NARATHIWAT (Selatan Thai): Penyanyi wanita Kelantan yang popular dengan lagu irama dikir barat ‘Bae Soba Bae’ akan memberi keterangan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, esok (14 Februari 2025), atas tuduhan secara bersama memiliki 6,059 biji pil methamphetamine.

Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dikenali juga sebagai Eda Ezrin, dituduh bersama suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat rakan mereka, Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33 (isteri Mohamad Alif); Erdieka Mohd Noor, 33; dan isterinya, Zuhaira Nasrin, 26.

Mereka ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, pada 1 November tahun lalu dan mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 14 Januari lalu. Bagaimanapun, mereka mengaku salah menggunakan atau memasukkan dadah ke dalam tubuh.

Perbicaraan kes mereka bermula Selasa lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan enam saksi iaitu tiga telah memberi keterangan, manakala tiga lagi berbuat demikian pada sesi pagi perbicaraan hari ini (13 Februari).

Tiga tertuduh iaitu Mohamad Alif; Mohd Affendi; dan Nur Aida, pula memberi keterangan di hadapan dua hakim pada sesi petang tadi.

Ketika dipanggil membela diri, ketiga-tiga tertuduh memberitahu mahkamah bahawa terdapat empat lagi individu lain yang mereka kenali dan masuk ke dalam bilik hotel tempat mereka ditahan.

Mereka memberitahu mahkamah bahawa salah seorang daripada empat individu itu iaitu dua lelaki dan dua perempuan ada membawa beg galas.

Mula-mula dua individu masuk ke dalam bilik dan selepas berbual kedua-duanya masuk ke dalam bilik air, sebelum keluar.

Kemudian dua lagi individu masuk ke dalam bilik sambil berbual dan kemudian masuk ke dalam bilik air, kata mereka.

Nur Aida ketika disoal peguam bela mengesahkan salah seorang daripada wanita terbabit membawa beg galas ketika masuk ke dalam bilik air.

Tertuduh juga memberitahu mahkamah bahawa sebelum itu dia dan suaminya (Mohamad Alif) membeli dua bungkus nasi yang diisi dalam bekas polisterin.

Untuk rekod, Bahagian Narkotik Polis Daerah Sungai Golok turut menemukan dadah di dalam bekas polisterin di tepi tong sampah di dalam bilik air berkenaan.

Nur Aida memberitahu lebih kurang 10 minit selepas kedua-dua individu terbabit, termasuk wanita yang membawa beg galas, keluar dari bilik hotel berkenaan, polis melakukan serbuan.

Pada perbicaraan hari ini, tertuduh turut ditunjukkan beberapa keping gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan.

Sementara itu, Pendakwa Raya Wilayah Narathiwat (yang tidak boleh disiarkan namanya) ketika ditemui berkata keenam-enam rakyat Malaysia itu ditusuh secara bersama memiliki 6,059 butir pil methamphetamine.

Katanya, mengikut undang-undang Thailand, methamphetamine adalah dadah Kategori 1 yang membawa hukuman paling berat.

Ditanya apakah hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang didapati bersalah kerana memiliki lebih 6,000 biji pil methamphetamine, beliau berkata, hukuman penjara tidak kurang daripada 20 tahun.

Beliau juga berkata bagi kesalahan memasuki Thailand secara haram, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

Manakala bagi kesalahan menggunakan dadah pula, hukumannya adalah penjara 12 bulan, katanya sambil menegaskan hukuman itu bergantung kepada pengakuan yang dibuat tertuduh.

“Jika mereka mengaku, hukuman biasanya akan ditolak separuh. Contohnya jika mengaku menggunakan dadah, maka hukuman boleh dikurangkan kepada enam bulan sahaja,” katanya.

Perbicaraan kes itu akan bersambung pagi esok dengan tiga lagi tertuduh akan memberi keterangan, manakala pendakwa raya dan peguam bela dijangka menyampaikan hujah menutup kes masing-masing pada sesi petang.

Difahamkan, keputusan kes memiliki dadah terbabit akan dibuat serentak dengan hukuman kerana menggunakan dadah, pada awal Mac ini.


นักร้อง ‘แบซอบาแบ’ เป็นพยานในศาลจังหวัดนราธิวาส พรุ่งนี้เช้า

นราธิวาส: นักร้องหญิงของกลันตันซึ่งเป็นที่นิยมในการร้องเพลงดีเกบารัต ‘แบซอบาแบ’ จะให้คำให้การในศาลจังหวัดนราธิวาส ในวันพรุ่งนี้ (14 กุมภาพันธ์ 2025) ในข้อหาร่วมกันครอบครองยาบ้า 6,059 เม็ด

Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail อายุ 30 ปีหรือที่รู้จักกันในชื่อ Eda Ezrin ถูกตั้งข้อหากับสามีของเธอ Mohd Affendi Ahmad, 35, และเพื่อนสี่คนของพวกเขา Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33 (ภรรยาของ Mohamad Alif); Erdieka Mohd Noor, 33; และภรรยาของเขา Zuhaira Nasrin อายุ 26 ปี

พวกเขาถูกจับกุมที่โรงแรมแห่งหนึ่งในสุไหงโกลก นราธิวาส เมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายนปีที่แล้วและปฏิเสธการยอมรับผิดต่อศาลเมื่อวันที่ 14 มกราคม อย่างไรก็ตามพวกเขายอมรับว่าเสพสารเสพติดเข้าไปในร่างกายจริง

การพิจารณาคดีของพวกเขาเริ่มขึ้นในวันอังคารโดยมีการฟ้องร้องส่งพยานหกคน สามคนได้ให้คำให้การแล้ว และอีกสามคนได้ให้คำให้การในช่วงเช้าของการพิจารณาคดีในวันนี้ (13 กุมภาพันธ์)

ผู้ต้องหาทั้งสาม Mohamad Alif; Mohd Affendi; และ Nur Aida ในทางกลับกันเป็นพยานต่อหน้าผู้พิพากษาสองคนในบ่ายวันนี้

เมื่อได้รับเรียกให้ปกป้องตัวเองผู้ต้องหาทั้งสามบอกศาลว่ามีบุคคลอื่นอีกสี่คนที่พวกเขารู้จักและเข้าไปในห้องพักของโรงแรมที่พวกเขาถูกควบคุมตัว

พวกเขาบอกศาลว่าหนึ่งในสี่คนผู้ชายสองคนและผู้หญิงสองคน หนึ่งในนั้นถือกระเป๋าเป้สะพายหลัง

บุคคลสองคนแรกเข้ามาในห้องและหลังจากพูดคุยทั้งสองเข้าห้องน้ำก่อนออกเดินทาง

จากนั้นอีกสองคนเข้ามาในห้องขณะพูดคุยแล้วเข้าห้องน้ำพวกเขากล่าว

Nur Aida เมื่อถูกสอบสวนโดยทนายด้านการป้องกันยืนยันว่าผู้หญิงคนหนึ่งถือกระเป๋าเป้สะพายหลังขณะเข้าห้องน้ำ

ผู้ถูกกล่าวหายังบอกศาลว่าเขาและสามีของเธอ (Mohamad Alif) ซื้อข้าวสองกล่องที่ใส่ในกล่องโฟม

สำหรับบันทึก ฝ่ายยาเสพติดของตำรวจเขตสุไหงโกลก ยังพบยาเสพติดในกล่องโฟมข้างถังขยะในห้องน้ำนั้น

Nur Aida กล่าวว่าประมาณ 10 นาทีหลังจากบุคคลสองคนรวมถึงผู้หญิงที่ถือกระเป๋าเป้สะพายหลังออกจากห้องพักของโรงแรมตำรวจบุกเข้าไป

ในการให้คำให้การในวันนี้ ผู้ถูกกล่าวหาก็แสดงรูปภาพหลายภาพจากกล้องวงจรปิดของโรงแรม (CCTV)

ในขณะเดียวกันอัยการจังหวัดนราธิวาส (ซึ่งไม่สามารถเสนอชื่อได้) ขณะพบกันกล่าวว่าชาวมาเลเซียทั้งหกคนร่วมกันมียาบ้า 6,059 เม็ด (เมทัมเฟตามีน)

เขากล่าวว่าภายใต้กฎหมายของประเทศไทย Methamphetamine เป็นยาเสพติดประเภท 1 ที่มีการลงโทษที่รุนแรงที่สุด

ถามว่าจะมีการลงโทษอะไรบ้างหากมีคนพบว่ามีความผิดในการครอบครองยาบ้ามากกว่า 6,000 เม็ดเขากล่าวว่าระยะเวลาคุกไม่น้อยกว่า 20 ปี

นอกจากนี้เขายังกล่าวว่าสำหรับการเข้าประเทศไทยอย่างผิดกฎหมายบุคคลอาจถูกตัดสินจำคุกหกเดือน

สำหรับการใช้ยาเสพติดโทษจำคุก 12 เดือน เขากล่าวว่าการลงโทษจำคุกนั้นขึ้นอยู่กับคำสารภาพของผู้ถูกกล่าวหา

“ หากพวกเขารับสารภาพ การลงโทษจำคุกจะเหลือครึ่ง ตัวอย่างเช่นหากพวกเขาสารภาพว่าใช้ยาเสพติด บทลงโทษสามารถลดลงเหลือเพียงหกเดือน จาก1ปี” เขากล่าว

การพิจารณาคดีจะดำเนินต่อไปในเช้าวันพรุ่งนี้โดยมีผู้ถูกกล่าวหาอีกสามคนในขณะที่อัยการและทนายความคาดว่าจะส่งข้อโต้แย้งของพวกเขาปิดคดีในช่วงเย็น

เป็นที่เข้าใจกันว่าผลลัพธ์ของคดียาเสพติดจะทำพร้อมกันด้วยการลงโทษสำหรับการใช้ยาเสพติดต้นเดือนมีนาคม

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading