
SELATAN THAI: Sekurang-kurangnya dua anggota pasukan keselamatan Thailand terbunuh, manakala lapan lagi cedera dalam pertempuran dengan sekumpulan lelaki bersenjata di pekan Sungai Golok Wilayah Narathiwat, yang bersempadan dengan Rantau Panjang di Kelantan, malam tadi (8 Mac 2025).
Letupan bom turut kedengaran dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam tadi, ketika sekurang-kurangnya lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang anggota pasukan keselamatan yang mengawal Pejabat Pentadbiran Daerah Sungai Golok.
Aksi kumpulan bersenjata itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki sebuah pikap dan sebuah kereta di sepanjang Jalan Wongwithi Sungai Golok.
Ketika tiba di hadapan Pejabat Pentadbiran Daerah Sungai Golok, pelaku yang bersembunyi di belakang dan di kereta keluar, sebelum melepaskan tembakan ke arah pos pemeriksaan di pintu masuk ke pejabat berkenaan yang dikawal anggota Kor Pertahanan Sukarelawan (VDC).
Kumpulan bersenjata itu turut melontar bom ke arah anggota kor pertahanan berkenaan.
Berlaku pertempuran antara kedua-dua pihak, dan terdapat letupan kuat yang boleh didengari di seluruh bandar.









Laporan awal mengatakan dua anggota VDC terbunuh manakala lapan lagi cedera.
Pihak berkuasa juga dilaporkan menemui objek mencurigakan, termasuk tong gas, di sekurang-kurangnya enam tempat di sekitar pekan Sungai Golok.
Difahamkan, bom kereta juga diletupkan di kawasan pejabat berkenaan, menyebabkan kerosakan besar.
Semua kawasan di mana serangan berlaku dan objek ditemui itu kini ditutup untuk siasatan lanjut.
Mereka yang terbunuh ialah:
- Muhammad Sabri Nasawan (terbunuh)
- Totsapol Paipim (terbunuh)
Lapan yang cedera ialah:
- Kamthon Wongnakorn
- Narongsak Ratrungsuntree
- Thawatchai Chaisri
- Wanphon
- Lan
- Zulkefli Waji
- Madari Taye
- Apichai Butchin
Ringkasan garis masa penutupan bandar dan serangan ke atas Pekan Sungai Golok:
19.10 malam – Anggota polis dari Balai Polis Sungai Golok menerima laporan mengenai kejadian keganasan di beberapa kawasan, terutama di hadapan Pejabat Pentadbiran Daerah Sungai Golok.
7:15 malam – Objek mencurigakan ditemui di belakang Sekolah Bunyalap.
7.18 malam – Satu objek mencurigakan ditemui di hadapan Garage Charan To Luebe, dan kemudian meletup.
7:23 malam – Objek mencurigakan ditemui di hadapan Taman Rama V.
7:42 malam – Objek mencurigakan ditemui di pasar perbandaran.
7.49 malam – Objek mencurigakan ditemui berhampiran dinding Wat Chonlachalem Khet.






Leave a Reply