EMPAT orang awam, termasuk seorang wanita buta dan kanak-kanak, ditembak mati dalam dua kejadian berasingan di Wilayah Narathiwat, petang dan malam tadi (2 Mei 2025).

Tiga lagi mangsa cedera parah dan telah menjalani pembedahan di Hospital Chanae dan Tak Bai.

Kejadian terbaharu berlaku kira-kira jam 7.30 malam tadi (2 Mei 2025) apabila pelaku melepaskan tembakan ke arah lima sekeluarga yang sedang berehat di hadapan rumah mereka di Daerah Tak Bai, Narathiwat.

Seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Tak Bai sedang menerima rawatan.

Serangan di Kampung 4, Mukim Khosit itu menyebabkan tiga terbunuh, manakala dua lagi cedera. Mereka yang maut dikenal pasti sebagai:

  • Dam Chanthakong, 75;
  • Daeng Tunasuk, 58; dan
  • Sasitha Chanthakong, 9 tahun.

Dua yang cedera dan dirawat di Hospital Tak Bai pula ialah:

  • Phakinai Rangsao, 29; dan
  • Chaow Chanthakong, 44.

Polis masih menjalankan siasatan berkenaan motif kejadian sama ada melibatkan isu peribadi atau tindakan pihak tertentu untuk mencetuskan keadaan tidak tenteram.

Seorang wanita tua dan buta ditembak mati di Daerah Chane, Narathiwat, petang semalam (2 Mei 2025).

Terdahulu, kira-kira jam 3.25 petang hari sama, penjenayah menembak mati seorang wanita berusia 76 tahun yang juga buta, yang ketika itu membonceng motosikal anaknya di Daerah Chanae.

Jurucakap polis berkata, terdahulu Songsa Saengyoi, 76, dan anaknya, Tasanai Tangkong, 50, bertemu doktor di Hospital Chanae untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ban Air Bu Tae, Chang Tarauk, kedua-duanya diserang oleh individu tidak dikenali.

“Tiga tembakan dilepaskan dengan salah satunya mengenai kepala Songsa, manakala dua lagi mengenai Tasanai. Kedua-duanya jatuh di tengah jalan, sebelum orang awam membantu menghantar mereka ke hospital,” katanya.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading