AZAN Subuh berkumandang. Semael bersiap untuk ke surau berhampiran rumahnya di sebuah kampung di Dusun Nyior, Narathiwat, Selatan Thailand. Dicapainya songkok hitam yang telah lusuh yang digunanya sejak kira-kira lapan tahun lalu.

Isterinya, Rokiyah juga sudah bangun untuk solat subuh. Dua anak Semael berusia 3 dan 5 tahun masih merengkok di tempat tidur. Rumah pusaka orang tuanya beratap genting tapi berdinding zink.

Semael melangkah turun tangga. Tiba-tiba dia terdengar tiga dentuman tembakan senjata api dari arah surau. Semael berlari sambil dalam hati tertanya-tanya “apa yang berlaku? Bunyi tembakan? Siapa yang kena tembak?

Di pekarangan surau, siak Khossim sedang mengampu imam Doloh yang terlentang tak bernyawa. “Allahu Akbar… bila lagi nak berhenti kejadian seperti ini… bila lagi nak aman” kata Semael.

Selatan Thailand terus bergolak… sinar keamanan entah bila akan menjelma. Proses damai yang telah memakan masa bertahun-tahun belum menunjukkan kejayaan. Baik penduduk tempatan mereka tetap bimbang, tetapi kehidupan harian perlu diteruskan. Pelancong pula mula menjauhkan diri….. siapa yang rugi?

Kejadian pembunuhan, tembakan senjata api dan pengeboman oleh pihak tidak bertanggungjawab semakin kerap berlaku di Selatan Thai, sejak kebelakangan ini, terutama di tiga wilayah – Yala, Narathiwat dan Pattani.

Mangsa yang terbunuh atau cedera adalah penduduk kampung, kumpulan bersenjata dan anggota pasukan keselamatan Thailand.

Tidak kiralah wanita, kanak-kanak, muda atau tua maut akibat tembakan atau letupan bom, atau mengalami kecederaan kekal yang akan menjadi kenangan seumur hidup.

Manakala, isteri, suami, ibu, adik, kakak, abang, ibu dan bapa akan kehilangan orang tersayang. Tidak kiralah mereka orang awam, anggota pasukan keselamatan atau kumpulan bersenjata.

Mengapa ada pihak yang sanggup mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman? Tidak bolehkan penduduk Selatan Thai yang majoritinya beragama Islam tinggal dengan aman damai?

Tidak rasa bimbang atau berdebar-debar setiap kali melangkah keluar rumah menuju ke tempat kerja, masjid atau surau.

Terbaharu, kejadian letupan bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang dipakir di kawasan tumpuan ramai pada sebelah malam di bandar Narathiwat – tempat yang dikenali sebagai ‘sangkar burung’.

Penulis berada di Selatan Thai ini sudah lebih setahun. Memang boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kejadian tembakan dan letupan bom, sama ada menyasarkan individu atau merosakkan harta benda awam, termasuk tiang elektrik dan komunikasi.

Semalam (10 Mei 2024), ketika menulis artikel ini pun sebutir bom yang ditanam di tepi jalan utama di Belukar Samok (laluan dari Simpang Jerai ke Kapho) di daerah Bacho, Narathiwat, meletup.

Ada pihak mendakwa bom itu dipasang oleh kumpulan bersenjata yang menyasarkan anggota pasukan keselamatan Thailand yang akan melalui kawasan itu.

Tetapi disebabkan hujan lebat, pasukan keselamatan membatalkan rondaan dan letupan bom jangka (bomb whose detonation is triggered by a timer) itu tidak mendatangkan kecederaan.

Cuba bayangkan sekiranya ketika itu orang awam atau penduduk kampung atau pelancong yang tidak bersalah melalui kawasan itu ketika ‘timer’ bom aktif.

Kebanyakan kejadian sebelum ini berlaku di luar bandar atau di pekan-pekan kecil di Narathiwat, Yala dan Pattani. Penulis pernah memandu di wilayah Yala – tersesat memasuki kampung-kampung yang jauh dari bandar.

Google Map bertanda merah dan hitam di jalan yang penulis lalui. Kalau di tempat lain, merah bererti jalan itu sesak ‘jem’, tai penulis diberitahu bahawa tanda ‘merah’ atau ‘hitam’ di Selatan Thai menunjukkan laluan itu terletak dalam kawasan paling bahaya – red zone.

Paling bahaya bermakna tiada jaminan keselamatan di kawasan itu selain kerap berlaku pengeboman atau pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata.

Bagi penulis, kumpulan bersenjata di Selatan Thai dikategorikan kepada empat iaitu pejuang (kemerdekaan), sindiket dadah, kumpulan individu yang mahu membalas dendam dan pihak yang tidak mahu melihat Yala, Narathiwat dan Pattani, aman.

Namun, penulis tidak dapat memastikan pihak mana yang melakukan serangan terhadap anggota pasukan keselamatan atau pengeboman di tempat awam hingga mencederakan orang ramai, seperti yang berlaku di Narathiwat 6 Mei lalu.

Adakah pejuang? atau sindiket dadah? atau individu yang mahu membalas dendam terhadap pasukan keselamatan? Atau pihak lain yang sengaja melakukan supaya ketiga-tiga wilayah Selatan (yang disebut deepsouth) tidak aman?

Bagi pejuang mereka sejak lama dulu telah memerangi pasukan keselamatan Thai untuk menuntut kemerdekaan. Namun, usaha telah dilakukan – dengan Malaysia menjadi perantara – untuk proses damai dengan kerajaan Thai.

Bagaimanapun, tidak ada tanda-tanda perjuangan itu akan dihentikan. Demikian juga proses damai yang penulis lihat tidak pernah berjaya mencapai satu keputusan yang menguntungkan umat Islam Selatan Thai.

Sementara, bagi sindiket dadah pula, mereka bertindak mencetuskan huru-hara kerana kegiatan mereka sering dibongkar oleh pasukan keselamatan. Contohnya serangan terhadap pasukan keselamatan Thai di Sungai Golok pada 28 April lalu.

Pihak berkuasa Thai percaya kejadian itu berlaku susulan penahanan empat lelaki yang disyaki anggota sindiket penyeludupan dadah sebelum ini. Menerusi penahanan di pekan Sungai Golok itu, polis turut merampas lebih 600,000 pil dan ia rampasan terbesar sejak beberapa tahun lalu.

Sudah tentu sindiket terbabit mahu membalas dendam. Akibatnya mereka menyerang empat anggota polis Thai dengan melepaskan tembakan dan pengeboman.

https://apakhabartv.com/2024/05/07/dua-rakyat-malaysia-cedera-letupan-bom-motosikal-di-bandar-narathiwat/

Manakala, bagi kategori ketiga yang sering menimbulkan keadaan tidak tenteram ialah mereka yang mahu membalas dendam terhadap pasukan keselamatan Thai yang didakwa menyebabkan kematian saudara mara mereka. Sikap ini sukar dikikis.

Kategori keempat pula adalah mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan sengaja mahu mencetuskan keadaan tidak aman. Pihak ini sukar dikenal pasti.

Sesekali penulis berfikir “elok lah pelancong Malaysia terus ke Hat Yai… tak perlu datang ke wilayah yang tidak aman… takut-takut berlaku sebagaimana yang terjadi kepada dua rakyat Malaysia dari Kelantan dalam kes letupan bom motosikal di Narathiwat tiga hari lalu.”

Tapi dari satu segi lain pula kita mahu supaya lebih ramai pelancong Malaysia melawat tempat-tempat menarik di sekitar Yala, Narathiwat dan Pattani. Sekurang-kurangnya dengan lawatan itu dapat menggalakkan lagi ekonomi penduduk tempatan.

Bagi, Konsul General Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi beliau menjelaskan ketiga-tiga wilayah itu berpotensi menjadi antara pusat pelancongan terkenal.

“Kelima-lima wilayah Selatan Thai ini – Yala, Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Satun – sebenarnya berpotensi besar untuk menarik pelabur dari Malaysia,” katanya kepada Apa Khabar TV, baru-baru ini.

Beliau percaya beberapa kejadian yang berlaku di Selatan Thai sebelum ini disebabkan ada beberapa pihak yang cuba menunjukkan bahawa mereka masih wujud.

Penulis tidak mahu mengatakan siapa yang benar, siapa yang salah. Masing-masing – kumpulan pejuang, sindiket dadah, individu, atau pihak berkuasa sendiri – mempunyai alasan.

Namun, penulis mengajak semua pihak berfikir – apa baiknya kejadian-kejadian seperti itu? Tidakkah ianya menyusahkan penduduk dan ekonomi tempatan? Bagaimana sekiranya kerajaan Thai mengisytiharkan darurat di kawasan tertentu? Tidakkah ianya akan menyusahkan?

Selesai pengkebumian imam Doloh, Semael pulang ke rumah. Duduk di tepi pintu rumahnya sambil menggulung rokok daun, Semael merenung dua anaknya yang bermain di tepi anak sungai di hadapan rumahnya.

“Bilakah akan aman… bagaimana nasib anak-anak ku” keluh Semael.

รัศมีแห่งสันติภาพภาคใต้ไกลแค่ไหน?

อาซาน ยามเช้าก็ดังก้อง ซือมาเอลเตรียมไปสุเหร่าใกล้บ้านของเขาในหมู่บ้านดุซงญอ นราธิวาส ภาคใต้ของประเทศไทย เขาเอื้อมมือไปหยิบชามสีดำที่ชำรุดซึ่งเขาใช้มาตลอดแปดปีที่ผ่านมา

รอกียะห์ ภรรยาของเขาก็ตื่นขึ้นมาเพื่อละหมาดตอนเช้าเช่นกัน ลูกสองคนของ ซือมาเอล อายุ 3 และ 5 ขวบ ยังคงขดตัวอยู่บนเตียง บ้านที่เป็นมรดกของพ่อแม่ของเขามีหลังคามุงจาก และมีผนังสังกะสี

ซือมาเอลเดินลงบันไดไป ทันใดนั้นเขาก็ได้ยินเสียงปืนสามนัดจากทิศทางของมัสยิด ซือมาเอลวิ่งไปด้วยความสงสัยในใจ “เกิดอะไรขึ้น? เสียงปืน? ใครโดนยิง?

ที่ลานของสุเหร่า กอเซ็ม ซึ่งเป็นกรรมการของสุเหร่า กำลังให้อิหม่าม ดอเลาะ นอนอยู่บนตักของเขา ไม่มีลมหายใจแล้ว “อัลลอฮุอักบัร… เมื่อไหร่เราจะหยุดเหตุการณ์เช่นนี้… เมื่อไหร่เราจะปลอดภัย” ซือมาเอล กล่าว

ภาคใต้ของประเทศไทยยังคงวุ่นวาย…แสงแห่งสันติภาพไม่รู้ว่าจะปรากฏเมื่อใด กระบวนการสันติภาพที่ใช้เวลาหลายปีไม่ประสบความสำเร็จ ชาวบ้านยังวิตกกังวล แต่ชีวิตประจำวันยังต้องดำเนินต่อไป นักท่องเที่ยวเริ่มห่าง…..ใครจะแพ้?

เหตุการณ์การฆาตกรรม การยิงปืน และการวางระเบิดโดยฝ่ายที่ไม่รับผิดชอบได้เกิดขึ้นบ่อยขึ้นในภาคใต้ของประเทศไทย เมื่อเร็วๆ นี้ โดยเฉพาะอย่างยิ่งในสามจังหวัด ได้แก่ ยะลา นราธิวาส และปัตตานี

เหยื่อที่เสียชีวิตหรือได้รับบาดเจ็บ ได้แก่ ชาวบ้าน กลุ่มติดอาวุธ และเจ้าหน้าที่ความมั่นคงของไทย

ไม่สำคัญว่าผู้หญิง เด็กๆหรือผู้ใหญ่จะเสียชีวิตจากการยิงปืนหรือระเบิด หรือได้รับบาดเจ็บถาวรซึ่งจะจดจำไปตลอดชีวิต

ในขณะเดียวกันสามี ภรรยา พี่สาว น้องชาย แม่ และพ่อจะสูญเสียคนที่รักไป ไม่สำคัญว่าพวกเขาจะเป็นพลเรือน สมาชิกของกองกำลังความมั่นคง หรือกลุ่มติดอาวุธ

เหตุใดจึงมีฝ่าย ที่เต็มใจที่จะขัดขวางสันติภาพและความสงบเรียบร้อย? คนภาคใต้ที่ส่วนใหญ่เป็นมุสลิมจะอยู่อย่างสงบสุขไม่ได้หรือ? ไม่กังวลหรือใจสั่นทุกครั้งที่ก้าวออกจากบ้านไปทำงาน ไปสุเหร่า หรือมัสยิด

ล่าสุดเกิดระเบิดที่ติดอยู่กับรถจักรยานยนต์ที่จอดอยู่ในบริเวณที่มีผู้คนพลุกพล่านในเวลากลางคืนในเมืองนราธิวาส – สถานที่ที่เรียกว่า ‘กรงนก’

ผู้เขียนอยู่ภาคใต้ของประเทศไทยมานานกว่าหนึ่งปี เรียกได้ว่ามีเหตุกราดยิงและระเบิดเกิดขึ้นทุกวัน ทั้งมุ่งเป้าไปที่บุคคลหรือทำลายทรัพย์สินสาธารณะทั้งเสาไฟฟ้าและเสาสื่อสาร

เหตุการณ์ก่อนหน้านี้ส่วนใหญ่เกิดขึ้นนอกเมืองหรือในเมืองเล็กๆ ในจังหวัดนราธิวาส ยะลา และปัตตานี ผู้เขียนเคยขับรถไปยะลา-หลงเข้าไปในหมู่บ้านห่างไกลจากตัวเมือง

Google Map มีเครื่องหมายสีแดงและสีดำบนถนนที่ผู้เขียนอยู่ หากที่อื่นสีแดงหมายความว่าถนนติดขัดผู้เขียนได้รับแจ้งว่าป้าย ‘สีแดง’ หรือ ‘สีดำ’ ในภาคใต้ของประเทศไทยระบุว่าเส้นทางตั้งอยู่ในพื้นที่ที่อันตรายที่สุด – โซนสีแดง

อันตรายที่สุดหมายความว่าไม่มีการรับประกันความปลอดภัยในพื้นที่ นอกเหนือจากการวางระเบิดหรือการปะทะกันบ่อยครั้งระหว่างกองกำลังรักษาความปลอดภัยและกลุ่มติดอาวุธ

สำหรับผู้เขียน กลุ่มติดอาวุธในภาคใต้ของประเทศไทยแบ่งออกเป็นสามกลุ่ม ได้แก่ (นักสู้อิสระ) องค์กรยาเสพติด และกลุ่มบุคคลที่ต้องการแก้แค้น

อย่างไรก็ตาม ผู้เขียนไม่อาจทราบได้ว่าฝ่ายใดก่อเหตุโจมตีเจ้าหน้าที่ความมั่นคงหรือวางระเบิดในที่สาธารณะจนทำให้ประชาชนได้รับบาดเจ็บ ดังที่เกิดขึ้นที่จังหวัดนราธิวาสเมื่อวันที่ 6 พฤษภาคม

มันเป็นนักสู้เหรอ? หรือองค์กรยาเสพติด? หรือบุคคลที่ต้องการแก้แค้นกองกำลังความมั่นคง? อาจจะ. หรือมีพวกอื่นจงใจทำให้ภาคใต้ไม่ปลอดภัย?

สำหรับนักสู้ของพวกเขาได้ต่อสู้กับกองกำลังความมั่นคงของไทยมาเป็นเวลานานเพื่อเรียกร้องเอกราช อย่างไรก็ตาม มีความพยายามเกิดขึ้นโดยให้มาเลเซียเป็นตัวกลางเพื่อกระบวนการสันติภาพกับรัฐบาลไทย

อย่างไรก็ตาม ไม่มีสัญญาณว่าการต่อสู้จะหยุดลง ในทำนองเดียวกัน กระบวนการสันติภาพที่ผู้เขียนได้เห็น ไม่เคยประสบความสำเร็จในการบรรลุผลอันเป็นมงคลแก่ชาวไทยมุสลิมภาคใต้

ในขณะเดียวกัน สำหรับแก๊งค้ายา พวกเขาก่อความวุ่นวายเพราะกิจกรรมของพวกเขามักถูกเปิดเผยโดยกองกำลังความมั่นคง ตัวอย่างเช่น การโจมตีกองกำลังความมั่นคงของไทยที่สุไหงโก-ลก เมื่อวันที่ 28 เมษายน

ทางการไทยเชื่อว่าเหตุการณ์ดังกล่าวเกิดขึ้นหลังจากการจับกุมชายสี่คนที่ต้องสงสัยเป็นสมาชิกแก๊งลักลอบขนยาเสพติดก่อนหน้านี้ จากการจับกุมที่เมืองสุไหงโกลก ตำรวจยังยึดยาเม็ดได้มากกว่า 600,000 เม็ด และถือเป็นการยึดครั้งใหญ่ที่สุดในรอบไม่กี่ปีที่ผ่านมา

แน่นอนว่าองค์กรที่เกี่ยวข้องต้องการแก้แค้น เป็นผลให้พวกเขาโจมตีตำรวจไทยสี่นายด้วยการยิงและวางระเบิด

ในขณะเดียวกันประเภทที่ 3 ที่มักก่อให้เกิดความไม่สงบคือกลุ่มที่ต้องการแก้แค้นกองกำลังความมั่นคงของไทยที่ถูกกล่าวหาว่าเป็นต้นเหตุของการเสียชีวิตของญาติ

แต่ในทางกลับกันเราต้องการให้นักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียได้เยี่ยมชมสถานที่ท่องเที่ยวที่น่าสนใจบริเวณจังหวัดยะลา นราธิวาส และปัตตานีเพิ่มมากขึ้น อย่างน้อยการมาเยือนครั้งนี้สามารถส่งเสริมเศรษฐกิจของประชากรในท้องถิ่นต่อไปได้

สำหรับกงสุลใหญ่มาเลเซียประจำสงขลา นายอาหมัด ฟาห์มี อาหมัด ซาร์กาวี อธิบายว่า ทั้งสามภูมิภาคมีศักยภาพที่จะเป็นศูนย์กลางการท่องเที่ยวที่มีชื่อเสียง

“ห้าจังหวัดภาคใต้ของไทย ได้แก่ ยะลา นราธิวาส ปัตตานี สงขลา และสตูล มีศักยภาพที่ดีในการดึงดูดนักลงทุนจากมาเลเซีย” เขากล่าวกับ Apa Khabar TV เมื่อเร็วๆ นี้

เขาเชื่อว่าเหตุการณ์บางอย่างที่เกิดขึ้นในภาคใต้ของประเทศไทยก่อนหน้านี้มีสาเหตุมาจากบางฝ่ายที่พยายามแสดงให้เห็นว่ายังคงมีอยู่

ผู้เขียนไม่อยากบอกว่าใครถูกใครผิด แต่ละกลุ่ม ไม่ว่าจะเป็นกลุ่มติดอาวุธ กลุ่มค้ายาเสพติด บุคคล หรือเจ้าหน้าที่เองก็มีเหตุผลของตัวเอง

อย่างไรก็ตามผู้เขียนขอเชิญชวนทุกฝ่ายให้คิดว่าเหตุการณ์ดังกล่าวมีประโยชน์อะไร? มันไม่รบกวนประชากรท้องถิ่นและเศรษฐกิจเหรอ? จะเป็นอย่างไรหากรัฐบาลไทยประกาศสถานการณ์ฉุกเฉินในบางพื้นที่? มันจะไม่สะดวกเหรอ?

เป็นใครไม่สำคัญ หยุดเถอะ….. ทุกคนต้องการความสงบ….

หลังจากงานศพของอีหม่มดอเลาะ ซือมาเอลก็กลับบ้าน ซือมาเอลนั่งอยู่ข้างประตูบ้านขณะกำลังม้วนยาสูบ และจ้องมองไปที่ลูกสองคนของเขาที่กำลังเล่นอยู่ริมลำธารหน้าบ้านของเขา

“เมื่อไหร่จะปลอดภัย… จะเกิดอะไรขึ้นกับลูกๆ ของฉัน” ซือมาเอล ถอนหายใจ

One response to “[BAHASA MELAYU/THAI] Jauh lagikah sinar keamanan di Selatan Thai?”

  1. […] Bagaimanapun, Apa Khabar TV sebelum ini telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat empat pihak yang dikatakan sering menimbulkan keadaan tidak tenteram di Selatan Thai. BACA DI SINI […]

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading