
Pada malam 29 Mei 2024, Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) membuat kenyataan unilateral (sebelah pihak) bahawa antara ‘kejayaan’ dialog kesepuluh Pasukan Teknikal BRN dan pihak Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thai (PEDP/RTG), ialah mengurang dan memberhentikan sementara kekerasan.
Ayat ‘mengurang dan memberhentikan sementara….’ mengandungi dua makna iaitu:
- Mengurangkan kekerasan yang bermaksud “kekerasan (dalam hal ini ia bererti tindakan serangan, pengeboman) terhadap pasukan keselamatan tetap dilakukan tetapi aktiviti itu akan dikurangkan berbanding sebelum mesyuarat kesepuluh itu.”
- Memberhentikan sementara…. bermaksud “semua tindakan kekerasan, termasuk serangan dan pengeboman akan dihentikan sementara”.
Namun, selama mana ‘sementara’ itu tidak pula diulas lebih lanjut. Adakah sehari, dua hari, sebulan atau setahun?
Apa yang pasti, media sosial Thai melaporkan berlaku serangan terhadap anggota pasukan keselamatan semalam (31 Mei), tiga hari selepas jurucakap Jabatan Teknikal BRN, Ustaz Khalid Abdullah, membuat kenyataan “kekerasan akan dikurangkan dan dihentikan sementara”.
Laporan oleh sebuah media sosial (yang kerap merujuk pasukan keselamatan Thai sebagai askar penjajah Siam) mengatakan serangan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dua anggota keselamatan sedang menunggang motosikal di Daerah Thepha di Wilayah Songkhla.
Tidak pasti siapa yang melakukannya dan atas sebab apa, media itu bagaimanapun melaporkan kumpulan disyaki Pasukan Pejuang Pembebasan Patani melakukan serangan itu menyebabkan dua terbunuh.
Pihak polis pula memaklumkan bahawa sejumlah penyerang menggunakan senjata api menembak ke arah motosikal dinaiki anggota tentera dan rakannya yang juga orang awam ketika kedua-duanya melalui Jalan Nikhom-Pian, Kampung No 3, Mukim Tha Muang, Daerah Thepha.
Kejadian terbaharu yang berlaku itu (jika benar seperti dakwaan media sosial berkenaan bahawa kumpulan yang melakukan serangan itu adalah pejuang pembebasan Patani), menunjukkan kekerasan tidak dihentikan untuk sementara waktu.
Boleh juga dibuat andaian bahawa kumpulan pejuang itu tidak ada kaitan dengan BRN. Kumpulan ini mungkin salah satu daripada empat pihak yang kerap menimbulkan keadaan tidak selamat di Selatan Thai sebagaimana dilaporkan Apa Khabar TV baru-baru ini.
https://apakhabartv.com/2024/05/11/bahasa-melayu-thai-jauh-lagikah-sinar-keamanan-di-selatan-thai/
Namun, jika benar mereka adalah kumpulan pejuang, ini menunjukkan bahawa BRN – yang diiktiraf oleh Kerajaan Thailand dan Malaysia sebagai wakil sah penduduk Selatan Thai bagi dialog proses damai – tidak mempunyai kawalan ke atas kumpulan-kumpulan lain.
Perlu diingat bahawa pada 3 April 2020, BRN secara sebelah pihak mengisytiharkan gencatan senjata susulan pandemik Covid-19. Namun, pihak keselamatan Thai dalam ulasan kepada kenyataan BRN itu mengatakan mereka akan tetap meneruskan operasi untuk menegakkan undang-undang.
Perisytiharan gencatan senjata oleh BRN itu dibuat menyusul tindakan pasukan keselamatan Thai yang menembak mati lima anggota kumpulan bersenjata di Wilayah Narathiwat pada Februari dan empat lagi di Wilayah Yala pada Mac.
Dan pada 17 Mac kumpulan bersenjata membalas tindakan itu dengan meletupkan sebuah kereta di hadapan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) di Yala, mencederakan 25 orang.
Perisytiharan BRN itu yang bersifat unilateral tidak menghentikan operasi keselamatan Thai. Pada 30 April tahun yang sama, pasukan renjer Thailand menyerbu sebuah rumah di Daerah Nong Chik, Pattani, dan menembak mati tiga anggota kumpulan bersenjata dipercayai anggota sayap bersenjata BRN.
Pada 1 Mei, BRN mengeluarkan kenyataan melalui video dan siaran media menyelar kegagalan pihak berkuasa Thai yang didakwa tidak menghormati kesusahan rakyat ketika berdepan wabak Covid-19. Dan pada 3 Mei, kumpulan bersenjata bertindak balas menyerang pusat pemeriksaan di daerah Saiburi, Pattani, menyebabkan dua anggota renjer maut.
Kejadian itu juga sekali gus menunjukkan situasi ‘panas’ di wilayah Selatan Thai tidak reda hanya dengan kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Khalid.
Ini kerana di mana-mana sahaja kawasan konflik di dunia ini, BAHAYA TETAP ADA.
Disebabkan itu, pihak berkuasa Thai juga perlu menjawab kenyataan Ustaz Khalid – sama ada mengurangkan atau menghentikan sementara operasi mereka. Adalah tepat bagi pihak berkuasa Thai untuk menjelaskan dan mengesahkan secara terbuka langkah-langkah khusus yang telah dilakukan bagi mengurangkan kekerasan dan memastikan pasukan keselamatan menghormatinya.
Tanpa dukungan pada peringkat tertinggi kerajaan Thai dan angkatan tentera, pengurangan dan pemberhentian sementara kekerasan (sebagaimana kenyataan Ustaz Khalid), adalah jauh daripada akan dinikmati.

ภาคใต้ของประเทศไทย: อันตรายยังคงอยู่ในพื้นที่ขัดแย้ง
ในคืนวันที่ 29 พฤษภาคม พ.ศ. 2567 แนวร่วมปฏิวัติแห่งชาติมลายูปัตตานี (BRN) ได้ออกแถลงการณ์ฝ่ายเดียว (ฝ่ายหนึ่ง) ว่าในบรรดา ‘ความสำเร็จ’ ของการเจรจาครั้งที่ 10 ระหว่างทีมเทคนิคของ BRN และคณะเจรจาสันติภาพของรัฐบาลไทย ( PEDP/RTG) เพื่อลดและยุติความรุนแรงชั่วคราว
ประโยค ‘ลดและหยุดชั่วคราว…’ มี 2 ความหมาย คือ
- ลดความรุนแรง ซึ่งหมายถึง “ความรุนแรง (ในกรณีนี้คือ การโจมตี การวางระเบิด) ต่อกองกำลังความมั่นคงจะดำเนินต่อไป แต่กิจกรรมจะลดลง เมื่อเทียบกับก่อนการประชุมครั้งที่ 10”
- หยุดชั่วคราว…. หมายความว่า “การกระทำรุนแรงทั้งหมด รวมทั้งการโจมตีและการวางระเบิด จะหยุดลงชั่วคราว”
อย่างไรก็ตาม นานเท่าไรที่เรียกว่า ‘ชั่วคราว’ ยังไม่มีความเห็นต่อไป เป็นวัน สองวัน หนึ่งเดือน หรือหนึ่งปี?
ที่แน่นอนคือโซเชียลมีเดียของไทยรายงานเหตุโจมตีสมาชิกกองกำลังความมั่นคงเมื่อวานนี้ (31 พ.ค.) สามวันหลังจากอุสตาซ คาลิด อับดุลเลาะห์ โฆษกฝ่ายเทคนิคของบีอาร์เอ็น แถลงว่า “ความรุนแรงจะลดลงและหยุดชั่วคราว” .
รายงานจากโซเชียลมีเดีย (ซึ่งมักอ้างถึงกองกำลังความมั่นคงของไทยว่าเป็นทหารอาณานิคมสยาม) ระบุว่า การโจมตีเกิดขึ้นเมื่อเวลาประมาณ 17.00 น. เมื่อเจ้าหน้าที่รักษาความปลอดภัย 2 คนขี่มอเตอร์ไซค์ในอำเภอเทพา จังหวัดสงขลา
สื่อไม่แน่ใจว่าใครเป็นคนทำและด้วยเหตุผลอะไร แต่สื่อรายงานว่ามีกลุ่มที่ต้องสงสัยกลุ่มนักรบปลดปล่อยปาตานีก่อเหตุโจมตี ส่งผลให้มีผู้เสียชีวิต 2 ราย
เจ้าหน้าที่ตำรวจแจ้งว่ามีผู้ก่อเหตุจำนวนหนึ่งใช้อาวุธปืนยิงรถจักรยานยนต์ที่ทหารและเพื่อนซึ่งเป็นพลเรือนขี่ขณะเดินทางผ่านถนนนิคมเปียน หมู่ที่ 3 ตำบลท่าเมือง อำเภอเทพา
เหตุการณ์ล่าสุด (หากเป็นจริงตามที่โซเชียลอ้างว่ากลุ่มที่ก่อเหตุคือนักรบปลดปล่อยปาตานี) แสดงให้เห็นว่าความรุนแรงจะไม่ยุติลงได้สักระยะหนึ่ง
นอกจากนี้ยังสามารถสันนิษฐานได้ว่ากลุ่มติดอาวุธไม่มีส่วนเกี่ยวข้องกับ BRN กลุ่มนี้อาจเป็นหนึ่งในสี่ฝ่ายที่มักก่อให้เกิดความไม่มั่นคงในภาคใต้ของประเทศไทย ตามที่รายงานโดย Apa Khabar TV เมื่อเร็วๆ นี้
อย่างไรก็ตาม หากเป็นเรื่องจริงที่พวกเขาเป็นกลุ่มติดอาวุธ ก็แสดงให้เห็นว่า BRN ซึ่งได้รับการยอมรับจากรัฐบาลไทยและมาเลเซียว่าเป็นตัวแทนที่ถูกต้องตามกฎหมายของประชากรไทยภาคใต้ในการเจรจากระบวนการสันติภาพ – ไม่สามารถควบคุมกลุ่มอื่นได้ .
ควรจำไว้ว่าในวันที่ 3 เมษายน 2020 BRN ได้ประกาศหยุดยิงเพียงฝ่ายเดียวหลังการแพร่ระบาดของโควิด-19 อย่างไรก็ตาม กองกำลังความมั่นคงของไทยแสดงความเห็นต่อแถลงการณ์ของบีอาร์เอ็นว่า พวกเขาจะปฏิบัติการต่อไปเพื่อรักษากฎหมาย
การประกาศหยุดยิงโดยบีอาร์เอ็นเกิดขึ้นหลังจากการกระทำของกองกำลังความมั่นคงของไทยที่ยิงสมาชิกกลุ่มติดอาวุธ 5 รายในจังหวัดนราธิวาสเมื่อเดือนกุมภาพันธ์ และอีก 4 รายในจังหวัดยะลาในเดือนมีนาคม และเมื่อวันที่ 17 มี.ค. กลุ่มติดอาวุธตอบโต้ด้วยเหตุระเบิดรถยนต์หน้าศูนย์บริหารภูมิภาคชายแดนใต้ (ศอ.บต.) จ.ยะลา ส่งผลให้มีผู้บาดเจ็บ 25 ราย
การประกาศฝ่ายเดียวของบีอาร์เอ็นไม่ได้หยุดปฏิบัติการด้านความมั่นคงของไทย เมื่อวันที่ 30 เมษายนของปีเดียวกัน ทหารพรานไทยได้บุกเข้าไปในบ้านแห่งหนึ่งในอำเภอหนองจิก จังหวัดปัตตานี และยิงสมาชิกกลุ่มติดอาวุธที่เชื่อกันว่าเป็นสมาชิกกองกำลังติดอาวุธของบีอาร์เอ็น 3 คน เสียชีวิต
เมื่อวันที่ 1 พฤษภาคม บีอาร์เอ็นออกแถลงการณ์ผ่านสื่อวิดีโอและสื่อวิพากษ์วิจารณ์ความล้มเหลวของทางการไทยที่ถูกกล่าวหาว่าไม่เคารพความยากลำบากของประชาชนเมื่อเผชิญกับการระบาดของไวรัสโควิด-19 และเมื่อวันที่ 3 พฤษภาคม กลุ่มติดอาวุธได้ตอบโต้ด้วยการโจมตีด่านตรวจในอำเภอสายบุรี ปัตตานี ทำให้ทหารพรานเสียชีวิต 2 ราย
เหตุการณ์ดังกล่าวยังแสดงให้เห็นว่าสถานการณ์ ‘ร้อน’ ในพื้นที่ภาคใต้ของไทยไม่ได้บรรเทาลงเพียงแค่คำแถลงของอุสตาซคาลิดเท่านั้น
เพราะที่ใดในโลกที่มีความขัดแย้ง อันตรายย่อมมีอยู่เสมอ
ด้วยเหตุนี้ ทางการไทยจึงต้องตอบสนองต่อคำแถลงของอุสตาซ คาลิด ไม่ว่าจะลดหรือหยุดปฏิบัติการชั่วคราว ถือเป็นสิทธิที่ทางการไทยจะอธิบายและยืนยันต่อสาธารณะถึงมาตรการเฉพาะที่ได้ดำเนินการเพื่อลดความรุนแรงและประกันว่ากองกำลังความมั่นคงมีความเคารพ
หากปราศจากการสนับสนุนในระดับสูงสุดของรัฐบาลไทยและกองทัพ การลดและการยุติความรุนแรงชั่วคราว (ดังที่อุสตาซ คาลิด ระบุไว้) ก็ยังห่างไกลจากความพอใจ และความ้ห็นชอบ





Leave a Reply