PROSES Dialog Damai Selatan Thailand memasuki era baharu apabila kedua-dua pihak – Panel Dialog Damai Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Pattani (BRN) menghantar wakil bagi membincangkan secara terperinci Pelan Komprehensif Bersama ke arah Pendamaian (JCPP).

Mengikut laporan Southern News Center – agensi berita yang digerakkan oleh Persatuan Wartawan Thai berpangkalan di Bangkok – perbincangan Pasukan Teknikal PEDP dan BRN diadakan di Kuala Lumpur bermula semalam (19 Mei 2024) hingga esok (Selasa, 21 Mei 2024).

PEDP dilaporkan diketuai oleh Panglima Tentera Darat Wilayah 4 yang juga Timbalan Pengarah Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri, (ISOC) Wilayah 4, Lt Jen Pramote Phrom-in. Bagaimanapun, tidak dinyatakan siapa yang mengetuai Pasukan Teknikal BRN.

Agensi berita itu juga melaporkan bahawa kedua-dua pihak mengadakan bengkel bagi merangka pelan kerja sebelum bergabung tenaga untuk mengurangkan keganasan di Selatan Thailand, sambil berharap sayap bersenjata BRN memberi kerjasama menghentikan kegiatan mereka.

Bengkel dan perbincangan itu diadakan menyusul beberapa siri kejadian tembakan, letupan bom dan perbuatan khianat yang berlaku di wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani, sejak kebelakangan ini.

Pada 7 Mei lalu, Apa Khabar TV melaporkan dua rakyat Malaysia adalah antara lapan individu yang cedera dalam satu letupan bom di bandar Narathiwat pada malam 6 Mei 2024.

Ia adalah kejadian pertama dalam tempoh beberapa tahun yang melibatkan ‘serangan’ di dalam bandar besar. Sebelum ini, kejadian letupan bom dan serangan terhadap pasukan keselamatan hanya berlaku di luar bandar dan pekan-pekan kecil di Yala, Narathiwat dan Pattani.

Terbaharu, kelmarin pasukan keselamatan Thai menemukan tiga butir bom dan beberapa butir peluru yang disembunyikan di satu kawasan dalam Majlis Perbandaran Pattani. Pihak berkuasa percaya pihak tertentu merancang melakukan serangan di sekitar bandar itu.

Sejak kebelakangan ini boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes-kes serangan, seperti tembakan dan pengeboman di sekitar Yala, Narathiwat dan Pattani.

Proses Dialog Damai Selatan Thailand antara Kerajaan Thailand dengan BRN kali ketujuh diadakan di Kuala Lumpur, Februari lalu, dengan Malaysia menjadi pemudahcara diketuai bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Mengulas lanjut, pertemuan di Kuala Lumpur, agensi media berkenaan melaporkan bahawa kedua-dua Pasukan Teknikal itu membincangkan rangka dan pelan kerja bagi menyediakan ‘skop perbincangan’ atau ‘skop perbincangan dan persetujuan’ sebelum selanjutnya berbincang bagi mengurangkan keganasan di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Pelan itu dijangka akan membuka jalan kepada perjanjian damai yang berkekalan untuk penduduk di Selatan Thai.

Pelan kerja itu juga akan menyediakan tempoh peralihan penting ke arah pemeteraian perjanjian damai dengan penubuhan kumpulan kerja bersama PEDP dan BRN untuk memantau keadaan semasa keganasan.

Perbincangan oleh Pasukan Teknikal itu akan berasaskan kepada tiga elemen JCPP iaitu mengurangkan ketegangan, perbincangan awam dan dan pembukaan forum untuk perjanjian damai.

Ia juga akan mengetengahkan model pengagihan kuasa, mencari jalan keluar daripada konflik dan kemungkinan menandatangani perjanjian damai selepas perbincangan itu.

Bergantung kepada perbincangan teknikal itu adakah mungkin untuk mencapai resolusi bersama mengenai butiran semua tiga elemen berkenaan atau tidak?

Jika masih tidak dapat menandatangani JCPP, proses mewujudkan keamanan dalam fasa pertama akan bermula dengan mengurangkan keganasan di wilayah selatan.

Bagaimanapun, semua proses itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat bulan sebelum sebarang keputusan dicapai.

Sebelum ini, banyak pihak mendakwa bahawa sayap bersenjata BRN tidak bersetuju dengan perbincangan itu. Ini berdasarkan kepada banyak ketegangan dan keganasan yang berterusan di Selatan Thai.

Keputusan menubuhkan Pasukan Teknikal itu dicapai dalam Mesyuarat Proses Dialog Keamanan Pusingan ketujuh yang diadakan di Kuala Lumpur, Februari lalu.

Malaysia terus menjadi pemudahcara (fasilitator) bagi proses damai di Selatan Thai dengan diketuai bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Proses Dialog Damai Selatan Thailand antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan bersenjata kini memasuki tahun ke-10. Proses itu bermula apabila Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand pada ketika itu meminta Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Thailand.

Berikutan itu, satu Konsensus Am di antara Kerajaan Thailand dan BRN termeterai pada 28 Februari 2013.


ล่าสุดเมื่อวานนี้ เจ้าหน้าที่ความมั่นคงไทยพบระเบิด 3 ลูก และกระสุนหลายลูก ซุกซ่อนอยู่ในพื้นที่สภาเทศบาลเมืองปัตตานี เจ้าหน้าที่เชื่อว่ามีบางฝ่ายกำลังวางแผนที่จะโจมตีทั่วเมือง

การเจรจาสันติภาพยุคใหม่: ไทย, BRN เริ่มการเจรจาทางเทคนิคในกัวลาลัมเปอร์

กระบวนการเสวนาสันติภาพภาคใต้ของไทยเข้าสู่ยุคใหม่เมื่อทั้งสองฝ่าย – คณะกรรมการเสวนาสันติภาพชายแดนใต้ของไทย (PEDP) และแนวร่วมปฏิวัติแห่งชาติมลายูปัตตานี (BRN) ส่งตัวแทนเพื่อหารือในรายละเอียดเกี่ยวกับแผนบูรณาการร่วมเพื่อการปรองดอง (JCPP) .

ตามรายงานของศูนย์ข่าวภาคใต้ – สำนักข่าวที่ดำเนินการโดยสมาคมนักข่าวไทยในกรุงเทพฯ – ทีมเทคนิค PEDP และ BRN จัดขึ้นที่กรุงกัวลาลัมเปอร์ตั้งแต่เมื่อวาน (19 พ.ค. 2567) ถึงวันพรุ่งนี้ (วันอังคารที่ 21 พ.ค. 2567) ).

โดยมีรายงานจากผู้บัญชาการทหารบกภาคที่ 4 ซึ่งเป็นรองผู้อำนวยการศูนย์ปฏิบัติการความมั่นคงภายใน (กอ.รมน.) ภาค 4 พล.ท.ปราโมทย์ พรหมอินทร์ อย่างไรก็ตาม ไม่ได้ระบุว่าใครเป็นหัวหน้าทีมเทคนิคของ BRN

สำนักข่าวยังรายงานว่าทั้งสองฝ่ายได้จัดการประชุมเชิงปฏิบัติการเพื่อจัดทำแผนงานก่อนผนึกกำลังลดความรุนแรงในภาคใต้ของประเทศไทย โดยหวังว่าฝ่ายติดอาวุธของบีอาร์เอ็นจะร่วมมือกันยุติกิจกรรมของพวกเขา

การประชุมเชิงปฏิบัติการและการเสวนาจัดขึ้นภายหลังเหตุการณ์กราดยิง ระเบิด และการทรยศหักหลังที่เกิดขึ้นในจังหวัดยะลา นราธิวาส และปัตตานีเมื่อไม่นานมานี้

วันที่ 7 พ.ค. Apa Khabar TV รายงานว่า ชาวมาเลเซีย 2 คนอยู่ในกลุ่ม 8 คน เหตุการณ์ระเบิดที่เมืองนราธิวาสเมื่อคืนวันที่ 6 พฤษภาคม 2567 ได้รับบาดเจ็บ

นี่เป็นเหตุการณ์แรกในรอบหลายปีที่เกี่ยวข้องกับ ‘การโจมตี’ ในเมืองใหญ่แห่งหนึ่ง ก่อนหน้านี้ เหตุระเบิดและโจมตีกองกำลังความมั่นคงเกิดขึ้นเฉพาะในพื้นที่ชนบทและเมืองเล็กๆ ในจังหวัดยะลา นราธิวาส และปัตตานี

ล่าสุดเมื่อวานนี้ เจ้าหน้าที่ความมั่นคงไทยพบระเบิด 3 ลูก และกระสุนหลายลูก ซุกซ่อนอยู่ในพื้นที่สภาเทศบาลเมืองปัตตานี เจ้าหน้าที่เชื่อว่ามีบางฝ่ายกำลังวางแผนที่จะโจมตีทั่วเมือง

ล่าสุดเรียกได้ว่ามีเหตุโจมตีเกิดขึ้นทุกวัน เช่น เหตุกราดยิง ระเบิด บริเวณยะลา นราธิวาส และปัตตานี

สื่อฯ ยังได้แสดงความคิดเห็นเพิ่มเติมเกี่ยวกับการประชุมที่กรุงกัวลาลัมเปอร์ว่า ทีมงานด้านเทคนิคทั้งสองได้หารือเกี่ยวกับกรอบการทำงานและแผนงานเพื่อจัดทำ ‘ขอบเขตการอภิปราย’ หรือ ‘ขอบเขตการอภิปรายและข้อตกลง’ ก่อนที่จะหารือกันต่อไปเพื่อลดความรุนแรงใน 3 ภูมิภาค ที่เกี่ยวข้อง

แผนดังกล่าวคาดว่าจะปูทางไปสู่ข้อตกลงสันติภาพที่ยั่งยืนสำหรับประชาชนภาคใต้

แผนงานยังจัดให้มีช่วงเปลี่ยนผ่านที่สำคัญต่อการลงนามข้อตกลงสันติภาพด้วยการจัดตั้งคณะทำงานร่วม PEDP และ BRN เพื่อติดตามสถานการณ์ความรุนแรงในปัจจุบัน

การอภิปรายโดยทีมเทคนิคจะขึ้นอยู่กับองค์ประกอบ 3 ประการของ JCPP ได้แก่ การลดความตึงเครียด การอภิปรายสาธารณะ และการเปิดเวทีสำหรับข้อตกลงสันติภาพ

นอกจากนี้ยังจะเน้นย้ำถึงรูปแบบการกระจายอำนาจ การหาทางออกจากความขัดแย้ง และความเป็นไปได้ในการลงนามข้อตกลงสันติภาพหลังการเจรจา

ขึ้นอยู่กับการอภิปรายทางเทคนิค เป็นไปได้หรือไม่ที่จะบรรลุมติร่วมกันในรายละเอียดขององค์ประกอบทั้งสามที่เกี่ยวข้องหรือไม่?

หากยังไม่สามารถลงนาม JCPP ได้ กระบวนการสร้างสันติภาพในระยะแรกจะเริ่มด้วยการลดความรุนแรงในภาคใต้

อย่างไรก็ตาม กระบวนการทั้งหมดคาดว่าจะใช้เวลาสามถึงสี่เดือนก่อนที่จะมีการตัดสินใจใดๆ

ก่อนหน้านี้ หลายฝ่ายอ้างว่าฝ่ายติดอาวุธของบีอาร์เอ็นไม่เห็นด้วยกับการเจรจา เรื่องนี้อิงจากความตึงเครียดและความรุนแรงที่เกิดขึ้นอย่างต่อเนื่องในภาคใต้ของประเทศไทย

การตัดสินใจจัดตั้งทีมเทคนิคเกิดขึ้นในการประชุมกระบวนการเจรจาสันติภาพรอบที่ 7 ซึ่งจัดขึ้นที่กรุงกัวลาลัมเปอร์ เมื่อเดือนกุมภาพันธ์ปีที่แล้ว

มาเลเซียยังคงเป็นผู้อำนวยความสะดวก (facilitator) สำหรับกระบวนการสันติภาพในภาคใต้ของประเทศไทย ซึ่งนำโดยอดีตผู้บัญชาการกองทัพ ตัน ศรี ซุลกิฟลี ไซนัล อาบีดิน

กระบวนการเจรจาสันติภาพภาคใต้ของประเทศไทยระหว่างรัฐบาลไทยและกลุ่มติดอาวุธกำลังเข้าสู่ปีที่ 10 กระบวนการนี้เริ่มต้นขึ้นเมื่อยิ่งลักษณ์ ชินวัตร นายกรัฐมนตรีของไทยในขณะนั้นขอให้มาเลเซียเป็นตัวกลางในการแก้ไขข้อขัดแย้งในภาคใต้ของประเทศไทย

หลังจากนั้น ได้มีการลงนามมติทั่วไประหว่างรัฐบาลไทยและ BRN เมื่อวันที่ 28 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2556

One response to “[BAHASA MELAYU/THAI] Era Baharu Dialog Damai: Thai, BRN bincang secara teknikal di KL”

  1. […] [BAHASA MELAYU/THAI] Era Baharu Dialog Damai: Thai, BRN bincang secara teknikal di KL […]

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading