebenaran dan kebolehpercayaan. Persepsi mengenai kebenaran dan hormat.
  • Dialog. Pertukaran pelbagai idea.
  • Usaha bersepadu. Bersepadu dan diselarakan.
  • Responsif. Khalayak yang tepat, mesej, waktu dan tempat.
  • Memahami. Pemahaman yang mendalam terhadap orang lain.
  • Meluas. Setiap tindakan menghantar mesej.
  • Berasaskan keputusan. Terikat dengan keadaan akhir yang dikehendaki.
  • Berterusan. Analisis, perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

Pemimpin sebagai pemandu – pemimpin mesti bertindak tegas dan memacu proses komunikasi strategik. Srategi komunikasi yang berjaya mengintegrasikan tindakan, perkataan, dan imej – bermula dengan hasrat kepimpinan dan bimbingan yang jelas.

Objektif dan hasil yang dikehendaki kemudian dikaitkan dengan garis besar operasi yang ditetapkan dalam organisasi, pusat perintah atau rancangan kempen bersepadu. Keputusannya ialah tindakan dan kata-kata terhadap perancangan.

Pemimpin juga perlu menggunakan strategi komunikasi yang betul sama seperti bidang lain.

Kebenaran dan boleh dipercayai – Persepsi mengenai kebenaran dan kebolehpercayaan di antara semua pihak. Kredibiliti dan konsistensi adalah asas komunikasi yang berkesan; mereka membina dan bergantung kepada persepsi mengenai ketepatan, kebenaran, dan kepercayaan.

Tindakan, imej, dan kata-kata mesti diintegrasikan dan diselaraskan secara dalaman dan luaran tanpa sebarang percanggahan antara perkataan dan perbuatan atau antara dasar dan perbuatan. Komunikasi strategik juga memerlukan tenaga profesional yang berkomunikasi dengan baik, berpendidikan, dan berpengalaman.

Kredibiliti juga sering membabitkan komunikasi melalui orang lain yang mungkin dilihat sebagai lebih dipercayai.

Memahami – Memahami secara mendalam mengenai sikap, budaya, identiti, tingkah laku, sejarah, perspektif dan sistem sosial. Apa yang kita katakan, lakukan, atau tunjukkan, mungkin tidak semua orang yang mendengar atau melihatnya.

Pengalaman individu, budaya, dan pengetahuan mampu menyediakan konteks yang membentuk persepsi mereka, sekali gus boleh memutuskan sebarang tindakan.

Kita mesti memahami bahawa konsep nilai moral adalah tidak mutlak, tetapi relatif kepada naratif masyarakat dan budaya individu. Khalayak memahami makna dengan tafsiran komunikasi yang disediakan.

Oleh itu, apa yang kita katakan, lakukan, atau tunjukkan mungkin bukan apa yang mereka dengar atau lihat.

Bertindak tanpa memahami khalayak boleh membawa kepada salah faham kritikal dan mendatangkan akibat yang serius.

Memahami kesan subjektif budaya, bahasa, sejarah, agama, persekitaran dan faktor-faktor lain adalah penting ketika menyediakan strategi komunikasi untuk kumpulan sasaran.

Membina hubungan dan kolaborasi di antara agensi, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti perniagaan memudahkan pemahaman yang lebih baik mengenai khalayak.

Berdialog – Pertukaran pelbagai idea untuk memupuk pemahaman dan membina hubungan. Komunikasi yang efektif memerlukan dialog oleh semua pihak.

Ia membabitkan pendengaran, perjanjian dan saling mengerti. Kejayaan membangun dan melaksanakan strategi komunikasi jarang terjadi dalam sekelip mata.

Hubungan memerlukan masa untuk dibangunkan dan memerlukan pendengaran, menghormati budaya, dan membina kepercayaan.

Meluas – Setiap tindakan, gambaran dan perkataan menghantar mesej. Komunikasi sekarang ini sudah tidak mempunyai sempadan sama ada dari segi masa atau ruang.

Apa sahaja yang kita katakan, lakukan, atau gagal lakukan, akan menarik komunikasi ke dalamnya. Setiap tindakan, perkataan dan gambaran menghantar mesej, dan setiap anggota pasukan adalah penyampai mesej, daripada buruh am hingga kepada pemimpin.

Semua komunikasi mempunyai kesan strategik, dan khalayak pula tidak boleh diketepikan dalam dunia digital sekarang.

Usaha bersepadu – Bersepadu dan diselaraskan sama ada secara menegak atau mendatar. Komunikasi strategik adalah proses kerjasama yang konsisten yang mesti diintegrasikan secara menegak daripada peringkat taktikal, dan mendatar merentasi pemegang kepentingan.

Pemimpin menyelaras dan menyegerakan instrumen kuasa dalam bidang tanggungjawab mereka – pengaruh dan kepentingan mencapai hasil dikehendaki.

Oleh kerana organisasi tidak akan bertindak sendirian, maka secara idealnya, semua individu yang mungkin berdepan kesan akan menjadi sebahagian daripada integrasi komunikasi.

Berdasarkan keputusan – Komunikasi strategik mesti tertumpu kepada pencapaian keputusan yang diinginkan. Proses komunikasi, tema, sasaran dan mod pembabitan diperoleh daripada dasar, visi strategik, perancangan kempen dan reka bentuk operasi.

Komunikasi strategik bukan sekadar ‘alat lain dalam kotak peralatan pemimpin’, tetapi mesti membimbing semua individu dalam pasukan melakukannya.

Responsif – Khalayak yang betul, mesej yang betul, masa yang tepat, dan tempat yang tepat. Komunikasi strategik harus memberi tumpuan kepada hasil yang diinginkan. Tanggapan yang cepat dan tepat pada masa yang sentiasa berubah-ubah dan berlaku krisis, adalah penting kerana ini mungkin mempunyai kesan strategik.

Strategi komunikasi mesti mencapai khalayak yang dikenal pasti melalui mesej yang disesuaikan yang berkaitan dengan khalayak berkenaan. Komunikasi strategik membabitkan perbincangan yang lebih luas untuk menyelaras tindakan, imej, dan kata-kata bagi menyokong dasar, objektif strategik dan gambaran besar pada jangka masa panjang.

Organisasi mesti kekal fleksibel untuk menangani isu-isu tertentu, dengan khalayak tertentu, pada saat-saat tertentu, dengan berkomunikasi, bagi mencapai kesan yang paling besar.

Semua komunikasi membawa risiko dan memerlukan tahap penerimaan risiko dalam organisasi. Pemimpin mesti membangun dan menanam budaya yang memberi inisiatif tetapi tidak berlebihan terhadap kegagalan dan kesalahan.

Walaupun risiko mesti ditangani dalam bentuk andaian dalam perancangan, ia tidak seharusnya menghalang kebebasan pemimpin mengambil tindakan setelah memberi pertimbangan sewajarnya.

Berterusan – Rajin melakukan penyelidikan, analisis, perancangan, pelaksanaan, dan penilaian berterusan yang memberi input kepada perancangan dan tindakan. Komunikasi strategik adalah proses penyelidikan dan analisis berterusan, perancangan, pelaksanaan, dan penilaian.

Kejayaan dalam proses ini memerlukan analisis dan penilaian yang berterusan dan yang diletakkan semula ke dalam perancangan dan tindakan.

Komunikasi strategik menyokong objektif organisasi dengan menyesuaikan diri sebagaimana dikehendaki dan apabila rancangan berubah. Proses komunikasi strategik sepatutnya beroperasi dengan pantas atau rentaknya lebih cepat daripada pesaing.

Penulis terlibat dalam dunia penulisan untuk media cetak dan digital sejak 1993. Bermula sebagai wartawan sehingga ketua pengarang media digital. Daripada penggunaan mesin taip pada tahun 1990-an hingga kini – komputer riba.

SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5

6 responses to “[SIRI 6] Komunikasi Strategik: Mempengaruhi sikap, tingkah laku khalayak”

  1. […] SIRI 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6 […]

  2. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI […]

  3. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI 8SIRI […]

  4. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI 8SIRI 9SIRI […]

  5. […] 1SIRI 2SIRI 3SIRI 4SIRI 5SIRI 6SIRI 7SIRI 8SIRI 9SIRI 10SIRI […]

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading