DUA anggota renjer apabila sebutir bom yang ditanam di sebatang jalan di Daerah Rangae, Narathiwat, meletup dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi (5 Julai 2025).

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua anggota renjer terbabit dalam perjalanan pulang ke pangkalan mereka setelah melakukan tugas mengawal sebuah tadika.

“Ketika melalui jalan Ban Blatae, Kampung 4, ukim Bangosoto, Rangae, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan berkenaan meletup.

“Dua anggota renjer dari Kompeni Renjer ke-4516 cedera di kaki dan tangan. Mereka ialah Anusorn Noree dan Sakchai Klaisangsit. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Rangae untuk rawatan,” katanya.

Pihak berkuasa masih menyiasat dan mengumpul bukti forensik untuk mengenal pasti pelaku.

Penduduk kampung maut ditembak di Daerah Mai Kaen, Pattani, semalam (5 Julai 2025).

Sementara itu, seorang penduduk kampung beragama Buddha maut ditembak dalam satu kejadian berasingan di Daerah Mai Kaen, Pattani, petang tadi.

Nit Man Kaew, 30, dikatakan dalam perjalanan pulang dari hospital apabila penyerang melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan ke arahnya yang sedang menunggang motosikal.

Kejadian berlaku di Ban Thale, Mukim Talo Kraithong, Mai Kean.

Di tempat kejadian pihak berkuasa menemukan dua kelongsong peluru 5.56mm dan 6 kelongsong peluru 9mm.

Polis masih menyiasat kejadian itu sama ada bermotifkan peribadi atau cubaan mencetuskan kekacauan dalam kalangan penganut agama.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading