Pada 1 November lalu, enam rakyat Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita terkenal dari Kelantan, ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, kerana memiliki lebih 6,000 biji dadah jenis yaba atau pil kuda.

Penahanan mereka tular di media utama dan media sosial sama ada di Malaysia atau Selatan Thai, dengan pelbagai andaian dan ulasan dibuat oleh netizen, khususnya melibatkan keadaan di dalam penjara Thailand.

Umumnya netizen di Malaysia mendakwa penjara di Thailand dalam keadaan teruk, kotor, makanan tidak halal, sempit dan layanan yang teruk. Ulasan-ulasan sedemikian menyebabkan pihak berkuasa penjara Thailand kecewa kerana keadaan sebenar tidak seperti yang digambarkan.

Penulis di hadapan Penjara Pusat Narathiwat.

Ulasan sedemikian juga mendapat perhatian Menteri Keadilan Thailand, Tawee Sodsong yang menjemput Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi untuk meninjau sendiri keadaan di dalam Penjara Pusat Narathiwat, pada 18 November lalu, di mana penyanyi terbabit bersama suami dan empat rakannya ditahan reman.

Namun, lawatan itu juga tidak dapat menghentikan ulasan-ulasan negatif netizen berhubung keadaan di dalam penjara berkenaan.

Justeru, pihak Penjara Pusat Narathiwat telah menjemput Apa Khabar TV untuk meninjau keadaan dalam penjara itu, selain bertemu banduan, serta melihat sendiri aktiviti yang mereka jalankan.

Pada peringkat awalnya, pihak penjara Narathiwat yang kecewa dengan laporan media sebelum ini, enggan membenarkan Apa Khabar TV meninjau keadaan di dalam penjara berkenaan.

Namun, akhirnya Apa Khabar TV menjadi media Malaysia pertama yang dibenar meninjau dan melihat sendiri keadaan di dalam pusat tahanan yang turut menempatkan penyanyi – Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, juga dikenali sebagai Eda Ezrin yang terkenal dengan lagu ‘Bae Soba Bae’.

Justeru, kami berterima kasih kepada pihak penjara kerana memberi kebenaran itu, sekali gus untuk memperbetulkan tanggapan negatif netizen, terutama rakyat Malaysia berkaitan keadaan di dalam penjara di Thailand.

Laporan eksklusif ini akan terbahagi kepada beberapa siri, termasuk melihat aktiviti di dalam penjara, makanan, serta temu bual dengan banduan rakyat Malaysia.


ความพิเศษเฉพาะ : Apa Khabar TV. เยี่ยมสังเกตุสถานการณ์ในเรือนจำนราธิวาส

เมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายนที่ผ่านมา ชาวมาเลเซีย 6 คน รวมทั้งนักร้องดิกีร์ บารัต หญิงชื่อดังจากรัฐกลันตัน ถูกจับกุมที่โรงแรมแห่งหนึ่งในสุไหงโกลก ประเทศไทย ในข้อหาครอบครองยาบ้าหรือยาม้ามากกว่า 6,000 เม็ด

การจับกุมของพวกเขาแพร่สะพัดไปในสื่อกระแสหลักและโซเชียลมีเดีย ทั้งในมาเลเซียหรือภาคใต้ของประเทศไทย โดยชาวเน็ตต่างคาดเดาและแสดงความคิดเห็นต่างๆ โดยเฉพาะอย่างยิ่งที่เกี่ยวข้องกับสภาพความเป็นอยู่ในเรือนจำของไทย

โดยทั่วไปชาวเน็ตในมาเลเซียอ้างว่าเรือนจำในไทยอยู่ในสภาพย่ำแย่ สกปรก อาหารไม่ฮาลาล คับแคบ และการดูแลไม่ดี ความคิดเห็นดังกล่าวทำให้เจ้าหน้าที่เรือนจำไทยผิดหวังเพราะสถานการณ์จริงไม่ใช่อย่างที่คิด

ความคิดเห็นดังกล่าวยังได้รับความสนใจจากรัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรมของไทย นายทวี สอดส่อง ซึ่งเชิญกงสุลใหญ่มาเลเซียประจำสงขลา อาหมัด ฟาห์มี อาหมัด ซาร์กาวี ให้มาตรวจสอบสถานการณ์ในเรือนจำกลางนราธิวาสเป็นการส่วนตัว เมื่อวันที่ 18 พฤศจิกายน ที่นักร้องสาวเกี่ยวข้องกับสามีของเธอ และเพื่อนสี่คนถูกคุมขัง

อย่างไรก็ตาม การมาเยือนครั้งนี้ก็ไม่สามารถหยุดความคิดเห็นเชิงลบของชาวเน็ตเกี่ยวกับสภาพในเรือนจำได้

เรือนจำกลางนราธิวาสจึงได้เชิญApa Khabar TV.มาเยี่ยมชมสภาพในเรือนจำ นอกเหนือจากการพบปะผู้ต้องขังและชมกิจกรรมที่ผู้ต้องขังทำด้วย

ในระยะแรก เรือนจำนราธิวาสซึ่งผิดหวังกับรายงานของสื่อก่อนหน้านี้ ปฏิเสธที่จะให้ Apa Khabar TV.เยี่ยมชมสถานการณ์ในเรือนจำ

อย่างไรก็ตาม ในที่สุด Apa Khabar TV ก็กลายเป็นสื่อมาเลเซียกลุ่มแรกที่ได้รับอนุญาตให้ตรวจสอบและดูสภาพภายในศูนย์กักกันซึ่งมีนักร้องสาวอยู่ด้วย – Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail หรือที่รู้จักกันในชื่อ Eda Ezrin ผู้โด่งดังจากเพลง ‘ เบซอบาเบ’.

ดังนั้นเราจึงรู้สึกขอบคุณเจ้าหน้าที่เรือนจำที่อนุญาต ซึ่งเป็นการแก้ไขความรู้สึกเชิงลบของชาวเน็ต โดยเฉพาะชาวมาเลเซียเกี่ยวกับสภาพเรือนจำในประเทศไทย

รายงานพิเศษนี้จะแบ่งออกเป็นหลายชุด รวมถึงการดูกิจกรรมภายในเรือนจำ อาหาร และการสัมภาษณ์นักโทษชาวมาเลเซีย

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading