NARATHIWAT: “Kita serahkan kepada mahkamah.”

Demikian kata Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong ketika diminta mengulas rayuan ikat jamin enam rakyat Malaysia, termasuk penyanyi wanita dikir barat dari Kelantan yang kini ditahan di Penjara Pusat Narathiwat.

Tawee berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada enam rakyat Malaysia yang ditahan atas tuduhan memiliki dadah, boleh dibebaskan dengan ikat jamin atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat dan bertemu banduan yang terlibat dalam kes keselamatan serta keluarga mereka di Penjara Pusat Narathiwat, hari ini (25 Januari 2025).

Pada 4 November tahun lalu – empat hari setelah ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok bersama 6,059 butir pil kuda – mereka, tiga wanita dan tiga lelaki, mengemukakan rayuan untuk diikat jamin.

Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong; Ahli Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh; dan Presiden Badan Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Kuseng Yawohasan; melawat Penjara Pusat Narathiwat hari ini (25 Januari 2025). Timbalan Pengarang apakhabartv.com, Razali Zakaria (kanan) dibenar turut serta dalam lawatan itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Wilayah Narathiwat menolak permohonan mereka.

Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, kemudian ditahan di Penjara Pusat Narathiwat untuk siasatan lanjut.

Pada perbicaraan yang bermula 14 Januari lalu, mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki 6,059 butir pil kuda atau yaba. Bagaimanapun, semuanya mengaku menggunakan dadah berkenaan.

Zuhaira dan Eridieka juga mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan lain iaitu memasuki dan tinggal secara haram di Thailand.

Pada perbicaraan itu, Pendakwa Raya Wilayah Narathiwat memaklumkan kepada tertuduh bahawa mereka boleh mengemukakan rayuan ikat jamin sekali lagi.

Ditanya mengenai rayuan ikat jamin kali kedua itu, Tawee berkata, pihaknya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut, Tawee berkata enam rakyat Malaysia terbabit berada dalam keadaan baik dan menjalankan aktiviti yang ditetapkan pihak penjara.

“Layanan yang diberikan kepada mereka adalah sama dengan yang diberikan kepada banduan lain.

“Malah, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, juga telah dua kali melawat tahanan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pemulihan dan Aktiviti Penjara Pusat Narathiwat, Somsak Patdaeng berkata, Eda Ezrin, kini sudah boleh bertutur sedikit sebanyak bahasa Thai.

“Di dalam penjara dia (Eda Ezrin) dan mereka yang lain mengikuti kelas bahasa Thai.

“Dia kini sudah tahu sedikit sebanyak bahasa Thai yang digunakan seharian… iaitu perkataan asas yang diucap setiap hari,” katanya kepada Apa Khabar TV ketika ditemui di penjara itu hari ini.


นักร้องดีเกรบารัต ยื่นร้องการประกันตัวครั้งที่สอง

NARATHIWAT: “ขึ้นอยู่กับดุลพินิจของศาล”

รัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรมของไทย ทวี สอดส่อง กล่าวเมื่อถูกขอให้แสดงความคิดเห็นเกี่ยวกับการประกันตัวของชาวมาเลเซียหกคนรวมถึงนักร้องหญิงจากกลันตันซึ่งปัจจุบันถูกควบคุมตัวในเรือนจำกลางจังหวัดนราธิวาส

ทวี กล่าวว่าเรื่องการประกันตัวเป็นดุลพินิจของศาลเพื่อพิจารณาว่าชาวมาเลเซียหกคนที่ถูกจับกุมในข้อหายาเสพติดอาจได้ประกันตัวหรือในทางกลับกัน

เขากล่าวสิ่งนี้กับผู้สื่อข่าวเมื่อพบกันหลังจากไปเยี่ยมและพบปะผู้ต้องขังที่เกี่ยวข้องกับคดีความมั่นคงและครอบครัวของพวกเขาที่เรือนจำจังหวัดนราธิวาส ในวันนี้ (25 มกราคม 2025)

เมื่อวันที่ 4 พฤศจิกายนปีที่แล้ว – สี่วันหลังจากถูกจับกุมที่โรงแรมแห่งหนึ่งในสุไหงโกลกด้วยยาบ้า 6,059 เม็ด – ทั้งหมดของพวกเขาผู้หญิงสามคนและผู้ชายสามคนได้ยื่นร้องขอประกันตัว

อย่างไรก็ตามศาลจังหวัดนราธิวาสปฏิเสธการขอประกันตัวของพวกเขา

Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, หรือ Eda Ezrin; สามีของเธอ Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; และ Zuhaira Nasrin วัย 26 ปีถูกจับกุมที่เรือนจำกลาง Narathiwat เพื่อสอบสวนเพิ่มเติม

ในการพิจารณาคดีเริ่มตั้งแต่วันที่ 14 มกราคมพวกเขาปฏิเสธข้อหาครอบครองยาบ้า 6,059 อย่างไรก็ตามทุกคนยอมรับว่าใช้ยาเสพติด

Zuhaira และ Eridieka ยังสารภาพผิดต่อข้อหาอีกสองข้อในการเข้าและอาศัยอยู่อย่างผิดกฎหมายในประเทศไทย

ในการพิจารณาคดีอัยการนราธิวาส แจ้งผู้ถูกกล่าวหาว่าพวกเขาสามารถยื่นร้องขอประกันตัวได้

เมื่อถามถึงการอุทธรณ์การประกันตัวครั้งที่สอง ทวี สอดส่อง กล่าวว่าเป็นดุลพินิจของศาลในการพิจารณา

การแสดงความคิดเห็นเพิ่มเติม ทวี สอดส่อง กล่าวว่าชาวมาเลเซียทั้งหกอยู่ในสภาพดีและดำเนินกิจกรรมในเรือนจำตามปกติ

“การบริการที่ให้แก่พวกเขานั้นเหมือนกับที่มอบให้กับนักโทษคนอื่น ๆ

“ ในความเป็นจริงแล้วทางกงสุลใหญ่มาเลเซียที่จังหวัดสงขลา, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ได้ไปเยี่ยมผู้ถูกคุมขังสองครั้งแล้ว” เขากล่าว

ในขณะเดียวกัน สมศักดิ์ พัดแดง ผู้อำนวยการแผนกกิจการเรือนจำ กล่าวว่า Eda Ezrin ตอนนี้สามารถพูดภาษาไทยแบบพื้นฐานได้บ้างแล้ว

“ ในเรือนจำ (Eda Ezrin) และคนอื่น ๆ เข้าเรียนภาษาไทย

“ตอนนี้เขารู้ภาษาไทยบ้างเล็กน้อยที่ใช้ในชีวิตประจำวัน … ซึ่งเป็นคำพื้นฐานที่เขาพูดเป็นประจำทุกวัน” เขาบอกกับApa Khabar TV ซึ่งพบกันในเรือนจำนราธิวาสวันนี้

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading