YALA (Selatan Thai): Empat puluh lima penyimpan dalam Islamic Bank of Thailand (iBank) terpilih mengerjakan umrah dan haji secara percuma tahun depan, dalam satu cabutan bertuah anjuran bank berkenaan di sini, semalam (26 November 2024).

Cabutan bertuah kali ke sepuluh itu yang melibatkan 4.5 juta keping tiket mengandungi nama pendeposit bertujuan menghargai penyimpan iBank yang terus memberi sokongan kepada bank berkenaan.

Kali pertama iBank menganjurkan cabutan bertuah seperti itu adalah pada 2015, dengan hadiah terus ditambah dari setahun ke setahun.

Pengarah Urusan iBank, Dr Thaweelap Ritthaphirom.

Yang tertinggi adalah cabutan bertuah tahun ini membabitkan nilai keseluruhan sebanyak 7.65 juta baht (RM983,618), kata Pengarah Urusan iBank, Dr Thaweelap Ritthaphirom.

Menurutnya, daripada jumlah itu 20 penyimpan terpilih untuk mengerjakan haji dengan setiap pakej bernilai 270,000 baht (RM34,710), manakala 25 individu lagi akan mengerjakan umrah yang setiap satu bernilai 90,000 baht (RM11,571).

“Kos keseluruhan mereka mengerjakan umrah dan haji, termasuk tambang dan penginapan ditanggung oleh iBank.

“Cabutan bertuah yang diadakan setiap tahun itu adalah sebagai penghargaan kami kepada pelanggan yang terus memberi sokongan kepada iBank.

“Usaha itu juga diharap dapat menggalakkan lebih ramai umat Islam dan masyarakat umum di Thailand menyimpan dalam iBank,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di Yala Rajabhat University.

Mengulas lanjut, Dr Thaweelap menjelaskan Akaun Deposit Haji dan Umrah adalah akaun simpanan untuk umat Islam berusia 15 tahun ke atas dan mereka yang merancang untuk menunaikan haji melalui simpanan.

Katanya, iBank menyedari hasrat umat Islam untuk ingin menjadi tetamu Allah, walaupun sekali seumur hidup.

“Justeru, iBank menawarkan pakej haji dan umrah melalui simpanan yang mereka buat dalam iBank. Kami juga merancang menambah hadiah dalam cabutan bertuah itu menjadi 50 pakej tahun depan bernilai 8,820 juta baht (EM1.134 juta).

“Ia dibahagikan kepada 22 pakej haji berharga 280,000 baht (RM36,000) setiap satu dengan jumlah keseluruhannya adalah 6.160 juta baht (RM792,037).

“28 lagi adalah pakej umrah yang setiap satu berharga 95,000 baht (RM12,214). Jumlah keseluruhan pakej umrah adalah 2.66 juta baht (RM342,016).

“Dan, dalam tempoh 10 tahun ini, iBank telah memberikan pakej haji kepada 121 pemenang bertuah,” katanya.


iBank Thailand จับฉลากผู้โชคดี 45 ราย ร่วมทำฮัจญ์ อุมเราะห์ ฟรี

ยะลา (ภาคใต้ของประเทศไทย): ผู้ฝากเงินออมสำหรับไปฮัจย์ สี่สิบห้ารายในธนาคารอิสลามแห่งประเทศไทย (iBank) ได้รับเลือกให้ทำอุมาห์และฮัจญ์ฟรีล่วงหน้า จากการจับรางวัลที่จัดขึ้นโดยธนาคารอิสลาม เมื่อวานนี้ (26 พฤศจิกายน 2567)

การจับรางวัลครั้งที่ 10 ที่เกี่ยวข้องกับตั๋ว 4.5 ล้านใบที่มีชื่อของผู้ฝากเงิน มีวัตถุประสงค์เพื่อชื่นชมผู้ฝากเงินของ iBank ที่ยังคงให้การสนับสนุนธนาคารต่อไป

ครั้งแรกที่ iBank จัดกิจกรรมจับฉลากดังกล่าวคือในปี 2558 โดยมีการเพิ่มรางวัลทุกปี

ดร.ทวีลาภ ฤทธาภิรมย์ กรรมการผู้จัดการ iBank กล่าวว่า ” จากจำนวนดังกล่าว มีผู้ฝาก 20 รายได้รับเลือกให้ไปประกอบพิธีฮัจญ์ โดยแต่ละแพ็คเกจมีมูลค่า 270,000 บาท (34.710 ริงกิตมาเลเซีย) ในขณะที่อีก 25 รายจะทำอุมเราะห์ มูลค่าคนละ 90,000 บาท (11,571 ริงกิตมาเลเซีย)

“ค่าใช้จ่ายทั้งหมดในการทำอุมเราะห์และฮัจญ์ รวมถึงค่าโดยสารและที่พัก ตกเป็นภาระของ iBank

“การจับรางวัลที่จัดขึ้นทุกปีเป็นการแสดงความขอบคุณลูกค้าที่ให้การสนับสนุน iBank อย่างต่อเนื่อง

“ความพยายามนี้หวังว่าจะสนับสนุนให้ชาวมุสลิมและประชาชนทั่วไปในประเทศไทยออมเงินใน iBank มากขึ้น” เขากล่าวกับผู้สื่อข่าวหลังงานจัดขึ้นที่มหาวิทยาลัยราชภัฏยะลา

ดร.ทวีลาภ อธิบายว่า บัญชีเงินฝากฮัจญ์และอุมเราะห์เป็นบัญชีออมทรัพย์สำหรับชาวมุสลิมที่มีอายุ 15 ปีขึ้นไป และผู้ที่วางแผนประกอบพิธีฮัจญ์ผ่านการออม

เขากล่าวว่า iBank ตระหนักถึงความปรารถนาของชาวมุสลิมที่ต้องการเป็นแขกของพระเจ้า แม้แต่ครั้งเดียวในชีวิต

“ดังนั้น iBank จึงเสนอแพ็คเกจฮัจญ์และอุมเราะห์ผ่านการประหยัดที่พวกเขาทำใน iBank นอกจากนี้เรายังวางแผนที่จะเพิ่มรางวัลในการจับรางวัลเป็น 50 แพ็คเกจในปีหน้า มูลค่า 8,820 ล้านบาท (EM1.134 ล้าน)

แบ่งออกเป็น 22 ชุด ราคาชุดละ 280,000 บาท (36,000 ริงกิต) รวมมูลค่า 6.160 ล้านบาท (792,037 ริงกิต)

“อีก 28 แพ็คเกจเป็นอุมเราะห์ ราคาอันละ 95,000 บาท (RM12,214) รวมมูลค่าอุมเราะห์ 2.66 ล้านบาท (RM342,016)

“และในช่วง 10 ปีที่ผ่านมา iBank ได้มอบแพ็คเกจฮัจญ์ให้กับผู้โชคดี 121 ราย” เขากล่าว

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading