BARISAN Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengakui terdapat kemajuan dalam isi kandungan berkaitan Proses Dialog Damai dengan Kerajaan Thailand, walaupun Pelan Komprehensif Bersama ke Arah Pendamaian (JCPP), belum dimuktamatkan.

Jurucakap Jabatan Teknikal BRN, Ustaz Khalid Abdullah juga menjelaskan dalam rundingan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini terdapat kemajuan dalam mengurang atau memberhentikan sementara kekerasan.

“Berkaitan dengan perkembangan atau kemajuan proses rundingan atau rundingan teknikal yang kesepuluh… sebenarnya pada awal proses teknikal itu adalah merupakan satu proses untuk mempersiapkan JCPP.

“Kerana JCCP itu kita ada dua draf. Pertama adalah draf kita dengan draf pihak Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thai  (PEDP/RTG). Kemudian di antara dua draf ini kita usaha bagaimana untuk melahirkan single draf (draf utama) ataupun untuk melahirkan draf yang satu sebagai rangka kerja proses selanjutnya.

“Maka proses yang kesepuluh ini kita nampak ada sedikit kemajuan berkaitan dengan isi-isi kandungan terhadap proses (itu),” kata dalam temu bual khas dengan sebuah laman Facebook Thailand, malam tadi (29 Mei 2024).

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama kali Ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai (JWG-PDP) Wilayah Sempadan Selatan Thailand antara PEDP/RTG dan BRN diadakan pada 19 Mei hingga 21 Mei 2024 di Kuala Lumpur.

PEDP/RTG diketuai oleh Lt Jen Pramote Promin, manakala panel BRN diketuai oleh Dr Nikmatullah bin Seri, menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara Malaysia, sebelum ini.

Jurucakap Jabatan Teknikal BRN, Ustaz Khalid Abdullah.

Mengulas lanjut, Ustaz Khalid berkata apabila siapnya JCPP (setelah digabungkan dua draf menjadi satu), maka akan ada majlis menandatangani di antara kedua-dua pihak bagi mengesahkan rangka kerja JCPP itu.

“Dalam rundingan yang kesepuluh ini ada kemajuan yang berkaitan dengan pengurangan ataupun pemberhentian kekerasan sementara.

“Itu kita belum putuskan lagi pemberhentian sementara itu sama ada sebulan ataupun dua bulan ataupun tiga bulan dan juga… cuma kita dapat gambarkan bahawa dalam pemberhentian (kekerasan) kita ini mempunyai tiga tahap.

“(Pemberhentian) tahap jangka pendek, tahap jangka menengah dan tahap jangka panjang. Itu kita bergantung kepada kemajuan antara satu tahap ke satu tahap.

“Untuk nak melaksanakan ataupun implementasi terhadap pengurangan (kekerasan) di sinilah kita hendak … bagi kami apabila adanya pengurangan maka di sinilah kita akan berjalan serentak dengan konsultasi awam (usaha bertukar-tukar fikiran dan pendapat),” katanya lagi.

Menurut Ustaz Khalid rundingan ke sepuluh mencapai beberapa kemajuan berbanding rundingan ketujuh, lapan dan kesembilan sebelum ini.

Katanya dalam rundingan itu BRN juga bersetuju untuk membahas masalah mekanisme pemantau.

“Maka di sini kita sudah sepakat bahawa perlu adanya team monitoring (pasukan pemantau) sebagai pemantau di dalam kedua-dua kegiatan ini, baik kegiatan pengurangan kekerasan dan juga konsultasi awam.

“Maka di sinilah kita dapat melahirkan kata sepakat, walaupun tidak dipersetujui kerana dipersetujui itu di atas rundingan rasmi ataupun major nanti, iaitu kita dapat sepakat membentuk team monitoring iaitu terdiri daripada Central Monitoring dan field monitoring. Pemantau Pusat dan Pemantau Lapangan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata bagi Pemantau Pusat ianya akan terdiri daripada pihak fasilitator, BRN, dan PEDP/RTG sendiri.

Ustaz Khalid juga berkata kedua-dua pihak juga sepakat untuk mencalonkan dua atau tiga wakil dari negara-negara Asean untuk berada dalam Pasukan Pemantau Pusat.

“Yang ikut dalam proses rundingan daripada awal hingga sampai hari ini juga kita jemput juga dua orang untuk sebagai Pasukan Pemantau Pusat.

“Kemudian pergi kepada Pasukan Pemantau Lapangan. Setakat ini kita sudah sepakat iaitu enam orang satu wilayah. Enam orang dari Yala, enam orang dari Pattani, enam dari Narathiwat, dan Senggora (Songkhla) kalau tak silap saya empat orang.

“Maka di sinilah kita dapat melihat bahawa kesepakatan tentang kemajuan ini agak nampak selangkah,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa perbincangan kesepuluh di Kuala Lumpur itu juga mencapai kata sepakat untuk menyediakan Terma Rujukan (ToR) untuk Pasukan Pemantau.

“Tapi ToR ini kita belum ada isi-isi kandungan dan belum sentuh lagi dan cuma kita sepakat untuk mengadakan ToR. Mungkin dalam pertemuan selanjutnya kita akan mengadakan ToR yang berkaitan dengan monitoring,” katanya.

Sehubungan itu, katanya BRN berharap dengan secepat mungkin dapat melaksanakan tentang kegiatan pemberhentian kekerasan dan mengadakan konsultasi awam.

“Di sini juga kita sudah sepakat bahawa apabila ada pemberhentian kekerasan dan diikuti dengan konsultasi awam.

Tujuan mengadakan konsultasi awam itu, menurutnya, adalah untuk melahirkan ataupun berkomunikasi dengan rakyat di lapangan supaya mereka juga dapat mengambil bahagian dalam proses damai ini.

Ustaz Khalid berkata, BRN mencadangkan tiga bentuk konsultasi awam iaitu konsultasi sepihak; konsultasi awam bersama di antara BRN dan PEDP/RTG; dan memberi peluang kepada CSO dan NGO di lapangan untuk mengadakan konsultasi awam secara rutin supaya rakyat dapat memahami proses damai itu.

“Bererti kita ada langkah kesepakatan dan belum dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Nanti persetujuan kita itu (adalah) semasa rundingan meja besar nanti.

“Kami mengharapkan bahawa proses ke depan lebih norma sebagaimana proses-proses yang berlaku di kawasan konflik lainnya di dunia ini.

“Maka proses ini kalau tidak ada halangan atau tidak halangan kita akan terus supaya sampai kepada betul-betul perdamaian yang diinginkan oleh masyarakat tempatan,” katanya mengakhiri temu bual itu.


ความรุนแรงในภาคใต้ยุติลงชั่วคราวอันเป็นผลจากการประชุม BRN และรัฐบาลไทยที่กรุงกัวลาลัมเปอร์

แนวร่วมปฏิวัติแห่งชาติมลายูปัตตานี (BRN) ยอมรับว่ามีความคืบหน้าในเนื้อหาที่เกี่ยวข้องกับกระบวนการเจรจาสันติภาพกับรัฐบาลไทย แม้ว่าแผนร่วมฉบับสมบูรณ์เพื่อการปรองดอง (JCPP) จะยังไม่เสร็จสิ้นก็ตาม

อุสตาซ คาลิด อับดุลเลาะห์ โฆษกฝ่ายเทคนิคของ BRN อธิบายด้วยว่าในการเจรจาที่จัดขึ้นในกรุงกัวลาลัมเปอร์เมื่อเร็วๆ นี้ มีความคืบหน้าในการลดหรือหยุดความรุนแรงชั่วคราว

“ในส่วนที่เกี่ยวข้องกับการพัฒนาหรือความก้าวหน้าของกระบวนการเจรจาหรือการเจรจาทางเทคนิคครั้งที่สิบ…จริงๆ แล้ว จุดเริ่มต้นของกระบวนการทางเทคนิคนั้นเป็นกระบวนการในการเตรียม JCPP

“เพราะ JCCP เรามีร่าง 2 ฉบับ ฉบับแรกเป็นร่างของเราที่มีร่าง PEDP/RTG จากนั้นระหว่าง 2 ร่างนี้ เราพยายามสร้างร่างเดียว (ร่างหลัก) หรือสร้างร่างเดียวเพื่อเป็นกรอบกระบวนการทำงานต่อไป

“ดังนั้นกระบวนการที่สิบนี้ เราเห็นว่ามีความคืบหน้าบางประการที่เกี่ยวข้องกับเนื้อหาของกระบวนการ” กล่าวในการสัมภาษณ์พิเศษกับเพจ Facebook ของไทย คืนนี้ (29 พ.ค. 2567)

ก่อนหน้านี้ การประชุมคณะกรรมการด้านเทคนิคร่วมครั้งที่ 10 ของคณะทำงานร่วมกระบวนการเจรจาสันติภาพ (JWG-PDP) ของพื้นที่ชายแดนภาคใต้ของประเทศไทย ระหว่าง PEDP/RTG และ BRN จัดขึ้นระหว่างวันที่ 19 พฤษภาคม ถึง 21 พฤษภาคม 2567 ณ กรุงกัวลาลัมเปอร์

PEDP/RTG นำโดยพลโทปราโมทย์ โปรมิน ในขณะที่คณะผู้พิจารณาของ BRN นำโดยดร. นิกมาตุลเลาะห์ บิน เสรี ตามคำแถลงก่อนหน้าของสภาความมั่นคงแห่งชาติมาเลเซีย

อุสตาซ คาลิด กล่าวเพิ่มเติมว่าเมื่อ JCPP พร้อม (หลังจากร่างทั้งสองถูกรวมเป็นหนึ่งเดียว) จะมีพิธีลงนามระหว่างทั้งสองฝ่ายเพื่อยืนยันกรอบ JCPP

“การเจรจาครั้งที่ 10 นี้ มีความคืบหน้าเกี่ยวกับการลดหรือยุติความรุนแรงชั่วคราว

“เรายังไม่ได้ตัดสินใจว่าเลิกชั่วคราว หรือจะเป็นระยะเวลาหนึ่งเดือน สองเดือน หรือสามเดือน และเรายังอธิบายได้เพียงว่าในการเลิก(ความรุนแรง) ของเรานั้นมีสามระดับ

“(ขอบเขตหรือแนวโน้ม) ระดับระยะสั้น ระดับกลาง และระดับระยะยาว ซึ่งเราขึ้นอยู่กับความก้าวหน้าจากระดับหนึ่งไปอีกระดับหนึ่ง

การดำเนินการลด (ความรุนแรง) ทันทีทันใด นี่คือจุดที่เราต้องการ … สำหรับเรา หากมีการลดลง นี่คือจุดที่เราจะดำเนินการไปพร้อมกับการปรึกษาหารือสาธารณะ (ความพยายามที่จะแลกเปลี่ยนความคิดและความคิดเห็น)” เขากล่าวเสริม .

จากข้อมูลของอุสตาซ คาลิด การเจรจาครั้งที่ 10 มีความคืบหน้าบ้างเมื่อเทียบกับการเจรจาครั้งที่ 7, 8 และ 9 ก่อนหน้านี้

เขากล่าวว่าในการเจรจา บีอาร์เอ็นยังตกลงที่จะหารือเกี่ยวกับปัญหาของกลไกการติดตามด้วย

“ที่นี่เราจึงเห็นพ้องกันว่าจำเป็นต้องมีทีมงานติดตามติดตามในกิจกรรมทั้งสองนี้ ทั้งกิจกรรมลดความรุนแรงและการปรึกษาหารือสาธารณะด้วย

“นี่คือจุดที่เราสามารถบรรลุข้อตกลงได้แม้ว่าจะไม่ได้ตกลงกันก็ตามเพราะได้มีการตกลงกันในการเจรจาอย่างเป็นทางการหรือสำคัญๆ ในภายหลัง นั่นคือเราสามารถตกลงที่จะจัดตั้งทีมติดตามผลซึ่งประกอบด้วย Central Monitoring และ Field Monitoring ส่วนกลางได้ การติดตามและการติดตามภาคสนาม” เขาอธิบายเพิ่มเติม

เขากล่าวว่าสำหรับ Central Monitor จะประกอบด้วยผู้อำนวยความสะดวก BRN และ PEDP/RTG เอง

อุสตาซ คาลิด ยังกล่าวอีกว่าทั้งสองฝ่ายตกลงที่จะเสนอชื่อตัวแทนสองหรือสามคนจากประเทศอาเซียนให้อยู่ในทีมติดตามส่วนกลาง

“ผู้ที่เข้าร่วมกระบวนการเจรจาตั้งแต่เริ่มต้นจนถึงวันนี้ เราก็ได้เชิญ 2 คนมาเป็นทีมติดตามกลางด้วย

“แล้วไปทีมติดตามภาคสนาม จนถึงตอนนี้ เราตกลงกันว่าภาคละ 6 คน ยะลา 6 คน ปัตตานี 6 คน นราธิวาส 6 คน และสงขลาถ้าจำไม่ผิด 4 คน”

“นี่คือจุดที่เราเห็นได้ว่าข้อตกลงเกี่ยวกับความคืบหน้าดูเหมือนจะก้าวไปข้างหน้า” เขากล่าว

นอกจากนี้เขายังอธิบายด้วยว่าการอภิปรายครั้งที่10 ในกรุงกัวลาลัมเปอร์ยังได้ลงมติในการเตรียมข้อกำหนดในการอ้างอิง (ToR) สำหรับทีมติดตามผล

“แต่เรายังไม่มีเนื้อหาที่กำหนดขอบเขตหรือรายละเอียดอีก และเราเพิ่งตกลงที่จะกำหนดขอบเขต บางทีในการประชุมครั้งต่อไป เราจะจัดรายละเอียดที่เกี่ยวข้องกับการตรวจสอบ” เขากล่าว

ในเรื่องนี้ เขากล่าวว่าบีอาร์เอ็นหวังว่าจะสามารถยุติกิจกรรมความรุนแรงได้โดยเร็วที่สุดและจัดให้มีการรับฟังความคิดเห็นสาธารณะ

“ในที่นี้เราก็เห็นพ้องต้องกันว่าเมื่อมีการยุติความรุนแรงตามด้วยการปรึกษาหารือสาธารณะ

วัตถุประสงค์ของการจัดรับฟังความคิดเห็นสาธารณะตามที่เขากล่าวไว้ คือการให้กำเนิดหรือสื่อสารกับประชาชนในพื้นที่ เพื่อให้พวกเขาสามารถมีส่วนร่วมในกระบวนการสันติภาพนี้ได้

อุสตาซ คาลิด กล่าวว่า BRN เสนอรูปแบบการปรึกษาหารือสาธารณะสามรูปแบบ ซึ่งเป็นการปรึกษาหารือฝ่ายเดียว การปรึกษาหารือสาธารณะร่วมกันระหว่าง BRN และ PEDP/RTG และเปิดโอกาสให้องค์กรภาคประชาสังคมและองค์กรพัฒนาเอกชนในภาคสนามจัดให้มีการปรึกษาหารือสาธารณะเป็นประจำเพื่อให้ประชาชนเข้าใจกระบวนการสันติภาพ

“หมายความว่าเรามีขั้นตอนข้อตกลงและยังไม่ได้ตกลงกันระหว่างทั้งสองฝ่าย ต่อมาข้อตกลงของเรา (คือ) ในระหว่างการเจรจาครั้งใหญ่ในภายหลัง

“เราคาดหวังว่ากระบวนการในอนาคตจะเป็นปกติมากขึ้นเช่นเดียวกับกระบวนการที่เกิดขึ้นในพื้นที่ความขัดแย้งอื่นๆ ในโลก

“ดังนั้น กระบวนการนี้ หากไม่มีอุปสรรคใดๆ เราจะยังคงบรรลุความสงบสุขตามที่ชุมชนท้องถิ่นต้องการ” เขากล่าวปิดท้ายการสัมภาษณ์

  1. [BAHASA MELAYU/THAI] Jauh lagikah sinar keamanan di Selatan Thai?
  2. Perintah Darurat kekal di Selatan Thai jika keganasan berterusan…. siapa yang susah?
  3. [VIDEO/GAMBAR] Mesyuarat di KL, bom tetap meletup di Selatan Thai: 2 askar maut, 11 cedera
  4. [BAHASA MELAYU/THAI] Mesyuarat Pasukan Teknikal Dialog Damai Selatan Thai lancar: Malaysia puas hati
  5. [BAHASA MELAYU/THAI] Era Baharu Dialog Damai: Thai, BRN bincang secara teknikal di KL

One response to “Keganasan di Selatan Thai dihentikan sementara hasil mesyuarat BRN, PEDP di KL”

  1. […] Keganasan di Selatan Thai dihentikan sementara hasil mesyuarat BRN, PEDP di KL […]

Leave a Reply

Trending