RANGKAIAN jenama ayam goreng lokal popular – Ahmad’s Fried Chicken – ingin menambah 36 outlet sepanjang tahun 2025, merangkumi restoran, restoran mini dan kiosk di seluruh negara.

Langkah ini diambil susulan sambutan luar biasa pelanggan terhadap set ayam goreng, burger  dan  hidangan  tambahan  Ahmad’s  sejak   pembukaan  outlet  pertama  pada Disember 2024 lalu.

Justeru, menerusi strategi Pelan 5 Tahun syarikat, Mad Bean Holdings Sdn Bhd akan terus memperluaskan kehadiran Ahmad’s ke pekan  kecil  dan  bandar  di  seluruh  negara. Inisiatif ini bertujuan menyegerakan tawaran sajian menu warisan nostalgia  yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Pengasas syarikat Taufik Khairuddin berkata “Kami berpegang teguh dengan slogan – ‘Jenama Kita. Rasa Kita. Semangat Kita.’ – komited meneruskan pertumbuhan untuk membuka 36 restoran, restoran mini serta kiosk baharu di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan serta Sabah dan Sarawak untuk tempoh enam bulan hingga akhir tahun ini.”

Setakat ini, syarikat telah membuka 30 outlet iaitu empat restoran,  lima restoran mini serta 21 kiosk di Cyberjaya, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu dengan lebih 400 tempat duduk manakala fokus operasi di kiosk ialah konsep “takeaway”.

Baru-baru ini, restoran keempat dan outlet ke-30 rangkaian outlet Ahmad’s telah dirasmikan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, di outlet 24 jam kedua terletak di Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Kami amat berbesar hati menerima kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza – Ikon  Seni  Suara  Negara  –  dalam   majlis   bersejarah  ini.

“Kehadiran  beliau  adalah manifestasi kepada sokongan serta keyakinan beliau terhadap Ahmad’s bukan sahaja sebagai jenama  ayam  goreng  lokal  yang  popular  malah  juga  lambang  nilai  menu warisan, cita rasa dan kebersamaan,” Taufik berkata.

Dengan sajian 24 menu berkualiti tinggi, suasana mesra pelanggan dan perkhidmatan krew yang cekap, Ahmad’s  komited  menjadikan  setiap outlet sebagai tempat penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Hidangan menu di outlet kami juga mencerminkan perpaduan, tradisi dan cita rasa bersama yang diraikan seluruh lapisan masyarakat.

Atas semangat dan prinsip itu, pihak pengurusan Ahmad’s kini membuka ruang serta peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Rakan Niaga, seiring dengan Pelan 5 Tahun Ahmad’s.

Pelan 5 Tahun itu turut merangkumi cadangan membuka outlet Ahmad’s di luar negara. Antara yang telah dikenal pasti setakat ini adalah membuka outlet Ahmad’s di Makkah dan Madinah, Arab Saudi dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading