NARATHIWAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan langkah kawalan dan pemantauan di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand, berikutan dua suspek kes bunuh berkemungkinan melarikan diri ke Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dua suspek terbabit, Abdullah Samok, 30, dan Abdullah Bulat, 40, masing-masing berasal dari daerah Chanae dan Rueso di Narathiwat, Thailand.

Dua suspek berkenaan sedang diburu pihak berkuasa Thailand setelah disyaki terbabit dalam pembunuhan dua beranak pegawai kanan polis Thailand di Daerah Si Sakhon, Narathiwat, 14 Januari lalu.

Leftenan Kolonel Polis Suwit Chuaythewarit, 56, dan anaknya Leftenan Dome Chuaythewarit, 35, maut akibat tembakan di kepala setelah pikap dinaiki dibom di Jalan Si Sakhon – Lubo Yuring, berdekatan Ban Ai Kuedae, Mukim Banphot.

Jumaat lalu (17 Januari) Mahkamah Wilayah Narathiwat mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua suspek yang didakwa secara bersama antara lain melakukan keganasan, mengumpul tentera atau senjata, menjadi ahli kongsi gelap, menyamun, melakukan pembunuhan terancang rerhadap pegawai kerajaan, dan membuat, menggunakan, atau memiliki bahan letupan.

Mereka juga didakwa secara bersama memiliki senjata api dan peluru yang melanggar undang-undang, menyebabkan letupan yang mungkin berbahaya kepada seseorang atau harta benda orang lain, membawa senjata di bandar, kampung atau jalan awam tanpa kebenaran dan tanpa sebab munasabah dan melakukan apa-apa perbuatan di lebuh raya yang boleh menyebabkan bahaya dan mungkin menyebabkan bahaya kepada lalu lintas.

Difahamkan, waran tangkap itu dikeluarkan susulan bukti yang dikumpul di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan forensik, yang menemui DNA pelaku, yang dibandingkan dengan fail bukti dalam kes keselamatan di wilayah sempadan selatan.

Razarudin berkata kedua-dua suspek terbabit berkemungkinan melarikan diri ke Malaysia untuk bersembunyi di kawasan hutan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Negeri dan wilayah sempadan kedua-dua negara melibatkan Kelantan dengan Wilayah Narathiwat; Perak dengan Wilayah Yala; Kedah dengan Wilayah Songkhla; dan Perlis dengan Wilayah Satun.

“PDRM akan berkongsi maklumat risikan bersama pihak berkuasa dari negara jiran supaya dua suspek terbabit dapat dikesan sekiranya benar mereka memasuki Malaysia.

“Sementara itu, pelbagai elemen rondaan PDRM di sempadan diarahkan berada dalam keadaan berwaspada,” katanya lapor Harian Metro, semalam (25 Januari 2025).


ผู้ต้องสงสัยคดีฆาตกรรม 2 เจ้าหน้าที่ตำรวจตระเวนชายแดนอาจหนีไปมาเลเซีย: รายงาน

นราธิวาส : ตำรวจมาเลเซีย (PDRM) ได้ปรับมาตรการควบคุมและตรวจสอบในรัฐที่มีพรมแดนติดประเทศไทยหลังจากผู้ต้องสงสัยคดีสังหาร ตำรวจตระเวนชายแดน2นาย ที่น่าจะหนีไปมาเลเซีย

ผู้บัญชาการตำรวจ Tan Sri Razarudin Husain กล่าวว่าผู้ต้องสงสัยทั้งสองคือ อับดุลเลาะ สาเมาะ อายุ 30 ปีและ อับดุลเลาะ บูละ อายุ 40 ปีมาจากจะแนะ และ รือเสาะใน นราธิวาส ประเทศไทย

ผู้ต้องสงสัยทั้งสองกำลังถูกล่าโดยเจ้าหน้าที่ไทยหลังจากถูกสงสัยว่ามีส่วนร่วมในการสังหารเจ้าหน้าที่ตำรวจตระเวนชายแดนในอำเภอศรีสาคร จ.นราธิวาส เมื่อวันที่ 14 มกราคมที่ผ่านมา

พ.ต.ท.สุวิทย์ ช่วยเทวฤทธิ์ อายุ 56 ปีและลูกชายของเขาผู้หมวดโดม ด.ต.โดม ช่วยเทวฤทธิ์ วัย 35 ปีเสียชีวิตจากการถูกยิงที่ศีรษะหลังจากรถกระบะถูกทิ้งระเบิดที่อำเภอศรีสาคร

Razarudin กล่าวว่าผู้ต้องสงสัยทั้งสองมีแนวโน้มที่จะหลบหนีไปมาเลเซียเพื่อซ่อนตัวในพื้นที่ป่าตามแนวชายแดนมาเลเซีย-ไทย

รัฐและดินแดนชายแดนของทั้งสองประเทศที่เชื่อมกับกลันตันกับจังหวัดนราธิวาส รัฐเประกับจังหวัดยาลา; รัฐเคดาร์กับจังหวัด สงขลา; และ รัฐเปอร์ลิส กับจังหวัดสตูล

“PDRM จะแบ่งปันข้อมูลข่าวกรองกับเจ้าหน้าที่จากประเทศเพื่อนบ้านเพื่อให้ผู้ต้องสงสัยทั้งสองสามารถตรวจพบได้หากพวกเขากำลังเข้ามาเลเซีย

“ ในขณะเดียวกันองค์ประกอบต่าง ๆ ของการลาดตระเวน PDRM ที่ชายแดนได้รับคำสั่งให้เฝ้าระวัง” รายงานจาก Harian Metro (25 มกราคม 2568)

ภาคใต้ของไทย,ตำรวจ,มาเลเซีย, ประเทศไทย, Tan Sri Razarudin ,สองพ่อลูก,ฆาตกรรม,ระเบิด,อับดุลเลาะห์

Leave a Reply

Trending