Adakah ‘Peristiwa Berdarah Tak Bai’ akan jadi kes jenayah? Perbicaraan awal di Narathiwat esok

Pada 25 Oktober 2004, anggota keselamatan dari pelbagai unit tentera dan polis Thai telah dikerah untuk menyuraikan umat Islam yang berdemonstrasi di hadapan sebuah balai polis di daerah Tak Bai. Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih. Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas.