Masalah di tiga wilayah Selatan Thai – Yala, Narathiwat dan Pattani, termasuk empat daerah di Songkhla – akan menjadi lebih rumit sekiranya wujud ketidakadilan dalam sistem perundangan Thailand ke atas penduduk Melayu-Islam.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen (MP) Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand.

Memberi contoh kes jenayah dalam Tragedi Tak Bai yang berlaku hampir 20 tahun lalu dan masih belum diselesaikan, beliau mengingatkan salah satu punca konflik yang berterusan di Selatan Thai adalah peristiwa lampau.

“Sama ada pemberontakan Dusun Nyior atau Jambatan Ko Tor, banyak peristiwa telah menyebabkan konflik di kawasan berkenaan.

“Seperti kes Tak Bai… hari ini ia mungkin bukan isu yang dibangkitkan sebagai titik perbalahan. Tetapi jika statut kes itu tamat tempoh… keadaan konflik di wilayah Selatan akan menjadi perkara lain,” katanya dalam temu bual dengan sebuah rancangan Youtube, kelmarin.

Untuk rekod, mengikut undang-undang Thailand, statut sesuatu kes akan terpadam setelah 20 tahun jika tidak diselesaikan.

Tragedi Tak Bai yang mengorbankan 85 penduduk Melayu-Islam berlaku pada 25 Oktober 2004. Ini bermakna hanya ada beberapa bulan sahaja lagi untuk menetapkan sama ada tragedi itu boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah.

Namun, bagi Ahli Parlimen itu yang lebih dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai dan seorang pengamal perundangan, kejadian yang menyebabkan kematian kepada orang lain dan mendatangkan kecederaan serius adalah satu kesalahan jenayah.

“Mengikut sifat undang-undang ia adalah kes jenayah. Ini bermakna dalam kes jenayah selepas mahkamah menyiasat kematian, prosiding akan diteruskan.

“Kes ini adalah perkara yang menyebabkan kematian kepada orang lain dan kecederaan serius. Ia dianggap sebagai kesalahan jenayah di negara ini. Ia bukan kes kesalahan peribadi.

“Saya bercakap dengan keluarga mangsa Tragedi Tak Bai. Mereka membuat aduan kepada mahkamah bukan untuk menang kes itu… tetapi mahu melihat proses keadilan. Tidak timbul perpecahan orang Melayu dengan kaum lain.

“Orang luar juga akan membangkitkan isu bahawa Thailand tidak berlaku adil kepada orang Melayu, yang telah membawa kepada konflik yang tidak berkesudahan.

“Ini kerana banyak kes lama yang masih belum dapat kita selesaikan. Jangan berfikir bahawa terima pampasan dan ia akan berakhir.

“Wang pampasan bukan alasan untuk menutup kes jenayah. Apa lagi apabila Mahkamah Wilayah Songkhla pada Mei 2009 memutuskan dalam inkues bedah siasat bahawa 78 orang mati akibat sesak nafas ketika ditahan,” tegas beliau lagi.

Walaupun, Mahkamah Wilayah Songkhla telah memutuskan bahawa 78 penunjuk perasaan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika dalam tahanan pihak berkuasa, polis Thailand tidak mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan, sambil mendakwa bahawa kejadian itu adalah force majeure.

“Bagi keluarga mangsa Tak Bai yang meninggal dunia, mereka menerima 7.5 juta baht dan mereka yang cedera pula menerima bayaran mengikut tahap kecederaan.

“Keseluruhannya kira-kira 500 juta baht pampasan telah dibayar kepada mangsa dan keluarga mereka. Namun, adakah ia dianggap selesai hanya dengan membayar pampasan sedangkan mengikut istilah undang-undang kejadian itu adalah kes jenayah?,” soal beliau.

Pada 24 Jun lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah memulakan pendengaran awal bagi menentukan sama ada terdapat asas yang kukuh untuk memfailkan aduan jenayah atau tidak terhadap sembilan pegawai kerajaan, termasuk tentera dan polis, yang dituduh terbabit dalam Tragedi Tak Bai yang menyebabkan 85 individu terbunuh.

Pada 25 Oktober 2004, anggota keselamatan dari pelbagai unit tentera dan polis Thai telah dikerah untuk menyuraikan umat Islam yang berdemonstrasi di hadapan sebuah balai polis di daerah Tak Bai.

Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.

Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dalam keadaan diarahkan berbaring tindih-menindih..

Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kejadian ketika pentadbiran Taksin Sinawatra sebagai Perdana Menteri itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di Selatan Thai.

Mengikut laporan Human Right Watch (HRW), kira-kira 1,200 orang telah ditahan dalam tahanan tentera selama beberapa hari tanpa rawatan perubatan yang sewajarnya. Akibatnya, ramai penunjuk perasaan mengalami kecederaan parah yang memerlukan anggota badan mereka dipotong.

Dalam wawancara hampir satu jam itu, Wan Johan menjelaskan pelbagai perkara, termasuk beberapa dokumen penting berkaitan tragedi itu telah hilang, selain arahan daripada pihak pendakwaan supaya siasatan terhadap kes itu dihentikan dan ugutan terhadap keluarga mangsa.


โศกนาฏกรรมตากใบ พ.ศ. 2547: ค่าชดเชยไม่ใช่เหตุให้ปิดคดีอาญา ส.ส.นราธิวาสกล่าว

ปัญหาใน 3 จังหวัดภาคใต้ของไทย ได้แก่ ยะลา นราธิวาส และปัตตานี รวมทั้ง 4 อำเภอในสงขลา จะมีความซับซ้อนมากขึ้น หากมีความไม่ยุติธรรมในระบบกฎหมายของไทยต่อประชากรชาวมลายู-มุสลิม

เรื่องนี้ได้รับการยืนยันจากสมาชิกสภาผู้แทนราษฎรนราธิวาส (เขต 5) กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ ซึ่งเป็นประธานคณะกรรมาธิการกฎหมาย ความยุติธรรม และสิทธิมนุษยชนของรัฐสภาไทยด้วย

ยกตัวอย่างคดีอาญาโศกนาฏกรรมตากใบที่เกิดขึ้นเมื่อเกือบ 20 ปีที่แล้วแต่ยังไม่ได้รับการแก้ไข โดยย้ำว่าสาเหตุหนึ่งของความขัดแย้งที่ยังดำเนินอยู่ในภาคใต้คือเหตุการณ์ในอดีต

“ไม่ว่าจะเป็นกบฏดูซงญอหรือสะพานกอตอ เหตุการณ์ต่างๆ มากมายได้ก่อให้เกิดความขัดแย้งในพื้นที่

“เช่นเดียวกับคดีตากใบ…วันนี้อาจไม่ใช่ประเด็นยกมาเป็นประเด็นโต้แย้ง แต่ถ้าอายุความคดีสิ้นสุดลง…สถานการณ์ความขัดแย้งในภาคใต้จะเป็นอีกเรื่องหนึ่ง” เขากล่าวใน สัมภาษณ์ในรายการ ของจอมขวัญ เมื่อวานนี้

สำหรับบันทึกตามกฎหมายไทยอายุความของคดีจะสิ้นสุดเมื่อครบ 20 ปีหากไม่ได้รับการแก้ไข

โศกนาฏกรรมตากใบที่คร่าชีวิตชาวมลายูมุสลิม 85 รายเกิดขึ้นเมื่อวันที่ 25 ตุลาคม พ.ศ. 2547 ซึ่งหมายความว่าเหลือเวลาอีกเพียงไม่กี่เดือนในการพิจารณาว่าโศกนาฏกรรมดังกล่าวจัดเป็นคดีอาญาได้หรือไม่

อย่างไรก็ตาม สำหรับสมาชิกรัฐสภาซึ่งเป็นที่รู้จักกันดีในชื่อ แวยูแฮ ใน3จังหวัดภาคใต้และผู้ประกอบวิชาชีพกฎหมาย เหตุการณ์ที่ทำให้บุคคลอื่นเสียชีวิตและบาดเจ็บสาหัสถือเป็นความผิดทางอาญา

“โดยธรรมชาติของกฎหมายเป็นคดีอาญา หมายความว่า ในคดีอาญาหลังจากที่ศาลไต่สวนคดีถึงแก่ความตายแล้วการดำเนินคดีจะดำเนินต่อไป

“คดีนี้เป็นเรื่องที่ทำให้ผู้อื่นเสียชีวิตและบาดเจ็บสาหัส ถือเป็นความผิดทางอาญาในประเทศนี้ ไม่ใช่คดีความผิดส่วนบุคคล

“ผมได้พูดคุยกับครอบครัวเหยื่อโศกนาฏกรรมตากใบ พวกเขาว่า เขาไม่ได้มาเพื่ออยากให้คดีชนะเท่านั้น แต่อยากเห็นกระบวนการยุติธรรมมันไม่ก่อให้เกิดความเลื่อมล้ำกับคนมลายู ต่างชาติก็จะหยิบยกประเด็นว่าประเทศไทยไม่ยุติธรรมกับชาวมลายู ซึ่งนำไปสู่ความขัดแย้งไม่รู้จบ

“เพราะว่ามีคดีเก่าๆ มากมายที่เรายังแก้ไม่ได้ อย่าคิดว่า รับเงินชดเชยแล้วจะจบ”

“เงินชดเชยไม่ใช่เหตุผลในการปิดคดีอาญา ยิ่งไปกว่านั้นเมื่อศาลจังหวัดสงขลาเมื่อเดือนพฤษภาคม 2552 มีคำพิพากษาในการชันสูตรพลิกศพว่ามีผู้เสียชีวิต 78 รายเนื่องจากขาดอากาศหายใจขณะถูกคุมขัง” เขากล่าวย้ำอีกครั้ง

แม้ว่าศาลแขวงสงขลาจะพิพากษาว่ามีผู้ประท้วง 78 คนเสียชีวิตจากภาวะขาดอากาศหายใจขณะอยู่ในการควบคุมของเจ้าหน้าที่ แต่ตำรวจไทยไม่ได้ดำเนินการใดๆ ต่อเจ้าหน้าที่ โดยอ้างว่าเหตุการณ์ดังกล่าวเป็นเหตุสุดวิสัย

“สำหรับครอบครัวเหยื่อตากใบที่เสียชีวิตได้รับเงินจำนวน 7.5 ล้านบาท และผู้ได้รับบาดเจ็บได้รับเงินตามระดับอาการบาดเจ็บ”

“ศอ.บต.ได้จ่ายเงินชดเชยให้กับผู้เสียหายและครอบครัวไปแล้วทั้งสิ้นประมาณ 500 กว่าล้านบาท แต่จะถือว่าเสร็จสิ้นเพียงแค่จ่ายเงินชดเชยไม่ได้ ในเมื่อตามกฎหมายว่าเหตุการณ์นั้นเป็นคดีอาญา” เขากล่าว

วันที่ 24 มิ.ย. ศาลแขวงจังหวัดนราธิวาสเริ่มไต่สวนเบื้องต้นเพื่อพิจารณาว่ามีมูลเหตุอันหนักแน่นในการยื่นฟ้องคดีอาญาหรือไม่ต่อเจ้าหน้าที่ของรัฐ 9 คน รวมทั้งทหารและตำรวจ ที่ถูกกล่าวหาว่ามีส่วนเกี่ยวข้องกับโศกนาฏกรรมตากใบที่ ทำให้มีผู้เสียชีวิต 85 ราย

เมื่อวันที่ 25 ตุลาคม พ.ศ. 2547 เจ้าหน้าที่รักษาความปลอดภัยจากหน่วยทหารและตำรวจของไทยได้ระดมกำลังสลายการชุมนุมชาวมุสลิมที่หน้าสถานีตำรวจในอำเภอตากใบ

การชุมนุมเริ่มรุนแรงขึ้นเมื่อกองทัพใช้แก๊สน้ำตาและปืนฉีดน้ำเข้าโจมตีฝูงชน ซึ่งต่อมาส่งผลให้ชายทั้ง 6 คนถูกยิงเสียชีวิตในเวลาต่อมา

จากนั้นชาวบ้านหลายร้อยคนซึ่งทั้งหมดเป็นชาวมุสลิมก็ถูกจับและนำตัวโดยรถบรรทุกไปยังค่ายทหารในจังหวัดปัตตานีซึ่งพวกเขาได้รับคำสั่งให้นอนทับกัน

เมื่อรถบรรทุกมาถึงค่ายในอีกไม่กี่ชั่วโมงต่อมา พบว่าผู้ต้องขังส่วนใหญ่เสียชีวิตจากอาการหายใจไม่ออก

เหตุการณ์ที่เกิดขึ้นระหว่างการปกครองของทักษิณ ชินวัตร ในฐานะนายกรัฐมนตรี ทำให้เกิดการประท้วงทั่วโลกและเพิ่มความรุนแรงในภาคใต้ของประเทศไทย

ตามรายงานของ Human Rights Watch (HRW) พบว่ามีผู้ถูกควบคุมตัวโดยทหารประมาณ 1,200 คนเป็นเวลาหลายวันโดยไม่ได้รับการดูแลทางการแพทย์ที่เหมาะสม เป็นผลให้ผู้ประท้วงจำนวนมากได้รับบาดเจ็บสาหัสจนต้องตัดแขนขาของตน

ในการสัมภาษณ์เกือบหนึ่งชั่วโมง ทนายแวยูแฮ อธิบายหลายประการ รวมถึงเอกสารสำคัญบางส่วนที่เกี่ยวข้องกับโศกนาฏกรรมสูญหาย ตลอดจนคำสั่งจากอัยการให้หยุดการสอบสวนคดีนี้ และการข่มขู่ครอบครัวของเหยื่อ

2 responses to “[Bahasa Melayu/Thai] Tragedi Tak Bai 2004: Pampasan bukan alasan untuk tutup jenayah, kata MP Narathiwat”

  1. […] Sengketa Selatan Thai bakal terhenti? Pejuang, kerajaan dijangka muktamat perjanjian Ogos depan [Bahasa Melayu/Thai] Tragedi Tak Bai 2004: Pampasan bukan alasan untuk tutup jenayah, kata MP Narath… [Bahasa Melayu/Thai] Perbicaraan Awal ‘Tragedi Berdarah Tak Bai’ disambung esok […]

  2. […] [Bahasa Melayu/Thai] Tragedi Tak Bai 2004: Pampasan bukan alasan untuk tutup jenayah, kata MP Narath… […]

Leave a Reply

Trending