Maslan Saeheng terbunuh dalam letupan bom di Narathiwat Isnin lalu

MUAFAH SAEHENG baharu berusia 9 bulan, namun sambil menangis dia tetap menggengam erat jari ayahnya Maslan Saeheng yang sejuk kaku yang terbaring di katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Rajanagarindra, Narathiwat di Selatan Thailand.

Dia tidak tahu bahawa ayah yang sering bermain-main dengannya setiap hari, kini telah pergi buat selama-lamanya, tidak dapat mendukungnya lagi, tidak dapat mencium pipinya dan tidak lagi dapat menepuk-nepuk punggungnya ketika dia tidur.

Akan membesarlah anak yatim itu bersama ibu kesayangan, Suhaila Jae, 27 tahun, tanpa belaian kasih sayang seorang ayah.

Pastinya apabila besar nanti dia akan bertanya ibunya “bagaimana ayahnya meninggal dunia?” “Siapa yang membunuh ayahnya?” Dan itu adalah tragedi yang pasti diingati buat selama-lamanya.

Adakah dia akan memaafkan orang yang menyebabkan kematian ayahnya? Atau dia hanya menunggu untuk meminta penjelasan sebenar di akhirat kelak?

Pastinya Muafah tidak akan mengingati sebelum melangkah keluar rumah – pergi yang tidak akan kembali – ayahnya sempat melayannya seketika. Dan lambaian itu adalah yang terakhir kalinya.

Maslan Saeheng, 28 tahun, seorang anggota Unit Kawalan Keselamatan Daerah melangkah keluar rumah di Sukirin, Narathiwat, pada pagi Isnin (20 Mei 2024) untuk mengawal guru dan pelajar sebuah sekolah di Daerah Cho-airong, Narathiwat.

Setelah selesai menjalankan tugasnya, Maslan dan lima rakannya menaiki tiga buah motosikal untuk pulang ke kem mereka. Ketika melalui sebatang jalan pada jam 8.50 pagi, satu letupan kuat berlaku menyebabkan mereka tercampak ke tepi. Kejadian berlaku kira-kira 400 meter dari kem mereka.

Difahamkan, selepas letupan itu, beberapa das tembakan kedengaran, namun penyerang kemudian melarikan diri.

Suhaila Jae, 27 tahun, memangku anaknya yang kini kehilangan kasih sayang seorang ayah akibat perbuatan pihak tertentu.

Siasatan mendapati bom itu dikatakan diisi dalam tong gas sebelum diletupkan menggunakan alat kawalan jauh. Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Mereka kemudian dihantar untuk menerima rawatan, namun Maslan yang tidak sedarkan diri selepas letupan itu meninggal dunia kira-kira jam 8.10 pagi semalam (21 Mei 2024).

Maslan adalah antara dua anggota pasukan keselamatan Thailand berbangsa Melayu dan beragama Islam yang terbunuh dalam dua kejadian letupan di Narathiwat pada Isnin lalu.

Seorang lagi, Weerapol Abudulrahim, 41 tahun, meninggal dunia pada hari kejadian ketika dirawat di Hospital Sukirin, manakala enam rakannya turut cedera. Pasukannya dikatakan sedang menjalankan siasatan di tepi jalan di Kampung Air Jambu, Sukhirin, sebelum seorang anggota polis terpijak jerangkap samar.

Dalam temu bual bersama media sosial, Suhaila berkata dia berada di rumah mereka di Sukirin, ketika menerima berita kejadian yang menimpa suaminya.

“Awalnya saya tidak tahu keadaannya, tetapi kemudian diberitahu bahawa suami saya adalah yang teruk sekali dan telah dihantar ke hospital.

“Dia langsung tidak boleh bercakap ketika saya menemuinya. Kali terakhir dia bercakap dan bermain dengan anak sebelum keluar bertugas,” katanya sambil menjelaskan suaminya terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan ketika dirawat di hospital.

Menceritakan lebih lanjut, Suhaila berkata suaminya pernah belajar tahfiz al-Quran dan menjadi imam solat ketika di rumah dan pejabat.

Suhaila Jae menceritakan mengenai kejadian yang menimpa suaminya, Maslan Saeheng.

“Saya ada bersamanya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.”

Jenazah Maslan kemudiannya dikebumikan di kampung asalnya di Iyo, Mukim Bare Nuea, Daerah Bacho, Narathiwat, petang semalam.

Itu adalah secebis kisah yang sering berlaku di tiga wilayah di Selatan Thai yang digelar ‘deep south’ dan menjadi pusat konflik. Ia merujuk kepada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani, serta beberapa daerah di Songkhla.

Sebagaimana dilaporkan Apa Khabar TV sebelum ini, terdapat sekurang-kurangnya empat pihak yang dikatakan sering menimbulkan masalah, termasuk pengeboman, serangan bersenjata dan perbuatan khianat.

Namun, dalam kebanyakan kejadian itu tidak dapat dipastikan siapa yang melakukannya. Masing-masing pihak sama ada kerajaan atau kumpulan bersenjata menyalahkan antara satu sama lain.

Ditambah dengan tindakan media sosial yang mewakili kumpulan masing-masing yang memainkan sentimen tertentu, hingga ‘api’ perbalahan terus menyala. Dan, yang menjadi mangsanya adalah penduduk kampung yang tidak bersalah, sebagaimana yang berlaku kepada Suhaila dan Muafah.

Jalan penyelesaian bagi menghentikan perbalahan dan mewujudkan keamanan terus dicari di meja rundingan. Beberapa siri pertemuan antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan bersenjata di Selatan Thai, terus diadakan, dengan Malaysia menjadi fasilitator.

Tetapi, dalam pada pertemuan diadakan antara kedua-dua pihak, keganasan terus berlaku. Entah siapa yang melakukannya terus menjadi tanda tanya.

Sebagaimana yang berlaku pada Isnin lalu tatkala Pasukan Teknikal Panel Dialog Damai Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) sedang mengadakan perbincangan secara terperinci mengenai Pelan Komprehensif Bersama ke arah Pendamaian (JCPP) di Kuala Lumpur pada 19 Mei 2024 hingga semalam (21 Mei 2024).

Kejadian itulah yang menyebabkan ayah Muafah terbunuh. Tetapi siapa pelakunya? Tragedi ini juga pernah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga penulis.

Penulis bukan bermaksud untuk campur tangan, tetapi sebagai insan yang telah menikmati keamanan di bumi Malaysia, penulis juga mahu melihat penduduk negara jiran hidup dalam aman dan harmoni.

Genggaman terakhir sebelum Suhaila Jae dan Muafah ditinggalkan di atas dunia ini buat selama-lamanya oleh Maslan Saeheng.

__________________________________________________________________________________________________

มูอาฟะห์คิดถึงอ้อมกอดของพ่อ แต่…..

มัสลัน แซเฮง เสียชีวิตจากเหตุระเบิดที่จังหวัดนราธิวาสเมื่อวันจันทร์ที่ผ่านมา

มูอาฟะห์ แซเฮง อายุเพียง 9 เดือน แต่ในขณะที่ร้องไห้เธอยังคงกุมมือของพ่อมัสลัน แซเฮง ที่กำลังหนาวและแข็งตัวอยู่บนเตียงของห้องผู้ป่วยหนัก (ICU) โรงพยาบาลราชนครินทร์ นราธิวาส ภาคใต้ของประเทศไทย

เธอไม่รู้เลยว่าพ่อที่เคยเล่นกับเธอทุกวันตอนนี้จากไปแล้วตลอดกาล ไม่สามารถอุ้มเธอได้อีกต่อไป จูบแก้มเธอ และตบหลังเธอเมื่อเธอหลับ

เขาจะเติบโตเป็นเด็กกำพร้ากับแม่สุดที่รัก ซูไฮลา แจ วัย 27 ปี โดยปราศจากความรักของพ่อ

ซูไฮลา แจ วัย 27 ปี ดูแลลูกชายที่ตอนนี้สูญเสียความรักของพ่อไปเพราะการกระทำของบางฝ่าย

แน่นอนเมื่อเขาโตขึ้นเขาจะถามแม่ว่า “พ่อของเขาตายได้อย่างไร” “ใครเป็นคนฆ่าพ่อของเขา” และนั่นคือโศกนาฏกรรมที่จะจดจำตลอดไป

เขาจะให้อภัยคนที่ทำให้พ่อของเขาเสียชีวิตหรือไม่? หรือเขาแค่รอขอคำอธิบายที่แท้จริงในชีวิตหลังความตาย?

แน่นอนว่ามูอาฟะห์จะจำไม่ได้ ก่อนจะก้าวออกจากบ้าน – การจากไปอย่างไม่มีวันกลับ – พ่อของเขามีโอกาสเล่นกับเขาอยู่พักหนึ่ง และครั้งนั้นก็เป็นครั้งสุดท้าย

มัสลัน แซเฮง อายุ 28 ปี เจ้าหน้าที่ อส. ก้าวออกจากบ้านที่ สุคีริน นราธิวาส เช้าวันจันทร์ (20 พ.ค. 2567) ไปเฝ้าครูและนักเรียนโรงเรียนแห่งหนึ่งในอำเภอเจาะไอร้อง จังหวัดนราธิวาส .

หลังจากเสร็จสิ้นภารกิจ มัสลันและเพื่อนทั้งห้าคนก็ขึ้นมอเตอร์ไซค์สามคันเพื่อกลับไปที่แคมป์ ขณะเดินผ่านถนนเวลา 8.50 น. เกิดเหตุระเบิดเสียงดังทำให้กระเด็นไปด้านข้าง เหตุการณ์นี้เกิดขึ้นห่างจากค่ายของพวกเขาประมาณ 400 เมตร

เป็นที่เข้าใจกันว่าหลังจากระเบิด ได้ยินเสียงปืนหลายนัด แต่ผู้โจมตีก็หลบหนีไป

การสืบสวนพบว่า ระเบิดดังกล่าวถูกบรรจุอยู่ในถังแก๊สก่อนจะจุดชนวนโดยใช้อุปกรณ์ควบคุมระยะไกล ไม่มีฝ่ายใดออกมาอ้างความรับผิดชอบต่อการโจมตีดังกล่าว

จากนั้นพวกเขาถูกส่งไปรับการรักษา แต่มัสลัน ซึ่งหมดสติหลังเหตุระเบิด เสียชีวิตเมื่อเวลาประมาณ 08.10 น. ของเมื่อวานนี้ (21 พ.ค. 2567)

ซูไฮลา แจ เล่าถึงเหตุการณ์ที่เกิดขึ้นกับสามีของเธอ มัสลัน แซเฮง

มัสลันเป็นหนึ่งในสองสมาชิกชาวมุสลิมของกองกำลังความมั่นคงของไทยที่ถูกสังหารจากเหตุระเบิด 2 ครั้งในจังหวัดนราธิวาสเมื่อวันจันทร์ที่ผ่านมา

อีกคนหนึ่งคือ วีรพล อับดุลราฮิม อายุ 41 ปี เสียชีวิตในวันเกิดเหตุขณะรักษาตัวอยู่ที่โรงพยาบาลสุคีริน ขณะที่เพื่อนของเขาอีก 6 คนก็ได้รับบาดเจ็บเช่นกัน กล่าวกันว่าทีมงานของเขากำลังดำเนินการสอบสวนข้างถนนในหมู่บ้านไอร์จัมบู สุคิริน ก่อนที่ตำรวจจะเหยียบกับระเบิด

ในการให้สัมภาษณ์กับโซเชียลมีเดีย สุไฮลากล่าวว่าเธออยู่ที่บ้านของพวกเขาที่สุคีริน เมื่อได้รับข่าวเหตุการณ์ที่เกิดขึ้นกับสามีของเธอ

“ตอนแรกฉันไม่ทราบอาการ แต่ต่อมาได้รับแจ้งว่าสามีของฉันอาการหนักที่สุดและถูกส่งตัวไปโรงพยาบาลแล้ว

“ตอนที่ฉันเจอเขาเขาพูดไม่ได้เลย ครั้งสุดท้ายที่เขาพูดและเล่นกับลูกคือก่อนออกไปปฏิบัติหน้าที่” เธอกล่าวพร้อมอธิบายว่าสามีของเธอต้องใช้เครื่องช่วยหายใจขณะเข้ารับการรักษาในโรงพยาบาล .

ซูไฮลาเล่าให้ฟังเพิ่มเติมว่าสามีของเธอเคยศึกษาตะห์ฟิซอัลกุรอาน และได้ไปเป็นอิหม่ามละหมาดที่บ้านและที่ทำงาน

“ฉันอยู่กับเขาตอนที่เขาหายใจเฮือกสุดท้าย”

ต่อมาศพของมัสลันถูกฝังไว้ที่หมู่บ้านอีโยะตำบลบาเระเหนือ อำเภอบาเจาะ จังหวัดนราธิวาส เมื่อบ่ายวานนี้

การจับมือครั้งสุดท้ายก่อนที่ มัสลันจะจากโลกนี้ไป ซูไฮลา แจ และมูอาฟะห์จะจดจำไปตลอดกาล

นั่นคือส่วนหนึ่งของเรื่องราวที่มักเกิดขึ้นในสามภูมิภาคภาคใต้ของประเทศไทยที่เรียกว่า ‘ภาคใต้ตอนล่าง’ และกลายเป็นศูนย์กลางของความขัดแย้ง หมายถึงจังหวัดยะลา นราธิวาส และปัตตานี ตลอดจนอำเภอต่างๆ ในจังหวัดสงขลา

ตามที่รายงานโดย Apa Khabar TV ก่อนหน้านี้ มีอย่างน้อยสี่ฝ่ายที่มักก่อให้เกิดปัญหา รวมถึงการวางระเบิด การโจมตีด้วยอาวุธ และการทรยศหักหลัง

อย่างไรก็ตาม ในกรณีส่วนใหญ่ยังไม่ชัดเจนว่าใครเป็นคนทำ แต่ละฝ่ายไม่ว่ารัฐบาลหรือกลุ่มติดอาวุธจะกล่าวหาซึ่งกันและกัน

ประกอบกับการกระทำของโซเชียลมีเดียที่เป็นตัวแทนของแต่ละกลุ่มที่เล่นกับความรู้สึกบางอย่างจนกระทั่ง ‘ไฟ’ แห่งความขัดแย้งยังคงลุกโชน และเหยื่อเป็นชาวบ้านผู้บริสุทธิ์ เช่นเดียวกับที่เกิดขึ้นกับซูไฮลาและมูอาฟะห์

แนวทางแก้ไขเพื่อยุติความขัดแย้งและสร้างสันติภาพยังคงเกิดขึ้นที่โต๊ะเจรจา การประชุมหลายครั้งระหว่างรัฐบาลไทยและกลุ่มติดอาวุธในภาคใต้ของประเทศไทยยังคงดำเนินต่อไป โดยมีมาเลเซียเป็นผู้อำนวยความสะดวก

แต่ในระหว่างการประชุมที่จัดขึ้นระหว่างทั้งสองฝ่าย ความรุนแรงยังคงดำเนินต่อไป ใครเป็นคนทำ ยังคงเป็นเครื่องหมายคำถาม

ดังที่เกิดขึ้นเมื่อวันจันทร์ที่ผ่านมา เมื่อทีมเทคนิคของคณะเจรจาสันติภาพเขตชายแดนภาคใต้ (PEDP) และแนวร่วมปฏิวัติแห่งชาติมลายูปัตตานี (BRN) กำลังจัดการอภิปรายโดยละเอียดเกี่ยวกับแผนร่วมที่ครอบคลุมเพื่อการปรองดอง (JCPP) ที่กรุงกัวลาลัมเปอร์ วันที่ 19 พฤษภาคม 2567 ถึงเมื่อวาน (21 พฤษภาคม 2567)

เหตุการณ์นั้นทำให้พ่อของมูอาฟะห์ถูกสังหาร แต่ใครคือผู้กระทำผิด?

ผู้เขียนไม่ได้ตั้งใจจะแทรกแซง แต่ในฐานะบุคคลที่มีความสุขในความสงบในประเทศมาเลเซีย ผู้เขียนยังอยากเห็นผู้คนในประเทศเพื่อนบ้านอยู่อย่างสงบสุขและสามัคคีกัน

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading