SELATAN THAI: Thaksin Shinawatra mengesahkan lawatan beliau ke tiga wilayah di sini hari ini (23 Februari 2025) dilakukan atas permintaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media di Narathiwat sebelum ke Pattani, bekas Perdana Menteri Thailand itu berkata, lawatan beliau selepas lebih 20 tahun ke Selatan Thai adalah atas kapasitinya sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN-Malaysia 2025.

“Lawatan saya ini adalah atas kapasiti sebagai penasihat Pengerusi ASEAN-Malaysia 2025 (Anwar) yang memberi keutamaan untuk melihat keamanan di Selatan Thai.

“Saya mahu melihat sendiri keadaan semasa di Selatan Thai… meneruskan tugas yang tertangguh dahulu (mencapai keamanan) yang telah mengambil masa lama.

“Penyelesaian masalah mesti diperoleh dan sebarang kejadian perlu berakhir dalam pentadbiran anak saya (Paetongtarn),” katanya sambil menegaskan apa yang dilihatnya dalam lawatan ini akan dimaklumkan kepada Anwar.

Thaksin juga mengajak rakyat Selatan Thai untuk merenung semula peristiwa yang terjadi sejak lebih 20 tahun lalu dan berusaha memahaminya supaya jalan penyelesaian dapat dicapai dn rakyat akan dapat hidup aman.

Beliau juga percaya setiap orang mempunyai niat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya mulakan dengan pergi ke Malaysia ketika bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menjadi Perdana Menteri.

“Saya bertemu dengan ramai penentang di Malaysia. Kami bercakap. Mereka berkata mereka mahu pulang. Bilakah mereka akan dapat kembali?

“Ia menunjukkan bahawa semua pihak sudah bersedia untuk bersemuka dan berbincang, untuk memulakan hidup baru.

“Ramai yang hantar wakil untuk bercakap dengan saya di luar negara juga untuk berbincang. Saya rasa pendekatan untuk berbincang dan bersemuka masih merupakan pendekatan yang betul.

“Kita kena bincang di peringkat tempatan… daripada orang kampung hinggalah penjawat awam yang terpaksa berbincang sesama sendiri. Ahli politik tempatan, pentadbir tempatan yang rapat dengan pembangkang. Ini yang saya rasa pendekatan yang saya mahu lihat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi memohon maaf di atas tragedi Tak Bai yang berlaku pada Oktober 2024.

Semalam, apakhabartv.com menyiarkan artikel yang menyebut bahawa status penasihat yang diberikan kepada Thaksin itu adalah misi rahsia Anwar bagi memadam ‘api’ Selatan Thai, dengan arahan diberikan supaya bekas Perdana Menteri Thailand itu melawat wilayah bergolak itu hari ini.

One response to “Thaksin sahkan lawatan ke Selatan Thai atas ‘arahan’ Anwar”

  1. […] Thaksin sahkan lawatan ke Selatan Thai atas ‘arahan’ Anwar […]

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading