
NARATHIWAT (Selatan Thai): Mahkamah wilayah di sini hari ini (11 Februari 2025) diberitahu bahawa 6,059 butir pil methamphetamine ditemukan dalam beberapa bungkusan di dalam bilik air sebuah bilik di hotel di Sungai Golok.
Saksi pertama pendakwaan dalam kes perbicaraan enam rakyat Malaysia yang dituduh secara bersama memiliki dadah berkenaan memberitahu dadah terbabit ditemukan ketika serbuan dilakukan Bahagian Narkotik Polis Daerah Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.
“Dadah berkenaan turut ditemukan dalam bekas polisterin pakai buang. Dadah itu juga dimasukkan ke dalam plastik biru, putih dan ‘pink’,” katanya yang juga seorang pegawai polis ketika memberi keterangan di hadapan tiga hakim di dalam Kamar 7 mahkamah berkenaan hari ini.

Menjawab soalan peguam bela tertuduh, saksi itu berkata pihak polis Sungai Golok telah dimaklumkan supaya ‘memerhati’ keenam-enam tertuduh, oleh pihak berkuasa Malaysia.
Perbicaraan dalam bahasa Thai itu bermula kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) dengan pihak pendakwaan mengemukakan enam saksi yang terdiri daripada anggota polis yang melakukan serbuan itu. Bagaimanapun, hanya tiga saksi yang memberi keterangan hari ini.
Terdahulu enam rakyat Malaysia terbabit, termasuk penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin, dibawa ke mahkamah dari Penjara Pusat Narathiwat menaiki lori penjara kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan.
Tertuduh lain ialah Mohamad Alif Deraman, 33; Mohd Affendi Ahmad, 35 (suami Eda Ezrin); Nur Aida Mamat, 33 (isteri Mohamad Alif); Erdieka Mohd Noor, 33; dan isterinya, Zuhaira Nasrin, 26.
Pada 14 Januari lalu, mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan secara bersama memiliki dadah berkenaan. Bagaimanapun, mereka mengaku menggunakan dadah berkenaan (memasukkan dadah ke dalam tubuh).
Erdieka dan Zuhaira juga mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan lain iaitu memasuki dan tinggal secara haram di Thailand.
Semua tertuduh diwakili tiga peguam yang diupah dan dilantik oleh mahkamah.
Hanya dua ahli keluarga terdekat semua tertuduh yang dibenarkan masuk ke kamar mahkamah, manakala wartawan pula ditempatkan di kamar dua untuk mengikuti perbicaraan, tanpa dibenar membawa buku nota, alat tulis dan telefon bimbit.
Saksi kedua yang juga anggota polis yang melakukan serbuan pula memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pertama cuba berunding meminta supaya mereka dilepaskan.
“Saya tidak faham bahasa Melayu jadi saya panggil rakan lain yang boleh bercakap Melayu ketika tertuduh cuba berunding… Tidak ada bukti video ketika rundingan itu dilakukan tertuduh pertama.
“Tapi kami tidak berunding apa-apa… dan semua tertuduh serta barang bukti dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya menjawab soalan hakim.

Saksi ketiga pendakwaan yang juga anggota polis yang melakukan serbuan itu pula memberitahu mahkamah berdasarkan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel, didapati bahawa tertuduh pertama membawa bungkusan yang di dalamnya terdapat dua bekas polisterin pakai buang, di mana dadah turut ditemui, ketika memasuki bilik bernombor 814 di hotel berkenaan.
Tetapi saksi berkenaan tidak mengetahui apa yang diisi di dalam bekas polisterin berkenaan. Cuma selepas serbuan sahaja polis turut menjumpai dadah di dalam bekas itu.
Beliau juga memberitahu bahawa berdasarkan rakaman CCTV itu, selain enam tertuduh, terdapat lapan lagi individu yang keluar masuk ke dalam bilik berkenaan, tetapi tidak membawa apa-apa bungkusan.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap telefon bimbit tertuduh kelima pula mendapati terdapat gambar dadah dan sejumlah besar wang.
“Tapi tidak tahu gambar dadah itu diambil dari mana… dari internet atau dari mana,” katanya menjawab soalan peguam bela.
Sementara itu, peguam bela tertuduh mempersoalkan kenapa pihak polis tidak melakukan serbuan ketika individu lain berada di dalam bilik berkenaan.
“Tertuduh telah memberitahu kami bahawa terdapat empat wanita yang turut memasuki bilik berkenaan sebelum serbuan… empat wanita itu juga memasuki bilik air di mana dadah ditemukan.
“Kenapa pihak polis tidak melakukan serbuan ketika 10 orang (enam tertuduh dan empat wanita berkenaan) ada dalam bilik itu,” soal peguam bela sambil saksi hanya berdiam diri.
Mengikut surat dikeluarkan mahkamah turutan tertuduh dalam kes secara bersama memiliki dadah itu adalah seperti berikut:
Tertuduh pertama, Mohamad Alif Deraman, 33;
Tertuduh kedua, Mohd Affendi Ahmad, 35;
Tertuduh ketiga, Nur Aida Mamat, 33;
Tertuduh keempat, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30;
Tertuduh kelima, Erdieka Mohd Noor, 33; dan
Tertuduh keenam, Zuhaira Nasrin, 26.
Untuk rekod, mahkamah juga melarang media menulis nama hakim perbicaraan, saksi dan pendakwa raya. Manakala, tiga peguam yang mewakili tertuduh pula enggan bercakap dengan media.
Perbicaraan akan bersambung Khamis dan Jumaat ini. Difahamkan keputusan kes itu akan dibuat pada awam Mac ini.

การพิจารณาคดีของนักร้องดีเกบารัต สามี และเพื่อน: พยานบอกทางมาเลเซียให้ ‘สังเกตและจับตา’ ผู้ถูกกล่าวหา
นราธิวาส: ศาลจังหวัดนราธิวาสวันนี้ (11 กุมภาพันธ์ 2025) ได้รับการแจ้งว่า พบยาบ้า 6,059 เม็ดเป็นแพ็คๆในห้องพักที่โรงแรมในสุไหงโกลก
พยานคนแรกของการฟ้องร้องในการพิจารณาคดีของชาวมาเลเซียหกคนที่ถูกกล่าวหาว่าครอบครองยาเสพติดกล่าวว่ายาเสพติดถูกพบในระหว่างการบุกค้นของตำรวจในสุไหงโกลก เมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายนปีที่แล้ว
ยาเสพติดถูกพบในกล่องโฟมใส่ข้าวถูกใส่ลงในพลาสติกสีน้ำเงินสีขาวและสีชมพู “เขากล่าว ซึ่งเป็นเจ้าหน้าที่ตำรวจเมื่อทำการสอบสวนต่อหน้าผู้พิพากษาสามคนในห้องพิจารณาคดี บัลลังค์ 7 ในวันนี้
การตอบคำถามต่อทนายฝ่ายจำเลยพยานกล่าวว่าตำรวจสุไหงโกลก ได้รับแจ้งจากเจ้าหน้าที่มาเลเซีย ให้’สังเกตและจับตา หกผู้ถูกกล่าวหา
การพิจารณาคดีของไทยเริ่มประมาณ 10.30 น. (เวลาท้องถิ่น) โดยมีการฟ้องร้องส่งพยานหกคนประกอบด้วยเจ้าหน้าที่ตำรวจที่บุกค้นเข้าจับคุม อย่างไรก็ตามมีพยานเพียงสามคนที่เป็นพยานในวันนี้
ก่อนหน้านี้ชาวมาเลเซียทั้งหกรวมถึงนักร้องดีเกบารัต ที่มีชื่อเสียง Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail อายุ 30 ปีหรือ Eda Ezrin ถูกนำตัวขึ้นศาลจากเรือนจำกลางนราธิวาส บนรถบรรทุกเรือนจำเวลาประมาณ 9.30 น.ของไทย
ผู้ถูกกล่าวหาอื่นๆคือ Mohamad Alif Deraman, 33; Mohd Affendi Ahmad, 35 (สามีของ Eda Ezrin); Nur Aida Mamat, 33 (ภรรยาของ Mohamad Alif); Erdieka Mohd Noor, 33; และภรรยาของเขา Zuhaira Nasrin อายุ 26 ปี
เมื่อวันที่ 14 มกราคมพวกเขาปฏิเสธข้อหาร่วมกันครอบครองยาเสพติด อย่างไรก็ตามพวกเขายอมรับที่ใช้ยาเสพติด (เสพยา)
Erdieka และ Zuhaira ยังสารภาพต่อข้อหาเข้าและอาศัยอยู่อย่างผิดกฎหมายอีกสองข้อ
ผู้ถูกกล่าวหาทั้งหมดเป็นตัวแทนของทนายความสามคนที่ได้รับการว่าจ้างและได้รับการแต่งตั้งจากศาล
มีเพียงสมาชิกในครอบครัวที่ใกล้ชิดเพียงสองคนเท่านั้นของผู้ถูกกล่าวหาที่ได้รับอนุญาตให้เข้าไปในห้องพิจารณาคดีในขณะที่นักข่าวถูกจัดไว้ในห้องสองสำหรับการพิจารณาคดีโดยไม่ได้รับอนุญาตให้พกสมุดบันทึกเครื่องเขียนและโทรศัพท์มือถือ

พยานคนที่สองซึ่งเป็นเจ้าหน้าที่ตำรวจบอกกับศาลว่าผู้ถูกกล่าวหาคนแรกพยายามพูดคุยกับพวกเขาให้ได้รับการปล่อยตัว
“ผมไม่เข้าใจภาษามลายูดังนั้นจึงโทรหาอีกคนที่สามารถพูดภาษามลายูได้เมื่อผู้ถูกกล่าวหาพยายามเจรจาต่อรอง … ไม่มีหลักฐานวิดีโอตอนมีการเจรจาต่อรองเป็นครั้งแรก
“แต่เราไม่ได้เจรจาอะไรเลย … และผู้ถูกกล่าวหาและหลักฐานทั้งหมดถูกนำไปที่สถานีตำรวจเพื่อสอบสวนเพิ่มเติม” เขากล่าวในการตอบคำถามของผู้พิพากษา
ในขณะเดียวกันทนายฝ่ายจำเลยถามว่าทำไมตำรวจไม่บุกจู่โจมเมื่อตอนที่บุคคลอื่นอยู่ในห้องด้วย
“ผู้ถูกกล่าวหาบอกเราว่ามีผู้หญิงสี่คนที่เข้ามาในห้องก่อนการจู่โจม … ผู้หญิงสี่คนเข้าห้องน้ำที่พบยาเสพติด
“ทำไมตำรวจถึงไม่บุก 10 คน (ผู้ถูกกล่าวหาหกคนและผู้หญิงสี่คน) ในห้อง” ทนายความกล่าวขณะที่พยานเงียบ
พยานอัยการคนที่สาม ซึ่งเป็นเจ้าหน้าที่ตำรวจบอกกับศาลจากหลักฐานของโรงแรม CCTV(กล้องวงจรปิด) พบว่าผู้ถูกกล่าวหาคนแรกนำกล่องโฟมใส่ข้าวสองอันเข้าไปในห้องหมายเลข814 ของโรงแรมซึ่งพบว่ามียาเสพติดอยู่ในนั้น
แต่พยานไม่ทราบว่าอะไรอะไรอยู่ในกล่องโฟมใส่ข้าวนั้น หลังจากการบุกจับของตำรวจจึงพบยาเสพติดอยู่ในภาชนะ
นอกจากนี้เขายังกล่าวว่าตามภาพของกล้องวงจรปิดนอกเหนือจากผู้ต้องหาหกคนแล้วยังมีอีกแปดคนเข้าและออกจากห้อง แต่ไม่ได้พกพากระเป๋าหรือของใด ๆ
ตามที่เขากล่าว การตรวจสอบภาพในโทรศัพท์ ผู้ถูกกล่าวหาคนที่ห้าพบรูปยาและเงินจำนวนมาก
“แต่ไม่รู้ว่ารูปยาเสพติดเหล่านั้นมาจากไหน … จากอินเทอร์เน็ตหรือที่ไหน” เขากล่าวในการตอบคำถามของทนายฝ่ายจำเลย
ตามหนังสือที่ออกโดยศาลของผู้ต้องหาในกรณีที่มีการครอบครองยาเสพติดร่วมกันมีดังนี้:
ผู้ถูกกล่าวหาคนแรก Mohamad Alif Deraman, 33;
ผู้ถูกกล่าวหาคนที่สอง Mohd Affendi Ahmad, 35;
ผู้ถูกกล่าวหาคนที่สาม Nur Aida Mamat, 33;
ผู้ถูกกล่าวหาคนที่สี่ Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30;
ผู้ถูกกล่าวหาคนที่ห้า Erdieka Mohd Noor, 33; และ
ผู้ต้องหาที่หก Zuhaira Nasrin, 26.
สำหรับบันทึกดังกล่าวศาลยังห้ามสื่อให้เขียนชื่อผู้พิพากษาคดีพยานและอัยการ ในขณะเดียวกันนักกฎหมายสามคนที่เป็นตัวแทนของผู้ถูกกล่าวหาปฏิเสธที่จะพูดคุยกับสื่อ
การพิจารณาคดีจะดำเนินต่อไปในวันพฤหัสบดีและวันศุกร์ เป็นที่เข้าใจกันว่าการตัดสินใจของคดีจะเกิดขึ้นกับสาธารณชนในเดือนมีนาคมนี้






Leave a Reply