DALAM perniagaan restoran yang kompetitif hari ini, peningkatan dalam persaingan membayangkan bahawa pelanggan pada masa kini mempunyai lebih banyak pilihan tempat makan untuk dipilih berbanding sebelum ini, daripada makanan segera kepada restoran pelbagai masakan.

Akibatnya, jangkaan pelanggan terhadap tawaran restoran semakin meningkat, dan mereka kini lebih menuntut dalam membuat pilihan restoran yang lebih baik berdasarkan apa yang mereka ketahui daripada laporan media.

Memandangkan fenomena yang semakin berkembang ke arah makan di luar, pengetahuan tentang kriteria yang digunakan oleh pelanggan dalam pemilihan restoran adalah strategik dalam memahami trend penggunaan makanan.

Jika anda membaca laporan media, termasuk ulasan di dalam Facebook, Instagram atau Tiktok sejak akhir-akhir ini, ramai pelancong Malaysia yang berkunjung ke wilayah Selatan Thailand untuk menikmati makanan yang enak dengan harga yang berpatutan.

Saya pernah menulis di dalam apakhabartv.com sambil berpesan kepada pelancong Malaysia supaya tidak sahaja mengunjungi kedai makan atau restoran di Selatan Thailand yang telah viral. Tetapi, mesti juga mengunjungi gerai-gerai kecil di tepi jalan atau kampung, kerana masakan di situ juga kadang-kadang lebih sedap, dan harganya pula murah.

Makanan sahaja adalah alasan yang sesuai untuk melawat Thailand. Terkenal dengan gabungan bahan-bahan aromatik yang tidak dapat ditandingi, rasa pedas dan rempah-rempah yang hebat, masakan Thai berada di antara kumpulan masakan popular di dunia.

Namun, untuk menikmati masakan Thailand dengan harga berpatutan, tidak perlu juga berkunjung ke Selatan Thai. Banyak kedai dan restoran masakan Thai yang dibuka di Malaysia.

Sebagai wakil apakhabartv.com di lima wilayah Selatan Thai, saya pernah berbual dengan beberapa pengusaha restoran di sana. Faktor yang mendorong pelanggan memilih sesebuah restoran ialah harga, makanan, kepelbagaian, reputasi, promosi, lokasi dan sumber maklumat.

Dan, untuk menikmati citarasa masakan Thai yang enak, anda tidak perlu menempuh perjalanan jauh untuk ke Krabi di Thailand yang jaraknya kira-kira 795 kilometer dari Kuala Lumpur, atau mengambil masa perjalanan dengan kereta selama hampir 10 jam, semata-mata untuk menikmati masakan negara jiran atau merasai suasana angin petang.

Sebaliknya, anda hanya perlu menempuh perjalanan kira-kira tiga jam setengah dari Kuala Lumpur atau 62.4 kilometer dari Butterworth, untuk menikmati masakan istimewa – bagaikan sudah berada di Krabi.

Dengan susun atur serta pelbagai aneka masakan Thailand, Cafe De’Bakau yang terletak di No 1517, Jalan Kampung Parit Sungai Milan, Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak, sudah cukup untuk membuatkan anda seolah-olah berada di Krabi, Thailand.

Hubungi Cafe De’Bakau +6 011 5684 1517.

Dengan kos pembinaannya kini hampir mencecah sejuta ringgit, termasuk nilai tanah di kawasan hutan bakau, kedudukannya menjadi tarikan strategi apabila hanya terletak kira-kira 100 meter dari pusat pelancongan Ban Pecah.

Penulis dalam perjalanan pulang dari Thailand dan berkesempatan singgah di Cafe De’Bakau setelah diajak seorang teman. Memang benar laluan di sekitar perkampungan itu agak sempit, namun anda akan berpuas hati apabila tiba di sana.

Tiada siapa menjangka di tepian hutan bakau terletak sebuah restoran yang semakin popular, terutama pada sebelah petang.

Baharu tiga bulan beroperasi di kawasan itu, Cafe De’Bakau mendapat sambutan meriah daripada penduduk, terutama di sekitar Parit Buntar dan sejauh Kuala Lumpur, yang mahu menikmati masakan Thailand.

Memilih bahan terbaik untuk mencipta gaya Thai yang lazat dengan kemahiran cef generasi baharu. Sampaikan keenakan dengan promosi Ramadan, dengan makanan dan minuman Thai lebih daripada 30 menu adalah sesuatu yang istimewa dan lain daripada yang lain.

Daripada pembuka selera, hidangan utama, snek tradisional, pencuci mulut dan minuman. Termasuk menu yang diserlahkan mee lapan ekor udang segar berharga RM18 sepinggan, wow! Anda tidak boleh melepaskan peluang.

Penulis berbual dengan beberapa pelanggan Cafe De’Bakau. Rumusannya terdapat faktor dan situasi atau dua bukti di mana sesebuah restoran itu menjadi pilihan pelanggan.

Pertama, harga menu ialah keutamaan utama pelanggan dalam memilih restoran yang menyediakan perkhidmatan penuh, cepat dan pantas. Kedua, pelanggan restoran menilai tahap kepentingan kriteria pemilihan restoran secara berbeza mengikut waktu makan.

Ini yang terdapat di Cafe De’Bakau. Harga yang rendah (contohnya set mee lapan ekor udang) sememangnya menarik perhatian pelanggan, selain perkhidmatan mesra dan pantas. Kedua-dua kepentingan ini sekali gus memastikan reputasi jenama Cafe De’Bakau bertahan.

Tidak dinafikan sebab nombor satu populariti Cafe De’Bakau adalah rasa. Rasanya sangat sedap! Gabungan ajaib manis, pedas dan masam mencipta ledakan rasa pada setiap suapan.

Tidak ada yang setanding dengannya. Makanan Thai terkenal dengan herba segar dan rempah ratus terutamanya serai, pudina, lengkuas, limau nipis dan cili. Bahan-bahan ini memberikan setiap lapisan hidangan demi lapisan kesegaran dan aroma yang merangsangkan selera.

Biasanya terdapat beberapa sayur-sayuran berbeza yang terlibat menjadikan masakan ini pilihan yang sihat. Herba dan rempah ratus juga mempunyai ciri-ciri bermanfaat, contohnya, lengkuas dan serai, kedua-duanya kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang.

Pilihan utama saya di Cafe De’Bakau ialah Kheng Som Siakap Selatan Thai. Pertama kali mencubanya wow! “A” kata adik ipar saya yang turut sama menikmati hidangan tengah hari, sambil ditemani rakan dari Thailand – Abdul Rahman.

Kari kuning ikan siakap dengan rasa pedas asli Selatan Thailand sangat menyelerakan. Anda mesti cuba… rugi jika tidak mencubanya! Terdapat keseimbangan antara rasa masam, manis dan pedas hasil daripada herba, rempah ratus dan santan kelapa yang menjadi adunannnya.

Jika anda ingin tahu tentang makanan dan restoran Cafe De’Bakau, maka saya ada berita baik untuk anda. Sempena Ramadan sekarang, Cafe De’Bakau menawarkan pelbagai pilihan masakan dan menu untuk anda cuba.

Singgah awal! Pesanan berbuka puasa mulai dibuka pada jam 5 petang. Anda boleh menikmati hidangan sehingga jam 12 tengah malam. Sambil itu harungi juga suasana malam di hutan bakau.

Lokasi Cafe De’Bakau juga strategik. Terletak kira-kira 100 meter dari pusat pelancongan yang semakin berkembang – Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak.

Lokasi yang strategik boleh menarik lebih ramai pelanggan ke restoran, memberikan kemudahan kepada pelanggan, dan memberi kesan positif terhadap kesetiaan pelanggan. Cafe De’Bakau menggunakan strategi lokasi untuk memenuhi sasaran pasaran dan meningkatkan keterlihatan restoran.

Pengusahanya yang enggan dikenali yakin dalam tempoh dua tahun, Cafe De’Bakau boleh berkembang dan memberi pulangan modal.

“Kira-kira sejuta ringgit telah dibelanjakan untuk membangunkan Cafe De’Bakau. Ini termasuk pembelian tanah, menambun kawasan paya bakau, memasang tiang dan membeli buluh untuk dibuat pagar.

“Di kawasan ini Cafe De’Bakau yang paling besar. Saya memberi peluang kepada 12 anak tempatan untuk bekerja,” katanya kepada apakhabartv, sambil menjelaskan keutamaannya ialah untuk membangunkan kawasan Ban Pecah sebagai pusat pelancongan.

Memandangkan lokasi menentukan capaian pelanggan kepada produk atau perkhidmatan tertentu, ia tetap menjadi asas kepada pembuatan keputusan pelanggan dan amat penting kepada kejayaan operasi restoran.

Satu soalan yang mengejutkan penulis ialah apabila pengusaha Cafe De’Bakau bertanya di mana beliau boleh membeli kapal terbang Boeing 737, yang telah usang.

Rancangannya?

“Jika ada saya hendak menjadikan kapal terbang itu sebagai restoran dan tarikan pelancong di kawasan ini”. Itu jawab beliau.


กำลังมองหาอาหารไทยแสนอร่อยอยู่ใช่ไหม? Cafe De’Bakau เหมือนอยู่ในกระบี่

โดย ราซาลี ซาคาเรีย และ รอฮานา มะ

ในธุรกิจร้านอาหารที่มีการแข่งขันสูงในปัจจุบัน การแข่งขันที่เพิ่มขึ้นหมายความว่าลูกค้าในปัจจุบันมีทางเลือกในการรับประทานอาหารมากขึ้นกว่าที่เคย ตั้งแต่อาหารจานด่วนไปจนถึงร้านอาหารที่มีอาหารหลากหลาย

เป็นผลให้ความคาดหวังของลูกค้าต่อการนำเสนอร้านอาหารเพิ่มขึ้น และตอนนี้พวกเขามีความต้องการมากขึ้นในการตัดสินใจเลือกร้านอาหารที่ดีขึ้นโดยพิจารณาจากสิ่งที่พวกเขาทราบจากรายงานของสื่อ

เมื่อพิจารณาถึงปรากฏการณ์การรับประทานอาหารนอกบ้านที่เพิ่มมากขึ้น ความรู้เกี่ยวกับเกณฑ์ที่ลูกค้าใช้ในการเลือกร้านอาหารถือเป็นกลยุทธ์ในการทำความเข้าใจแนวโน้มการบริโภคอาหาร

หากได้อ่านรายงานของสื่อ ทั้งคอมเมนต์ บน Facebook, Instagram หรือ Tiktok ในช่วงนี้ นักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียจำนวนมากเดินทางมาที่ภาคใต้ของประเทศไทยเพื่อรับประทานอาหารอร่อยๆ ในราคาที่สมเหตุสมผล

ครั้งหนึ่งฉันเคยเขียนใน apakhabartv.com พร้อมให้คำแนะนำแก่นักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียไม่เพียงแต่ให้ไปร้านอาหารหรือร้านอาหารในภาคใต้ของประเทศไทยที่กำลังไวรัลหรือโด่งดังเท่านั้น แต่คุณต้องแวะแผงขายของเล็กๆ ริมถนนหรือในหมู่บ้านด้วย เพราะอาหารที่นั่นบางครั้งก็อร่อยกว่าและราคาถูกด้วย

อาหารเพียงอย่างเดียวเป็นเหตุผลที่ดีในการมาเยือนประเทศไทย มีชื่อเสียงในด้านส่วนผสมที่มีกลิ่นหอม รสเผ็ดร้อน และเครื่องเทศชั้นเลิศที่ไม่มีใครเทียบได้ อาหารไทยจึงเป็นหนึ่งในอาหารที่ได้รับความนิยมมากที่สุดในโลก

อย่างไรก็ตามหากต้องการเพลิดเพลินกับอาหารไทยในราคาที่สมเหตุสมผลไม่จำเป็นต้องไปทางใต้ของประเทศไทย ร้านค้าและร้านอาหารไทยหลายแห่งได้เปิดในมาเลเซีย

ในฐานะตัวแทนของ apakhabartv.com ใน 5 จังหวัดภาคใต้ของไทย ฉันได้พูดคุยกับผู้ประกอบการร้านอาหารหลายแห่งที่นั่น ปัจจัยที่กระตุ้นให้ลูกค้าเลือกร้านอาหาร ได้แก่ ราคา อาหาร ความหลากหลาย ชื่อเสียง โปรโมชั่น สถานที่ตั้ง และแหล่งข้อมูล

และหากต้องการเพลิดเพลินกับรสชาติอาหารไทยที่อร่อยคุณไม่จำเป็นต้องเดินทางไกลถึงกระบี่ในประเทศไทย ซึ่งอยู่ห่างจากกัวลาลัมเปอร์ประมาณ 795 กิโลเมตร หรือใช้เวลาเดินทางโดยรถยนต์เกือบ 10 ชั่วโมง เพียงเพื่อเพลิดเพลินกับอาหารของประเทศเพื่อนบ้าน หรือ สัมผัสได้ถึงสายลมยามเย็น

ในทางกลับกัน คุณแค่เดินทางจากกัวลาลัมเปอร์ประมาณสามชั่วโมงครึ่งหรือ 62.4 กิโลเมตรจากบัตเตอร์เวิร์ธ เพื่อเพลิดเพลินกับอาหารพิเศษ ราวกับว่าคุณอยู่ที่กระบี่แล้ว

ด้วยรูปแบบและอาหารไทยที่หลากหลาย Cafe De’Bakau ซึ่งตั้งอยู่ที่ No 1517, Jalan Kampung Parit Sungai Melan, Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak ก็เพียงพอแล้วที่จะทำให้คุณรู้สึกเหมือนอยู่ในกระบี่ ประเทศไทย

ติดต่อ คาเฟ่ เดอ บาเคา +6 011 5684 1517

ด้วยต้นทุนการก่อสร้างใกล้ถึงล้านริงกิตแล้ว รวมถึงมูลค่าที่ดินในพื้นที่ป่าชายเลนด้วย ตำแหน่งนี้จึงกลายเป็นแหล่งท่องเที่ยวเชิงกลยุทธ์ ที่อยู่ห่างจากศูนย์กลางการท่องเที่ยวบ้านเพคาห์เพียงประมาณ 100 เมตรเท่านั้น

ผู้เขียนกำลังเดินทางกลับจากประเทศไทยและมีโอกาสแวะที่ร้าน Cafe De’Bakau หลังจากได้รับเชิญจากเพื่อน จริงอยู่ที่เส้นทางรอบหมู่บ้านค่อนข้างแคบแต่เมื่อไปถึงก็พอใจ

ไม่มีใครคาดคิดว่าบริเวณชายป่าชายเลนจะมีร้านอาหารที่กำลังได้รับความนิยมมากขึ้นเรื่อยๆ โดยเฉพาะในช่วงบ่าย

หลังจากเปิดดำเนินการในพื้นที่นี้มาเพียงสามเดือน Cafe De’Bakau ก็ได้รับการตอบรับอย่างล้นหลามจากผู้อยู่อาศัย โดยเฉพาะบริเวณปาริต บุนตาร์ และไกลถึงกัวลาลัมเปอร์ ที่ต้องการเพลิดเพลินกับอาหารไทย

คัดสรรวัตถุดิบชั้นยอดเพื่อรังสรรค์ความอร่อยสไตล์ไทยด้วยฝีมือเชฟรุ่นใหม่ ส่งมอบความอร่อยกับโปรโมชั่นเดือนรอมฎอนด้วยอาหารไทยและเครื่องดื่มกว่า 30 เมนูที่พิเศษและแตกต่างจากที่อื่น

ตั้งแต่อาหารเรียกน้ำย่อย อาหารจานหลัก ของว่างแบบดั้งเดิม ขนมหวาน และเครื่องดื่ม รวมถึงเมนูไฮไลท์บะหมี่กุ้งสด 8 ตัว ราคาจานละ 18 ริงกิต ว้าว! คุณไม่ควรพลาดโอกาสนี้

ผู้เขียนได้พูดคุยกับลูกค้าของ Cafe De’Bakau โดยสรุปแล้ว มีปัจจัยและสถานการณ์หรือข้อพิสูจน์สองประการที่ร้านอาหารเป็นทางเลือกของลูกค้า

ประการแรก ราคาเมนูถือเป็นสิ่งสำคัญของลูกค้าในการเลือกร้านอาหารที่ให้บริการเต็มรูปแบบ รวดเร็ว และทันใจ ประการที่สอง ลูกค้าร้านอาหารจะประเมินระดับความสำคัญของเกณฑ์การคัดเลือกร้านอาหารที่แตกต่างกันออกไปตามเวลามื้ออาหาร

มีจำหน่ายที่ Cafe De’Bakau ราคาที่ต่ำ (เช่น ชุดบะหมี่กุ้ง 8 ชุด) ดึงดูดลูกค้าได้อย่างแน่นอน นอกเหนือจากการบริการที่เป็นมิตรและรวดเร็ว ผลประโยชน์ทั้งสองนี้ทำให้ชื่อเสียงของแบรนด์ Cafe De’Bakau ยังคงอยู่ได้ในเวลาเดียวกัน

ไม่ต้องสงสัยเลยว่าเหตุผลอันดับหนึ่งที่ทำให้ Cafe De’Bakau ได้รับความนิยมก็คือรสชาติ รสชาติดีมาก! การผสมผสานอันมหัศจรรย์ของความหวาน เผ็ด และเปรี้ยวทำให้เกิดรสชาติที่ระเบิดออกมาในทุกคำที่กัด

ไม่มีอะไรเทียบได้กับมัน อาหารไทยขึ้นชื่อในเรื่องของสมุนไพรและเครื่องเทศที่สดใหม่ โดยเฉพาะตะไคร้ สะระแหน่ ข่า มะนาว และพริก ส่วนผสมเหล่านี้ทำให้อาหารแต่ละจานมีความสดชื่นและกลิ่นหอมที่กระตุ้นความอยากอาหาร

มักจะมีผักหลายชนิดที่เกี่ยวข้องกันทำให้อาหารจานนี้เป็นทางเลือกที่ดีต่อสุขภาพ สมุนไพรและเครื่องเทศยังมีสรรพคุณที่เป็นประโยชน์ เช่น ข่า และตะไคร้ ซึ่งทั้งอุดมไปด้วยสารต้านอนุมูลอิสระและมีคุณสมบัติต้านการอักเสบ

ตัวเลือกอันดับต้นๆ ของฉันที่ Cafe De’Bakau คือ แกงส้มปลากะพง ภาคใต้ของไทย ครั้งแรกที่ลองทาน ว้าว! “A”ซึ่งร่วมรับประทานอาหารกลางวันพร้อมกับผู้เขียนและเพื่อนชาวไทยคนหนึ่งชื่ออับดุลเราะห์มานกล่าว

แกงกะหรี่ปลากะพงเหลืองกับรสชาติเผ็ดร้อนดั้งเดิมของภาคใต้ของประเทศไทยน่ารับประทานมาก ต้องลอง…จะรู้สึกเสียดายที่ไม่ลอง! มีความสมดุลระหว่างรสเปรี้ยว หวาน และเผ็ดอันเป็นผลมาจากสมุนไพร เครื่องเทศ และกะทิที่ประกอบขึ้นเป็นส่วนผสม

หากคุณสงสัยเกี่ยวกับอาหารและร้านอาหารของ Cafe De’Bakau เรามีข่าวดีมาแจ้ง! เนื่องในโอกาสเดือนรอมฎอนนี้ Cafe De’Bakau จึงมีอาหารและเมนูที่หลากหลายให้คุณได้ลอง

แวะมาก่อน!!สั่งก่อน เปิดรับออเดอร์สำหรับละศีลอด เวลา 17.00 น. คุณสามารถเพลิดเพลินกับอาหารได้จนถึงเวลา 24.00 น. ขณะเดียวกันก็สัมผัสบรรยากาศยามค่ำคืนในป่าชายเลน

ที่ตั้งของ Cafe De’Bakau ก็เป็นจุดยุทธศาสตร์เช่นกัน ตั้งอยู่ประมาณ 100 เมตรจากศูนย์กลางการท่องเที่ยวที่กำลังเติบโต – บ้านเพคาห์ ตันจุงเปียนดัง เประ

ที่ตั้งเชิงกลยุทธ์สามารถดึงดูดลูกค้ามาที่ร้านอาหารได้มากขึ้น ให้ความสะดวกสบายแก่ลูกค้า และส่งผลดีต่อความพึงพอใจของลูกค้า Cafe De’Bakau ใช้กลยุทธ์ทำเลเพื่อตอบสนองตลาดเป้าหมายและเพิ่มการมองเห็นของร้านอาหาร

ผู้ประกอบการซึ่งไม่เปิดเผยตัวตนมั่นใจว่าภายในสองปี Cafe De’Bakau สามารถเติบโตและให้ผลตอบแทนจากเงินทุนได้

“มีการใช้เงินประมาณหนึ่งล้านริงกิตเพื่อพัฒนา Cafe De’Bakau ซึ่งรวมถึงการซื้อที่ดิน การฟื้นฟูพื้นที่ป่าชายเลน การติดตั้งเสา และการซื้อไม้ไผ่เพื่อทำรั้ว

“ในบริเวณนี้ Cafe De’Bakau เป็นร้านที่ใหญ่ที่สุด “ผมให้โอกาสเด็กในท้องถิ่น 12 คนได้ทำงาน” เขาบอกกับ apakhabartv พร้อมอธิบายว่าสิ่งสำคัญอันดับแรกของเขาคือการพัฒนาพื้นที่บ้านเพคาห์ให้เป็นศูนย์กลางการท่องเที่ยว

เนื่องจากสถานที่ตั้งเป็นตัวกำหนดการเข้าถึงผลิตภัณฑ์หรือบริการของลูกค้า จึงยังคงเป็นพื้นฐานในการตัดสินใจของลูกค้าและมีความสำคัญต่อความสำเร็จในการดำเนินงานของร้านอาหาร

คำถามหนึ่งที่ทำให้ผู้เขียนประหลาดใจคือตอนที่เจ้าของร้าน Cafe De’Bakau ถามว่าเขาจะซื้อเครื่องบินโบอิ้ง 737 ซึ่งล้าสมัยได้ที่ไหน

แผนการ?

“ถ้ามีอะไรผมอยากให้เครื่องบินเป็นร้านอาหารและสถานที่ท่องเที่ยวในบริเวณนี้” นั่นคือคำตอบของเขา

One response to “[DWIBAHASA] Mencari keenakan masakan Thai? Cafe De’Bakau seperti berada di Krabi”

  1. […] [DWIBAHASA] Mencari keenakan masakan Thai? Cafe De’Bakau seperti berada di Krabi […]

Leave a Reply

Trending