Semalam (23 Februari 2025), Thaksin Shinawatra mengesahkan beliau menerima ‘arahan’ daripada Pengerusi ASEAN-Malaysia 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri (PM) Malaysia, supaya melawat kawasan konflik di wilayah Selatan Thai – yang juga dikenali sebagai ‘Deep South’.

Kata PM Thailand ke-23 (2001-2006) itu, lawatan beliau bertujuan melihat sendiri keadaan kawasan konflik dan bertemu dengan penduduk tiga wilayah Deep South, sebelum melaporkannya kepada Anwar.

Dan, yang menariknya ialah Thaksin memberitahu bahawa usaha keras akan dilakukannya supaya konflik Selatan Thai boleh berakhir ketika pentadbiran anaknya, Paetongtarn.

Sudah pasti, selain meminta Thaksin meninjau Deep South, Anwar mahu usaha dilakukan supaya sebarang isu yang mencetuskan konflik lebih dua dekad itu diselesaikan. Kekerasan dan keganasan di wilayah selatan perlu dihentikan supaya penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam, dapat hidup aman damai.

Pada masa sama, PM Malaysia tahu bahawa masalah di Selatan Thai adalah isu domestik Thailand sendiri. Anwar tahu sejauh mana had yang boleh dilakukan Malaysia sebagai ‘orang luar’ dalam membantu menyelesaikan konflik itu, dan mengelak daripada melakukan tindakan yang akan menyumbang kepada ketidakstabilan di Deep South.

Seperti mana dalam pentadbiran PM lain – Tun Dr Mahathir Mohamad (PM4 dan 7); Tun Abdullah Badawi (PM5); Datuk Seri Najib Razak (PM6); Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM8); dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (PM9), Anwar meneliti isu Selatan Thai dengan berhati-hati, selain mengamalkan prinsip ASEAN iaitu ‘tidak campur tangan’.

Apa yang diperkatakan penulis dalam artikel kali ini adalah sedikit rentetan sejarah hubungan diplomatik Malaysia-Thailand yang difokuskan kepada isu Selatan Thai. Bertitik-tolak daripada sejarah inilah Malaysia di bawah Anwar dijangka menawarkan satu jalan penyelesaian yang boleh memberi keamanan di Deep South.

Itupun dengan bantuan dan pengaruh Thaksin yang dilihat sebagai ‘ketua’ kerajaan Thailand sekarang ini. Apa lagi beliau mempunyai hubungan rapat dengan Anwar sehingga diberi kepercayaan sebagai Penasihat Pengerusi ASEAN-Malaysia 2025.

Hubungan diplomatik Malaysia-Thailand dan Selatan Thai
Untuk berdekad-dekad lamanya hubungan dua hala Malaysia dan Thailand sudah terjalin. Banyak bidang kerjasama telah diterokai termasuk dalam sektor pendidikan, ekonomi, dan sosial. Malah, kedua-dua negara bekerjasama menyediakan kemudahan asas kepada rakyat masing-masing. Contohnya, ‘Jambatan Persahabatan’ menghubungkan Ban Buketa di Narathiwat dan Bukit Bunga (Kelantan), yang dibuka pada 21 Disember 2007.

Jambatan ini dibina di bawah Strategi Pembangunan Bersama (JDS) dan mampu merangsang pembangunan sosio ekonomi, rentas sempadan. Kos projek jambatan itu kira-kira AS$2.8 juta ditanggung sama rata oleh kedua-dua kerajaan, dan pembinaannya diselia bersama oleh Jabatan Lebuhraya (Thailand) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Bagaimanapun, konflik Selatan Thai yang bermula sejak 2004 telah bertindak sebagai ‘gangguan dalaman’ yang mengikat Malaysia dan Thailand daripada memperluaskan lagi kerjasama dan hubungan diplomatik. Dalam erti kata lain, Putrajaya dan Bangkok harus mengerahkan lebih banyak tenaga dan perhatian untuk menyelesaikan ‘gangguan’ itu.

Isu Selatan Thai – ibarat bom yang kerap meledak di Narathiwat, Pattani dan Yala – juga boleh mengancam keakraban dan hubungan diplomatik kedua-dua negara jika tidak ditangani secara berhemah. Pernah berlaku sebelum ini, hubungan Malaysia-Thailand menjadi suram gara-gara Deep South.

Mungkin pembaca masih ingat ketika Abdullah menjadi PM Malaysia (2003 – 2009) dan Thaksin pula PM Thailand (2001-2006) sebelum rampasan kuasa tentera. Abdullah dilihat sebagai pentadbir yang lemah, namun bagi masyarakat Melayu Selatan Thai, Abdullah mempunyai daya tarikan peribadi dan populariti kerana dilihat sebagai seorang ulama Islam yang bermaruah dan negarawan tulen.

Pada satu tahap Thaksin mengancam untuk keluar daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-10 2004 (29 hingga 30 November) di Vientiane, Laos, jika Malaysia membangkitkan tragedi Tak Bai (25 Oktober 2004) pada sidang berkenaan. Ancaman itu telah menimbulkan keresahan diplomatik.

Apa lagi ketika itu Malaysia menjadi Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) [2003-2008]. Dengan Abdullah memanfaatkan peranan Malaysia dalam kedua-dua pertubuhan itu (ASEAN dan OIC) untuk memberi tekanan kepada Thailand supaya memperbaiki keadaan di Selatan Thai.

Kemarahan Thailand bertambah apabila 131 orang Melayu Selatan Thai menyeberangi sempadan ke Kelantan pada September 2005 dan menuntut status pelarian dan suaka politik serta agama. Di tengah-tengah ketegangan dua hala itu, Malaysia cuba meredakan ketidakpercayaan Thailand dengan memberi jaminan bahawa tuntutan kumpulan berkenaan tidak akan dilayan.

Untuk rekod, ketika pentadbiran Dr Mahathir (PM4 – 1981-2003) lebih 1,250 umat Islam Selatan Thai melarikan diri ke Kedah dan Perak pada 1981. Ketika itu Thailand di bawah pentadbiran Prem Tinsulanonda (PM16 1980-1988), Kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza terhadap pelarian itu.

Kerajaan Dr Mahathir cenderung menganggap pelarian itu sebagai bona fide (สุจริต), manakala Thailand menyifatkan mereka sebagai ‘ejen’ Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) yang secara tidak rasmi didakwa oleh Bangkok kononnya menikmati sokongan dan perlindungan Malaysia. Hubungan diplomatik kemudian semakin kritis apabila Dr Mahathir memberi status pelarian kepada kumpulan itu.

Hanya selepas Thaksin digulingkan baharulah hubungan dua hala meningkat semula dengan PM Thailand, Jeneral Surayud Chulanont (PM24 – 2006-2008) lebih mesra dengan Abdullah. Apa lagi pada 2006 itu merupakan ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Demikian juga dengan pengganti Surayud, seorang selebriti masakan, Samak Sundaravej (PM25 – 29 Januari 2008 hingga 9 September 2008). Dalam hubungan diplomatik itu, Samak juga meminta Abdullah memperkenalkan Skim 3E (pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan) di Selatan Thai.

Sejarah hitam Selatan Thai ketika era Thaksin tidak dilupakan
Umum mengetahui bahawa walaupun Thaksin telah digulingkan pada 2006, beberapa sejarah hitam ditinggalkan bersama dirinya yang melarikan diri ke luar negara. Ini termasuk peristiwa yang mengorbankan 85 umat Islam ketika tunjuk perasaan di Tak Bai – bandar bersempadan dengan Pengkalan Kubor, Kelantan. Tragedi itu berlaku pada 25 Oktober 2004.

Sejarah ditinggalkan Thaksin juga tercatat pada 28 April 2004 iaitu Tragedi Masjid Kerisik di Pattani di mana 32 umat Islam yang dikatakan kumpulan tabligh (tetapi tentera mendakwa mereka adalah suspek anggota kumpulan bersenjata), terbunuh dalam serangan bom mortar dan tembakan oleh tentera Thailand.

Terdahulu iaitu pada 4 Januari 2004, lebih 100 anggota kumpulan pejuang pembebaan Selatan Thai melakukan serbuan dan melarikan lebih 400 senjata api dari sebuah kem tentera di Narathiwat.

Kemudian pada 28 April pula, kumpulan itu melancarkan serangan meluas sebelum subuh ke atas 11 pusat pemeriksaan keselamatan dan pejabat kerajaan di wilayah Pattani, Songkhla serta Yala. Tindakan inilah yang membawa kepada Tragedi Masjid Kerisik.

Daripada situlah ketegangan terus memuncak di Selatan Thai sehingga kini ketika Thailand diperintah oleh anak Thaksin – Paetongtarn Shinawatra (PM31 – 2004-hingga sekarang). Beliau adalah keturunan ketiga Shinawatra dan wanita kedua menjadi PM Thailand, selepas Thaksin dan Yingluck (PM28 – 2011- 7 May 2014).

Dalam tempoh itu juga menurut kumpulan pemantau bebas, lebih 7,540 orang awam, anggota kumpulan bersenjata, askar, polis dan kakitangan kerajaan terbunuh, manakala lebih 14,021 lagi cedera. Kematian dan kecederaan terbaharu akibat keganasan ini berlaku pada malam 22 Februari lalu di Bannang Sata, Yala, serta semalam (23 Februari) di Narathiwat.

Cubaan Malaysia memadam ‘api’ Selatan Thai
Menyedari bahawa keganasan di beberapa wilayah Selatan Thai akan memberi kesan kepada Malaysia, Dr Mahathir pada 2005 telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah itu. Beliau mengadakan rundingan dengan beberapa pihak, termasuk kumpulan pejuang dan kerajaan Thailand.

Beberapa pertemuan antara pemimpin pejuang dan kerajaan Thailand diadakan di Pulau Langkawi, Kedah – negeri yang bersempadan dengan Wilayah Songkhla dan Satun di Thailand – serta di Kuala Lumpur.

Anand Panyarachun, PM18 Thailand (1991-1992) pernah bertemu Dr Mahathir untuk mendapatkan idea dan pandangan mencari kaedah terbaik supaya Selatan Thai menjadi wilayah yang aman.

Perdana Global Peace Organisation (Yayasan Perdana) di bawah Dr Mahathir berpusat di Putrajaya, memainkan peranan untuk memudah cara proses rundingan damai, sejak Oktober 2005 iaitu beberapa bulan selepas kumpulan pembebasan Selatan Thai mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Thailand.

Antara deraf pelan damai yang disediakan ketika itu ialah kumpulan pejuang perlu menggugurkan tuntutan kemerdekaan. Balasannya, mereka akan diberi pengampunan, sektor ekonomi diperluaskan, lebih banyak dana disalur kepada penduduk dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah.

Tetapi, pihak Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di Selatan Thai menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan serangan dan pengeboman yang sering berlaku Yala, Narathiwat dan Pattani.

Perkembangan daripada deraf itu, Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) – satu daripada kumpulan pejuang di Selatan Thai – mengemukakan lima syarat bagi meneruskan perbincangan. Lima syarat itu ialah:

*Malaysia mesti menjadi pengantara, bukan hanya pemudahcara (fasilitator);

  • Kerajaan Thailand mesti mengiktiraf hanya BRN mewakili Melayu Selatan Thai dan hanya mengadakan rundingan dengan mereka sahaja;
  • ASEAN dan OIC serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti menjadi pemerhati;
  • Kerajaan Thailand mesti membebaskan semua suspek pemberontak dan membatalkan semua waran tangkap; dan
  • Kerajaan Thailand mesti mengiktiraf BRN sebagai sebuah pergerakan, bukannya kumpulan pemisah.

Sejak itu, beberapa perbincangan diadakan, tetapi ianya tidak menghentikan terus serangan dan pengeboman di beberapa kawasan di Deep South. Ini kerana bukan BRN sahaja yang menjadi kumpulan pejuang di Selatan Thai, sebaliknya terdapat beberapa lagi kumpulan seperti Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP); Gerakan Mujahideen Islam Pattani (GMIP); PULO; MARA Patani; dan serpihan daripada BERSATU Patani.

Perbincangan ke arah mencari jalan perdamaian itu terhenti apabila kerajaan awam (pimpinan Yingluck Shinawatra) digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada Mei 2014. Jeneral Prayut Chan-ocha (2014-Ogos 2023) mengambil alih kuasa sebagai PM ke-29 Thailand.

Adakah rundingan damai Selatan Thai diteruskan ketika Prayut. Apakah reaksi Malaysia?

Benarkah Anwar akan memperkenalkan satu formula lama yang telah diperbaharui dan menggunakan pengaruh Thaksin untuk ‘memaksa’ semua pihak menerimanya sekali gus ‘memadam api’ Selatan Thai?

Apakah formula itu? Tunggu analisis seterusnya…


ความขัดแย้งทางใต้ของไทยสามารถแก้ไขได้ ในระหว่างการบริหาร แพทองธาร-อันวาร์ หรือไม่?

เมื่อวานนี้ (23 กุมภาพันธ์ 2568) ทักษิณ ชินวัตร ยืนยันว่าเขาได้รับ ‘คำแนะนำ’ จากประธานอาเซียน – มาเลเซีย 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim ซึ่งเป็นนายกรัฐมนตรีมาเลเซียเพื่อเยี่ยมชมพื้นที่ความขัดแย้งในภาคใต้ของไทย รู้จักกันในนาม ‘ภาคใต้ตอนลึก’

จากรายงานของอดีตนายกรัฐมนตรีไทย คนที่23 (2544-2549) การเยี่ยมชมของเขามีวัตถุประสงค์เพื่อดูสถานการณ์ของความขัดแย้งและพบปะกับคนสามคนในภาคใต้ตอนลึก ก่อนที่จะรายงานไปยังอันวาร์

และสิ่งที่น่าสนใจคือ ทักษิณ กล่าวว่าการทำงานอย่างหนักของเขาจะเกิดขึ้นเพื่อให้ความขัดแย้งในภาคใต้ของไทยอาจสิ้นสุดลงในระหว่างการบริหารของลูกสาวของเขา แพทองธาร

แน่นอนว่านอกเหนือจากการขอให้ ทักษิณ มองไปที่ทางใต้ตอนลึก อันวาร์ ยังต้องการความพยายามในการสร้างปัญหาใด ๆ ที่จุดประกายความขัดแย้งมานานกว่าสองทศวรรษ ความแข็งกร้าวและความรุนแรงในภาคใต้จะต้องหยุดลงเพื่อให้ชาวมลายูและมุสลิมส่วนใหญ่สามารถอยู่อย่างสงบสุข

ในเวลาเดียวกันนายกรัฐมนตรีมาเลเซียรู้ว่าปัญหาในภาคใต้ของไทยเป็นปัญหาในประเทศของประเทศไทยเอง อันวาร์ รู้ถึงขอบเขตที่มาเลเซียสามารถทำในฐานะ ‘คนนอก’ ในการช่วยแก้ไขความขัดแย้งและหลีกเลี่ยงการ กระทำที่จะนำไปสู่ความไม่มั่นคงของภาคใต้ตอนล่าง

เช่นเดียวกับในการบริหารของนายกรัฐมนตรีคนอื่น ๆ – Tun Dr Mahathir Mohamad (PM4 และ 7); Tun Abdullah Badawi (PM5); Datuk Seri Najib Razak (PM6); Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM8); และ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (PM9) อันวาร์กำลังตรวจสอบปัญหาไทยใต้อย่างรอบคอบนอกเหนือจากการใช้หลักการของอาเซียนในการ ‘ไม่แทรกแซง’

สิ่งที่ผู้เขียนพูดในบทความนี้เป็นประวัติศาสตร์ของความสัมพันธ์ทางการทูตของ มาเลเซีย-ไทย มุ่งเน้นไปที่ปัญหาไทยใต้ จากประวัติศาสตร์นี้มาเลเซียภายใต้อันวาร์คาดว่าจะเสนอวิธีแก้ปัญหาที่สามารถให้ความสงบสุขในภาคใต้ตอนลึก

นี่คือเป็นความช่วยเหลือและอิทธิพลของทักษิณ ที่ถูกมองว่าเป็น ‘หัวหน้า’ ในปัจจุบันของรัฐบาลไทย ยิ่งไปกว่านั้นเขามีความสัมพันธ์ที่ใกล้ชิดกับอันวาร์ที่จะได้รับความไว้วางใจในฐานะที่ปรึกษาของประธานอาเซียนมาเลเซียในปี 2568

มาเลเซีย-ไทยและความสัมพันธ์ทางการทูตของไทยใต้
มานานหลายทศวรรษมานานหลายทศวรรษ มาเลเซียและความสัมพันธ์ทวิภาคีของประเทศไทยได้รับการจัดตั้งขึ้น มีการสำรวจความร่วมมือหลายด้านในภาคการศึกษาเศรษฐกิจและสังคม ในความเป็นจริงทั้งสองประเทศทำงานร่วมกันเพื่อจัดหาสิ่งอำนวยความสะดวกขั้นพื้นฐานให้กับประชาชนของพวกเขา ตัวอย่างเช่น ‘Friendship Bridge’ เชื่อมต่อ Ban Buketa ใน Narathiwat และ Bukit Bunga (Kelantan) ซึ่งเปิดเมื่อวันที่ 21 ธันวาคม 2550

สะพานถูกสร้างขึ้นภายใต้กลยุทธ์การพัฒนาร่วม (JDS) และสามารถกระตุ้นการพัฒนาทางเศรษฐกิจและสังคมข้ามกัน ค่าใช้จ่ายของโครงการสะพานอยู่ที่ประมาณ 2.8 ล้านเหรียญสหรัฐที่จะเป็นผู้รับผิดชอบอย่างเท่าเทียมกันโดยทั้งสองรัฐบาลและการก่อสร้างได้รับการดูแลร่วมกันโดยกรมทางหลวง (ไทย) และกรมโยธาธิการ (JKR) มาเลเซีย

อย่างไรก็ตามความขัดแย้งทางใต้ของไทยซึ่งเริ่มขึ้นในปี 2547 ได้ทำหน้าที่เป็น ‘การหยุดชะงักภายใน’ ที่ผูกพันกับมาเลเซียและไทยจากการขยายความร่วมมือและความสัมพันธ์ทางการทูต กล่าวอีกนัยหนึ่ง Putrajaya และ Bangkok ควรปรับใช้พลังงานมากขึ้นและให้ความสนใจเพื่อแก้ไข ‘ความผิดปกติ’

ปัญหาไทยใต้ – เช่นมีระเบิดบ่อยครั้งใน ยะลา-ปัตตานี-นราธิวาส ยังสามารถคุกคามความใกล้ชิดและความสัมพันธ์ทางการทูตของทั้งสองประเทศได้ หากไม่ได้รับการแก้ไข ก่อนหน้านี้ความสัมพันธ์ของมาเลเซีย-ไทยนั้นมืดมนเนื่องจากทางใต้ตอนลึก

บางทีผู้อ่านอาจจำได้ว่าเมื่อ
อับดุลลาห์ กลายเป็นนายกรัฐมนตรีมาเลเซีย (2546-2552) และทักษิณ ไทย (2544-2549) ก่อนการรัฐประหาร อับดุลลาห์ ถูกมองว่าเป็นผู้ดูแลระบบที่อ่อนแอ แต่สำหรับชุมชนชาวมลายู ภาคใต้ของไทยอับดุลลาห์มีแรงดึงดูดและความนิยมส่วนตัวในขณะที่เขาถูกมองว่าเป็นนักวิชาการมุสลิมที่สง่างามและรัฐบุรุษบริสุทธิ์

ในเวทีหนึ่ง ทักษิณ ขู่ว่าจะออกจากการประชุมสุดยอดอาเซียนครั้งที่ 10 2547 (29 ถึง 30 พฤศจิกายน) ในเวียงจันทน์ ลาวถ้ามาเลเซีย ยกโศกนาฏกรรมตากใบ (25 ตุลาคม 2547) ในที่ประชุม ภัยคุกคามทำให้เกิดความวิตกกังวลทางการทูต

สิ่งที่มาเลเซียเป็นประธานขององค์กรประเทศอิสลาม (OIC) [2003-2008] อับดุลลาห์ ใช้ประโยชน์จากบทบาทของมาเลเซียในทั้งสององค์กร (อาเซียนและ OIC) เพื่อกดดันประเทศไทยเพื่อปรับปรุงสถานการณ์ในภาคใต้ของไทย

รัฐบาลของ ดร. มหาธีร์ มีแนวโน้มที่จะพิจารณาผู้ลี้ภัยว่าเป็น Bona Fide (สุจริต) ในขณะที่ประเทศไทยอธิบายว่าพวกเขาเป็น ‘ตัวแทน’ ขององค์การปลดปล่อย United Patani (PULO) ซึ่งได้รับการอ้างสิทธิ์อย่างเป็นทางการโดยกรุงเทพฯ ความสัมพันธ์ทางการทูตมีความสำคัญต่อมา ดร. มหาธีร์ ให้สถานะผู้ลี้ภัยของกลุ่มนั้น
หลังจาก ทักษิณ ถูกรัฐประหารโดยกับ PM ไทยนายพลเอก ประยุทธิ์ จันทร์โอชา(PM24 -2006-2008) เป็นมิตรกับอับดุลลาห์มากขึ้น ยิ่งไปกว่านั้นในปี 2549 เป็นวันครบรอบ 50 ปีของความสัมพันธ์ทางการทูตของทั้งสองประเทศ

ในทำนองเดียวกันผู้สืบทอดของ สุรยุทธ จุฬานนท์ ผู้ที่มีชื่อเสียงด้านอาหาร สมัคร สุนทรเวศ (PM25 – 29 มกราคม 2551 ถึง 9 กันยายน 2551) ในความสัมพันธ์ทางการทูต สมัคร สุนทรเวศ ยังขอให้ อับดุลลาห์ แนะนำโครงการ 3E (การศึกษา อาชีพและการเป็นผู้ประกอบการ) ในภาคใต้ของไทย

ประวัติศาสตร์สีดำภาคใต้ของไทยในยุค ทักษิณ ไม่ถูกลืม
เป็นที่ทราบกันดีว่าถึงแม้ ทักษิณ จะถูกขับไล่ในปี 2549 แต่ประวัติศาสตร์สีดำบางส่วนก็ถูกทิ้งให้อยู่กับตัวเอง ที่หนีไปอาศัยที่ต่างประเทศ ซึ่งรวมถึงเหตุการณ์ที่สังหารชาวมุสลิม 85 คนในระหว่างการประท้วงในตากใบ – เมืองที่ติดกับกัวลากูโบร์ รัฐกลันตัน โศกนาฏกรรมเกิดขึ้นเมื่อวันที่ 25 ตุลาคม 2547

ประวัติศาสตร์ที่ถูกทิ้งของ ทักษิณ ก็ถูกบันทึกเมื่อวันที่ 28 เมษายน 2547 โศกนาฏกรรมของมัสยิดกรือเซะ ใน ปัตตานี ที่ชาวมุสลิม 32 คนกล่าวว่าเป็นกลุ่มของ ดะวะห์ (แต่กองทัพอ้างว่าพวกเขาเป็นผู้ต้องสงสัยในกลุ่มติดอาวุธ) ถูกฆ่าตาย โดยกองทหารไทย

ก่อนหน้านี้เมื่อวันที่ 4 มกราคม 2547 สมาชิกกว่า 100 คนของนักสู้แนวร่วม บุกเข้าไปและปล้นอาวุธปืนกว่า 400 กระบอก จากค่ายทหารในนราธิวาส

จากนั้นในวันที่ 28 เมษายนกลุ่มแนวร่วมได้เปิดตัวการโจมตีอย่างกว้างขวางก่อนรุ่งสางในศูนย์ตรวจสอบความปลอดภัย 11 แห่งและสำนักงานภาครัฐใน ปัตตานี, สงขลา และ ยะลา มันคือการกระทำที่นำไปสู่โศกนาฏกรรมของมัสยิดกรือเซะ

จากความตึงเครียดยังคงดำเนินต่อไปในภาคใต้ของไทยจนถึงทุกวันนี้เมื่อประเทศไทยถูกปกครองโดยลูกสาวของ ทักษิณ – แพทองธาร ชินวัตร (PM31 – 2004 – ถึงปัจจุบัน) เธอเป็นลูกหลานคนที่สามของ ชินวัตรและผู้หญิงคนที่สองที่เป็นนายกรัฐมนตรีของประเทศไทยหลังจาก ทักษิณ และ ยิ่งลักษณ์ (PM28 – 2011- 7 พฤษภาคม 2014)

ในช่วงเวลานั้นตามกลุ่มติดตามอิสระพบว่ามีพลเรือนมากกว่า 7,540 คน สมาชิกของกลุ่มติดอาวุธ ทหาร ตำรวจ และเจ้าหน้าที่รัฐ ถูกฆ่าตายในขณะที่มากกว่า 14,021 คนได้รับบาดเจ็บ การเสียชีวิตและการบาดเจ็บครั้งล่าสุดจากความรุนแรงเกิดขึ้นในคืนวันที่ 22 กุมภาพันธ์ใน บันนังสตาร์,ยะลา, และเมื่อวานนี้ (23 กุมภาพันธ์) ในนราธิวาส

ความพยายามของมาเลเซียในการดับ ‘ไฟ’ ทางใต้ของไทย
การตระหนักว่าความรุนแรงในดินแดนไทยทางใต้บางแห่งจะส่งผลกระทบต่อมาเลเซีย ดร. มหาธีร์ในปี 2548 ได้ริเริ่มที่จะแก้ไขปัญหา เขาจัดการเจรจากับหลายฝ่ายรวมถึงกลุ่มแนวร่วมและรัฐบาลไทย

การประชุมหลายครั้งระหว่างผู้นำของแนวร่วมและรัฐบาลไทยจัดขึ้นที่เกาะลังกาวี, เคดาห์ – รัฐที่มีพรมแดนติดกับจังหวัดสงขลาและจังหวัดสตูลในประเทศไทย – ตลอดจนในกัวลาลัมเปอร์

อนันต์ ปันญารชุณ, PM18 ไทย(1991-1992) ได้พบกับ ดร.มหาธีร์ สำหรับหาแนวความคิดและมุมมองเพื่อค้นหาวิธีที่ดีที่สุดในการทำให้ภาคใต้ไทยเป็นภูมิภาคที่ปลอดภัย

องค์การสันติภาพทั่วโลก (Yayasan Perdana) ภายใต้ ดร. มหาธีร์ ตั้งอยู่ในปูตราจายา มีบทบาทในการอำนวยความสะดวกในกระบวนการเจรจาสันติภาพตั้งแต่เดือนตุลาคม 2548 ไม่กี่เดือนหลังจากกลุ่มนักสู้แนวร่วมใต้ประกาศสงครามกับรัฐบาลไทย

ในบรรดาร่างแผนสันติภาพที่ให้ไว้ในเวลานั้นคือกลุ่มนักสู้แนวร่วมที่จำเป็นต้องลดความต้องการของอิสรภาพ ในทางกลับกันพวกเขาจะได้รับการให้อภัย ภาคเศรษฐกิจได้รับการขยายเงินทุนเพิ่มเติมจะถูกส่งต่อไปยังประชาชนและการใช้ภาษามลายูในโรงเรียน

อย่างไรก็ตามประเทศไทยต้องการหยุดยิงและขอให้กลุ่มแบ่งแยกดินแดนในภาคใต้ของไทยส่งอาวุธเพื่อยุติการโจมตีและการวางระเบิดที่ ปัตตานี ยะลา นราธิวาส ที่มักจะเกิดขึ้น

การพัฒนาร่างการปฏิวัติแห่งชาติมลายู ปัตตานี (BRN) – หนึ่งในกลุ่มนักสู้แนวร่วมในภาคใต้ของไทยนำเสนอห้าเงื่อนไขเพื่อดำเนินการอภิปรายต่อไป ห้าเงื่อนไขคือ:

*มาเลเซียจะต้องเป็นผู้ไกล่เกลี่ยไม่ใช่แค่ผู้อำนวยความสะดวก

  • รัฐบาลไทยต้องรับรู้เฉพาะ BRN เพื่อเป็นตัวแทนของมลายูไทยใต้และปรึกษากับพวกเขาเท่านั้น
  • องค์กรอาเซียนและ OIC และไม่ใช่รัฐบาล (องค์กรพัฒนาเอกชน) จะต้องเป็นผู้สังเกตการณ์
  • รัฐบาลไทยจะต้องปล่อยผู้ต้องสงสัยกบฏทั้งหมดและยกเลิกใบสำคัญแสดงสิทธิการจับกุมทั้งหมด และ
  • รัฐบาลไทยต้องยอมรับว่า BRN เป็นขบวนการไม่ใช่กลุ่มแบ่งแยกดินแดน

ตั้งแต่นั้นมามีการอภิปรายบางอย่าง แต่ก็ไม่ได้หยุดการโจมตีและการวางระเบิดในหลาย ๆ พื้นที่ทางตอนใต้ไทย นี่เป็นเพราะมันไม่ใช่แค่ BRN ที่เป็นกลุ่มนักสู้แนวร่วมในภาคใต้ของไทย แต่มีกลุ่มอื่น ๆ อีกหลายกลุ่มเช่น Patani Liberation Islamic Front (BIPP); ขบวนการ Mujahideen Pattani (GMIP); Pulo; Mara Patani; และชิ้นส่วนจาก United Patani

การอภิปรายเกี่ยวกับการค้นหาวิธีที่สงบสุขได้หยุดลงเมื่อรัฐบาลพลเรือน (ผู้นำของ ยิ่งลักษณ์) ถูกขับไล่ในการรัฐประหารในเดือนพฤษภาคม 2014 โดย
พล.อ.ประยุทธ จันทร์โอชา(2014-August 2023) เข้ายึดอำนาจเป็นนายกคนที่ 29 ของประเทศไทย

ไม่ว่าจะเป็นการเจรจาสันติภาพในภาคใต้ของไทยต่อเนื่องโดยในช่วงของ พล.อ.ประยุทธปฏิกิริยาของมาเลเซียคืออะไร?

เป็นความจริงหรือไม่ที่ อันวาร์ จะแนะนำวิธีเก่า ๆ ที่ได้รับการต่ออายุและใช้อิทธิพลของทักษิณ เพื่อ ‘บังคับ’ ทุกคนให้ยอมรับและ ‘ดับ’ ไทยใต้?

วิธีแบบไหน? รอการวิเคราะห์ครั้งต่อไป …

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading