
Perbicaraan awal bagi menentukan sama ada terdapat asas yang kukuh untuk memfailkan aduan jenayah atau tidak terhadap sembilan pegawai Kerajaan Thailand dalam ‘Peristiwa Berdarah Tak Bai’ 20 tahun lalu di Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini akan disambung esok (Selasa, 25 Jun 2024).
Peguam Adilan Aliisha dari Yayasan Peguam Muslim Thailand yang mewakili mangsa dan waris individu yang terbunuh serta cedera dalam tragedi berdarah itu berkata, pendengaran awal bermula hari ini hanya melibatkan peguam yang membentangkan kes berkenaan.
Menurutnya, peguam membangkitkan persoalan berkaitan kejadian di mana orang ramai datang berkumpul di hadapan balai polis Tak Bai – bandar bersempadan dengan Pengkalan Kubur, Kelantan – tetapi terdapat askar dan polis yang mengainaya orang kampung.

“Hari ini (24 Jun) hanya seorang sahaja saksi iaitu peguam. Mahkamah memutuskan pendengaran awal itu akan disambung pagi esok (25 Jun).
“Esok, pihak pengadu iaitu rakyat, akan mengemukakan dua saksi. Saksi pertama adalah waris individu yang terbunuh dalam peristiwa pada 25 Oktober 2004.
“Saksi kedua adalah seorang individu yang cedera dalam kejadian itu,” katanya kepada Apa Khabar TV ketika dihubungi malam ini.
Ditanya mengenai bila keputusan pendengaran awal akan diperoleh, Adilan berkata mahkamah mungkin akan mengambil masa sebulan untuk memutuskan sama ada terdapat asas yang kukuh untuk aduan jenayah boleh difailkan terhadap sembilan pegawai terbabit.
Di bawah undang-undang Thailand, status kes 20 tahun itu akan berakhir pada Oktober depan, sekali gus menghalang sebarang tindakan undang-undang selepas tempoh itu.
Sementara itu, lebih 100 ahli keluarga individu yang cedera dan terbunuh dalam peristiwa berdarah itu turut hadir di mahkamah untuk memberi sokongan moral.
Mereka tiba di pekarangan mahkamah itu seawal jam 8 pagi.
Seramai 48 plaintif memfailkan aduan jenayah di Mahkamah Wilayah Narathiwat terhadap sembilan pegawai terbabit iaitu:
- Defendan Pertama adalah bekas panglima Wilayah Tentera Ke-4 ketika itu;
- Defendan Kedua ialah bekas Timbalan Komander Wilayah Tentera ke-4 ketika itu;
- Defendan Ketiga ialah bekas Panglima Raja Rama 5 ketika itu;
- Defendan Keempat ialah bekas Pengarah Pusat Gerakan Polis Diraja Thai;
- Defendan Kelima ialah bekas Komander Polis Wilayah 9;
- Defendan Keenam ialah bekas Penguasa Balai Polis Tak Bai ketika itu;
- Defendan Ketujuh ialah bekas Timbalan Penguasa Balai Polis Tak Bai ketika itu;
- Defendan Kelapan ialah Timbalan Pengarah Direktorat Mempromosi Keamanan Wilayah Sempadan Selatan dan merupakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri ketika itu; dan
- Defendan Kesembilan ialah Gabenor Wilayah Narathiwat pada masa kejadian.
Dalam tragedi berdarah pada 25 Oktober 2004 lalu, 85 individu, kesemuanya umat Islam, terbunuh, termasuk tujuh yang ditembak oleh pasukan keselamatan Thailand susulan satu tunjuk perasaan aman di hadapan balai polis Tak Bai, Narathiwat.
Dalam tragedi itu, anggota keselamatan dari pelbagai unit tentera dan polis Thai telah dikerah untuk menyuraikan umat Islam yang berdemonstrasi di hadapan sebuah balai polis di daerah Tak Bai.
Kejadian pada bulan Ramadan itu bermula apabila enam penduduk tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka.
Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan tujuh lelaki mati ditembak.
Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..
Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas.
Kejadian ketika pentadbiran Taksin Sinawatra sebagai Perdana Menteri itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di Selatan Thai.
Mengikut laporan Human Right Watch (HRW), kira-kira 1,200 orang telah ditahan dalam tahanan tentera selama beberapa hari tanpa rawatan perubatan yang sewajarnya. Akibatnya, ramai penunjuk perasaan mengalami kecederaan parah yang memerlukan anggota badan mereka dipotong.

ศาลนัดพิจารณาคดี ‘เหตุนองเลือดที่ตากใบ’ เมื่อ 20 ปีที่แล้ว สืบต่อพรุ่งนี้
การไต่สวนเบื้องต้นเพื่อวินิจฉัยว่ามีเหตุอันหนักแน่นในการยื่นฟ้องคดีอาญาต่อเจ้าหน้าที่รัฐไทย 9 คน ใน ‘เหตุการณ์นองเลือดตากใบ’ เมื่อ 20 ปีที่แล้ว ที่ศาลจังหวัดนราธิวาสในวันนี้ จะดำเนินต่อไปในวันพรุ่งนี้ (วันอังคารที่ 25 มิถุนายน 2567) .
ทนายความ อดิลัน อาลิชา จากมูลนิธิทนายความไทยมุสลิม ซึ่งเป็นตัวแทนของเหยื่อและญาติของบุคคลที่เสียชีวิตและบาดเจ็บจากโศกนาฏกรรมนองเลือดดังกล่าว กล่าวว่า การพิจารณาคดีครั้งแรกที่เริ่มในวันนี้เกี่ยวข้องกับทนายความผู้นำเสนอคดีเท่านั้น
ตามที่เขาเล่า ทนายความได้ตั้งคำถามเกี่ยวกับเหตุการณ์ที่ประชาชนรวมตัวกันหน้าสถานีตำรวจตากใบ ซึ่งเป็นเมืองที่อยู่ติดกับเมืองเปงกาลัน กูบูร์ รัฐกลันตัน แต่มีทหารและตำรวจทำทารุณกับชาวบ้าน
“วันนี้ (24 มิ.ย.) มีพยานเพียงคนเดียวคือทนายความ ศาลตัดสินให้สืบพยานเบื้องต้นต่อในเช้าวันพรุ่งนี้ (25 มิ.ย.)
“พรุ่งนี้ผู้ร้องประชาชนจะนำเสนอพยานสองคน พยานคนแรกคือทายาทของบุคคลที่ถูกสังหารในเหตุการณ์เมื่อวันที่ 25 ตุลาคม พ.ศ. 2547
“พยานคนที่สองคือบุคคลที่ได้รับบาดเจ็บในเหตุการณ์นี้” เขาบอกกับ Apa Khabar TV เมื่อได้รับการติดต่อในคืนนี้
เมื่อถูกถามว่าเมื่อใดจะได้ผลการพิจารณาคดีเบื้องต้น อาดิลันกล่าวว่าศาลอาจใช้เวลาหนึ่งเดือนในการตัดสินใจว่ามีพื้นฐานที่ชัดเจนสำหรับการฟ้องร้องคดีอาญาต่อเจ้าหน้าที่ทั้งเก้าคนที่เกี่ยวข้องหรือไม่
ตามกฎหมายไทย คดีมีกำหนด 20 ปีจะสิ้นสุดในเดือนตุลาคมหน้า ส่งผลให้ไม่สามารถดำเนินคดีภายหลังช่วงดังกล่าวได้
ขณะเดียวกัน สมาชิกในครอบครัวของบุคคลมากกว่า 100 คนที่ได้รับบาดเจ็บและเสียชีวิตจากเหตุการณ์นองเลือดได้มาร่วมให้กำลังใจในศาลด้วย
พวกเขามาถึงลานสนามตั้งแต่ 8 โมงเช้า
โจทก์จำนวน 48 ราย ได้ยื่นฟ้องคดีอาญาต่อศาลแขวงจังหวัดนราธิวาสเพื่อดำเนินคดีกับเจ้าหน้าที่ 9 คนที่เกี่ยวข้อง ได้แก่
จำเลยที่ 1 อดีตแม่ทัพภาคที่ 4 (ดำรงตำแหน่งในขณะนั้น)
จำเลยที่ 2 อดีตรองแม่ทัพภาคที่ 4 (ดำรงตำแหน่งในขณะนั้น)
จำเลยที่ 3 อดีตผู้บัญชาการ พล.ร.5 (กองพลทหารราบที่ 5 ดำรงตำแหน่งในขณะนั้น)
จำเลยที่ 4 อดีตผู้อำนวยการศูนย์ปฎิบัติการสำนักงานตำรวจแห่งชาติส่วนหน้า (ดำรงตำแหน่งในขณะนั้น)
จำเลยที่ 5 อดีตผู้บัญชาการตำรวจภูธรภาค 9 (ดำรงตำแหน่งในขณะนั้น)
จำเลยที่ 6 อดีตผู้กำกับการ สภ.อ.ตากใบ (ดำรงตำแหน่งในขณะนั้น)
จำเลยที่ 7 อดีตรองผู้กำกับการ สภ.อ.ตากใบ (ดำรงตำแหน่งในเวลานั้น)
จำเลยที่ 8 อดีตรอง ผอ.สสส.จชต. หรือกองอำนวยการเสริมสร้างสันติสุขจังหวัดชายแดนภาคใต้ และเป็นรองปลัดกระทรวงมหาดไทยในขณะนั้น
จำเลยที่ 9 อดีตผู้ว่าราชการจังหวัดนราธิวาส (ดำรงตำแหน่งในขณะเกิดเหตุ
โศกนาฏกรรมนองเลือดเมื่อวันที่ 25 ตุลาคม พ.ศ. 2547 มีผู้เสียชีวิต 85 ราย ซึ่งเป็นชาวมุสลิมทั้งหมด รวมถึง 7 รายที่ถูกกองกำลังความมั่นคงของไทยยิงหลังจากการประท้วงอย่างสันติหน้าสภ.ตากใบ นราธิวาส
โศกนาฏกรรมครั้งนี้ได้ส่งเจ้าหน้าที่รักษาความปลอดภัยจากหน่วยทหารและตำรวจของไทยเข้าสลายการชุมนุมชาวมุสลิมที่ออกมาชุมนุมหน้าโรงพักในอำเภอตากใบ
เหตุการณ์ในเดือนรอมฎอนเริ่มต้นขึ้นเมื่อชาวบ้าน 6 คนถูกจับกุมและถูกกล่าวหาว่าจัดหาอาวุธให้กลุ่มต่อต้าน การกักขังพวกเขาถูกประท้วงโดยชาวบ้านในท้องถิ่น ซึ่งต่อมาได้จัดการชุมนุมและการเดินขบวนเพื่อเรียกร้องให้ปล่อยตัวเพื่อนและญาติของพวกเขา
การชุมนุมเริ่มรุนแรงขึ้นเมื่อกองทัพใช้แก๊สน้ำตาและปืนฉีดน้ำเข้าโจมตีฝูงชน ซึ่งต่อมาส่งผลให้มีชาย 7 รายถูกยิงเสียชีวิตในเวลาต่อมา
ชาวบ้านหลายร้อยคนซึ่งเป็นมุสลิมทั้งหมดถูกจับกุมโดยรถบรรทุกไปยังค่ายทหารที่ปัตตานี โดยนำนักโทษมานอนทับกัน..
เมื่อรถบรรทุกมาถึงค่ายในอีกไม่กี่ชั่วโมงต่อมา พบว่าผู้ต้องขังส่วนใหญ่เสียชีวิตจากอาการหายใจไม่ออก
เหตุการณ์ที่เกิดขึ้นระหว่างการปกครองของทักษิณ ชินวัตร ในฐานะนายกรัฐมนตรี ทำให้เกิดการประท้วงทั่วโลกและเพิ่มความรุนแรงในภาคใต้ของประเทศไทย
ตามรายงานของ Human Rights Watch (HRW) พบว่ามีผู้ถูกควบคุมตัวโดยทหารประมาณ 1,200 คนเป็นเวลาหลายวันโดยไม่ได้รับการดูแลทางการแพทย์ที่เหมาะสม เป็นผลให้ผู้ประท้วงจำนวนมากได้รับบาดเจ็บสาหัสจนต้องตัดแขนขาของตน





Leave a Reply