
NARATHIWAT: Enam rakyat Malaysia, termasuk penyanyi wanita dikir barat terkenal Kelantan, hari ini (14 Januari 2025) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 butir pil yaba atau pil kuda, ketika ditahan di Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.
Penyanyi ‘Bae Soba Bae’, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30 atau Eda Ezrin; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Derama, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, bagaimanapun mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan dadah.
Zuhaira dan suaminya Eridieka juga mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan lain iaitu memasuki dan tinggal secara haram di Thailand.
Susulan pengakuan tidak bersalah itu, mahkamah memerintahkan semua tertuduh membela diri dengan menyediakan bukti serta saksi untuk perbicaraan yang akan disambung pada 11, 13 dan 14 Februari depan.
Terdahulu, semua tertuduh dibawa menaiki kenderaan Penjara Pusat Narathiwat dan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi waktu Thailand.
Tertuduh dibawa memasuki Kamar 9 Mahkamah Wilayah Narathiwat pada jam 2.15 petang untuk berdepan pertuduhan.
Eda Ezrin, Nur Aida, dan Zuhaira tidak bergari dan kelihatan tidak dapat menahan sebak apabila melihat kaum keluarga masing-masing yang turut hadir di mahkamah.
Bagaimanapun, Mohd Affendi, Eridieka, dan Mohamad Alif, dibawa dengan tangan bergari dan kaki dirantai.
Semua mereka diwakili tiga peguam yang dilantik mahkamah, dan pendakwaan dibacakan oleh Pendakwa Raya Wilayah Narathiwat dalam bahasa Thai. Mahkamah bagaimanapun, menyediakan seorang jurubahasa untuk memaklumkan tuduhan itu kepada semua tertuduh.

Perbicaraan dimulakan dengan Zuhaira dan suaminya Eridieka disoal sama ada mengaku bersalah atau tidak terhadap dua tuduhan memasuki dan tinggal di Thailand secara haram. Kedua-duanya memaklumkan mereka mengaku bersalah.
Pendakwa Raya kemudian membacakan pertuduhan menggunakan dadah terhadap enam tertuduh, yang semuanya kemudian mengaku mengambil dadah.
Perbicaraan diteruskan dengan pendakwa raya membacakan tuduhan terhadap keenam-enam tertuduh kerana memiliki dadah. Semua tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
Mahkamah kemudian memaklumkan kepada semua tertuduh bahawa pihak pendakwaan mempunyai lebih 20 saksi, termasuk anggota polis dan pekerja hotel di mana dadah berkenaan dirampas daripada mereka.
Mereka diarah menyediakan saksi dan bukti pembelaan dalam perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari itu.
Mahkamah juga diberitahu bahawa kes mereka mendapat perhatian utama di Malaysia dan Thailand dan arahan telah dikeluarkan oleh pihak atasan badan kehakiman supaya kes itu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, berbanding lebih enam bulan yang menjadi kebiasaan sebelum ini.
Oleh itu, keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak akan dibuat pada awal Mac depan.
Untuk rekod, semua tertuduh ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Polis Daerah Sungai Golok, Narathiwat di sebuah bilik hotel pada 1 November 2024.
Polis merampas 6,059 biji pil kuda atau yaba di dalam bilik hotel berkenaan, namun semuanya menafikan dadah itu milik mereka. Ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah.
นักร้องดัง ‘แบซอบาแบ’ ยอมรับเสพยา ปฏิเสธครอบครองยาบ้า 6,059 เม็ด
นราธิวาส: ชาวมาเลเซีย 6 คน รวมทั้งนักร้องดิกีร์ บารัต หญิงชื่อดังจากรัฐกลันตัน ให้การปฏิเสธในวันนี้ (14 มกราคม 2568) ที่ศาลจังหวัดนราธิวาส ในข้อหาครอบครองยาบ้าหรือยาม้าจำนวน 6,059 เม็ด เมื่อถูกจับกุมที่สุไหงโก-ลก เมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายนปีที่แล้ว
นักร้อง ‘แบซอบาแบ’, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30 ปีหรือ Eda Ezrin; สามีของเธอ โมฮัมหมัด อัฟเฟนดี อาหมัด วัย 35 ปี; เอริดิเอก้า โมห์ด นูร์, 33 ปี; โมฮัมหมัด อาลิฟ เดรามา วัย 33 ปี; นูร์ ไอดา มามัต วัย 33 ปี; และซูไฮรา นัสริน วัย 26 ปี รับสารภาพในข้อหาเสพยา
ซูไฮราและเอริดิเอกา สามีของเธอยังรับสารภาพในข้อหาเข้าและอยู่อย่างผิดกฎหมายในประเทศไทยอีก 2 กระทง
หลังจากให้สารภาพแล้ว ศาลได้สั่งให้จำเลยทั้งหมดต่อสู้คดีโดยให้จัดเตรียมพยานหลักฐานและพยานประกอบการพิจารณาคดีต่อไปในวันที่ 11, 13 และ 14 กุมภาพันธ์ต่อไป
ก่อนหน้านี้ ผู้ต้องหาทั้งหมดถูกนำตัวขึ้นรถเรือนจำกลางนราธิวาส และมาถึงศาลในเวลาประมาณ 9.00 น. ตามเวลาประเทศไทย
นำผู้ต้องหาไปที่ห้อง 9 ของศาลแขวงจังหวัดนราธิวาส เวลา 14.15 น. เพื่อรับทราบข้อกล่าวหา
Eda Ezrin, Nur Aida และ Zuhaira ไม่ได้ถูกใส่กุญแจมือ และดูเหมือนไม่สามารถกลั้นน้ำตาไว้ได้เมื่อเห็นครอบครัวของตนซึ่งอยู่ในศาลด้วย
อย่างไรก็ตาม Mohd Affendi, Eridieka และ Mohamad Alif ถูกนำตัวออกไปพร้อมกุญแจมือและโซ่ตรวน
ทั้งหมดมีทนายความสามคนที่ศาลแต่งตั้งให้เป็นตัวแทน และอัยการจังหวัดนราธิวาสจะอ่านคำฟ้องเป็นภาษาไทย อย่างไรก็ตาม ศาลได้จัดให้มีล่ามเพื่อชี้แจงข้อกล่าวหาแก่จำเลยทั้งหมด
การพิจารณาคดีเริ่มต้นด้วยการที่ซูไฮราและเอริดิเอกา สามีของเธอถูกสอบปากคำว่าพวกเขารับสารภาพในข้อหาเข้าและอยู่ในประเทศไทยอย่างผิดกฎหมายถึง 2 กระทงหรือไม่ ทั้งสองแจ้งว่าตนรับสารภาพ
จากนั้นอัยการได้อ่านข้อหาเสพยากับจำเลยทั้ง 6 ราย ซึ่งต่อมาทุกคนรับสารภาพว่าเสพยา
การพิจารณาคดีดำเนินต่อไปโดยอัยการอ่านข้อกล่าวหาผู้ต้องหาทั้ง 6 รายในข้อหาครอบครองยาเสพติด ผู้ต้องหาทั้งหมดให้การปฏิเสธ
ศาลจึงแจ้งจำเลยทั้งหมดว่าโจทก์มีพยานมากกว่า 20 พยาน รวมทั้งตำรวจที่ยึดยาเสพติดได้ เจ้าหน้าที่พิสูจน์หลักฐาน พนักงานของโรงแรม กล้องวงจรปิด และพยานบุคคลอื่นๆ
พวกเขาได้รับคำสั่งให้จัดหาพยานและหลักฐานฝ่ายจำเลยในการพิจารณาคดีซึ่งมีกำหนดระยะเวลาสามวันในเดือนกุมภาพันธ์
ศาลยังได้รับแจ้งด้วยว่าคดีของพวกเขาได้รับความสนใจอย่างมากในมาเลเซียและไทย และมีคำสั่งจากตุลาการระดับสูงว่าคดีนี้ควรได้รับการตัดสินภายในสามเดือน จากปกติแล้วจะใช้เวลาประมาณหกเดือน หรือมากกว่านั้น แล้วแต่กรณี
ดังนั้นการตัดสินว่าจำเลยมีความผิดหรือไม่จะมีขึ้นในต้นเดือนมีนาคมปีหน้า
โดยบันทึกว่าผู้ต้องหาทั้งหมดถูกกองปราบปรามยาเสพติด อ.สุไหงโกลก นราธิวาส บุกจับกุมในห้องพักของโรงแรมเมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายน 2567
ตำรวจยึดยาบ้า 6,059 เม็ดในห้องพักโรงแรม แต่ทุกคนปฏิเสธว่ายาเสพติดเป็นของพวกเขา การตรวจปัสสาวะยังพบว่ามีผลเป็นบวกอีกด้วย






Leave a Reply to [Bahasa Melayu/ภาษาไทย] Dadah: Penyanyi ‘Bae Soba Bae’ beri keterangan di mahkamah Narathiwat pagi esok – apakhabartv.comCancel reply