
นราธิวาส (ภาคใต้ของประเทศไทย): สื่อมาเลเซียวันนี้ (27 ตุลาคม) รายงานว่านักท่องเที่ยวจำนวนมากจากประเทศกำลังเลื่อนการเดินทางไปภาคใต้ของประเทศไทยในสัปดาห์นี้ ภายหลังข่าวลือเรื่องเหตุการณ์รุนแรง เนื่องในโอกาสครบรอบ 20 ปีโศกนาฏกรรมตากใบ พ.ศ. 2547
Berita Harian ซึ่งเป็นองค์กรสื่อที่มีอิทธิพลในประเทศมาเลเซีย รายงานว่าจำนวนชาวมาเลเซียที่เดินทางเข้าประเทศไทยลดลงอย่างมาก ไม่ว่าจะผ่านทางเมืองตากใบหรือสุไหงโกลก ทั้งสองแห่งในจังหวัดนราธิวาส
ตามรายงานของสื่อ โดยปกติแล้วทุกสุดสัปดาห์ นักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียจำนวนมากเดินทางเข้าประเทศไทยเพื่อช้อปปิ้งหรือท่องเที่ยวแบบไปเช้าเย็นกลับไปยังสถานที่ท่องเที่ยวทางภาคใต้ของประเทศไทย
อย่างไรก็ตาม ตั้งแต่วันพฤหัสบดีที่แล้ว หนึ่งวันก่อนวันครบรอบของตากใบ ชาวมาเลเซียจำนวนมากเลือกที่จะไม่ข้ามเข้าสู่ประเทศไทย BHOnline รายงาน
“มีข่าวลือถึงความเป็นไปได้ของการโจมตีหรือเหตุการณ์ไม่พึงประสงค์ที่จะเกิดขึ้นสุดสัปดาห์นี้ ซึ่งทำให้ชาวมาเลเซียและชาวไทยเกิดความกังวล
“ข่าวลือแพร่กระจายบนโซเชียลมีเดียในมาเลเซียและไทยตั้งแต่วันพุธ” BHOnline รายงานโดยอ้างอิงคำแถลงจากผู้ให้บริการเรือที่เป็นที่รู้จักในชื่ออัซลีเท่านั้น
ชายวัย 25 ปี กล่าวว่าข่าวลือดังกล่าวทำให้ชาวมาเลเซียจำนวนมากกลัวที่จะเดินทางไปประเทศไทย
“มีบางคนที่ผมเชื่อว่าไม่ทราบข่าวลือ และไปตากใบต่อในวันพฤหัสบดีและเมื่อวาน แต่จำนวนลดลงอย่างมากจากเมื่อก่อน”
“หากก่อนหน้านี้ ชาวมาเลเซียประมาณ 70 คนจะข้ามไปยังตากใบผ่านท่าเทียบเรือที่นี่ แต่ตั้งแต่วันพฤหัสบดี จำนวนดังกล่าวยังไม่ถึง 20 คน” สื่ออ้างคำพูดของเขา
เขาอ้างว่าผู้ค้าชาวไทยจำนวนมากที่ทำงานในตลาดสดตากใบก็หยุดธุรกิจในสุดสัปดาห์นี้เช่นกัน
เป็นที่เข้าใจกันว่าหน่วยงานบังคับใช้กฎหมายของไทย เช่น ตำรวจและทหาร ได้เพิ่มความปลอดภัยในภาคใต้รวมถึงชายแดนติดกับมาเลเซียด้วย
ก่อนหน้านี้ สำนักข่าวใกล้กับกองกำลังรักษาความมั่นคงของไทย ศูนย์ข่าวภาคใต้ (SNC) อ้างแหล่งข่าวกรองว่าจะมีการโจมตีด้วยระเบิดรถยนต์หรือรถจักรยานยนต์พร้อมกันในอีกไม่กี่วันข้างหน้าใน 4 จังหวัดภาคใต้ของไทย โดยเฉพาะในพื้นที่ ‘Deep ใต้’. .
‘ภาคใต้ตอนล่าง’ เรียกว่า ‘พื้นที่ร้อน’ ซึ่งครอบคลุมเขตปัตตานี ยะลา และนราธิวาส; รวมสี่อำเภอในจังหวัดสงขลา ได้แก่ สะบ้าย้อย เทพา จะนะ และนาทวี

SNC กล่าวว่าแหล่งข่าวกรองอ้างว่ากลุ่มติดอาวุธกำลังวางแผนที่จะโจมตีในภูมิภาคนี้เพื่อรำลึกถึงวันครบรอบ 20 ปีโศกนาฏกรรมตากใบ พ.ศ. 2547
“เจ้าหน้าที่หน่วยข่าวกรองความมั่นคงในพื้นที่ชายแดนภาคใต้ เปิดเผยว่า ตรวจพบความเคลื่อนไหวของกลุ่มกบฏในพื้นที่ชายแดนภาคใต้
“พวกเขา (กลุ่มกบฏ) วางแผนที่จะโจมตีด้วยระเบิดแบบโฮมเมดพร้อมกันในพื้นที่ 4 พื้นที่ชายแดนภาคใต้ในวันที่ 24 ถึง 28 ตุลาคม 2567” SNC รายงาน
สื่อยังอ้างว่ามีรายงานจากแหล่งข่าวในพื้นที่ว่าขณะนี้เก็บระเบิด 2 ลูกไว้ที่อำเภอเมืองนราธิวาส ก่อนนำไปที่อำเภอตากใบ ซึ่งอยู่ห่างจากใจกลางเมืองประมาณ 41.3 กิโลเมตร
SNC ยังอ้างว่ากลุ่มกบฏจะติดตั้งระเบิดทำเองบนรถยนต์หรือมอเตอร์ไซค์เพื่อทำการโจมตีพร้อมกัน
“จึงได้แจ้งเตือนกองกำลังความมั่นคงในพื้นที่ให้เฝ้าระวังที่เส้นทาง 4055 ถนนระแงะมรรคา หน้าโรงพยาบาลนราธิวาสราชนครินทร์ หน้าธนาคารกรุงไทย และตลาดบางนาค อำเภอเมืองนราธิวาส” SNC รายงาน
ผลสำรวจของ apakhabartv. รอบเมืองนราธิวาสเมื่อคืนนี้ พบว่ามีการตั้งด่านตรวจบนถนนหลายพื้นที่ โดยยานพาหนะทุกคันรวมทั้งจากมาเลเซีย ได้รับการตรวจสอบอย่างละเอียดนอกจากนี้ ยังมีการควบคุมในสถานที่เชิงกลยุทธ์หลายแห่งในระหว่างวันเพื่อป้องกันเหตุการณ์ไม่พึงประสงค์

Pelancong kurang ke Selatan Thai, bimbang serangan bom ulang tahun Tragedi Tak Bai, lapor media Malaysia
NARATHIWAT (Selatan Thai): Media Malaysia hari ini (27 Oktober) melaporkan, ramai pelancong negara itu menangguhkan perjalanan ke Selatan Thai minggu ini, susulan khabar angin akan berlaku insiden keganasan, sempena ulang tahun ke-20 Tragedi Tak Bai 2004.
Akhbar Berita Harian – organisasi media berpengaruh di Malaysia – melaporkan penurunan mendadak jumlah rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand, sama ada melalui pekan Tak Bai atau Sungai Golok, kedua-duanya di Wilayah Narathiwat.
Memetik laporan media berkenaan, kebiasaannya pada setiap hujung minggu, ramai pelancong Malaysia menyeberangi masuk ke Thailand untuk membeli-belah atau lawatan sehari ke destinasi pelancongan di Selatan Thai.
Bagaimanapun sejak Khamis lalu iaitu sehari sebelum ulang tahun Tak Bai, ramai rakyat Malaysia memilih untuk tidak menyeberang ke Thailand, lapor BHOnline. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316081/ulang-tahun-ke-20-insiden-tak-bai-rakyat-malaysia-tangguh-perjalanan
“Ada khabar angin mengenai kemungkinan serangan atau insiden tidak diingini akan berlaku pada hujung minggu ini, yang menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia dan Thailand.
“Khabar angin itu tersebar di media sosial di Malaysia dan Thailand sejak Rabu,” lapor BHOnline yang memetik kenyataan seorang pengusaha bot yang hanya mahu dikenali sebagai Azli.
Lelaki berusia 25 tahun itu berkata, khabar angin itu menyebabkan ramai rakyat Malaysia takut untuk ke Thailand.
“Ada segelintir daripada mereka yang saya percaya tidak tahu mengenai khabar angin itu, terus pergi ke Tak Bai pada Khamis dan semalam tetapi jumlah mereka menurun secara drastik berbanding sebelum ini.
“Jika sebelum ini kira-kira 70 rakyat Malaysia akan menyeberang ke Tak Bai melalui jeti haram di sini tetapi sejak Khamis, jumlahnya tidak sampai 20 orang,” katanya dipetik media berkenaan.
Dia mendakwa, ramai peniaga Thailand yang beroperasi di pasar basah Tak Bai juga menghentikan perniagaan mereka pada hujung minggu ini.
Difahamkan, agensi penguat kuasa Thailand seperti polis dan tentera turut mempertingkatkan keselamatan di wilayah selatan termasuk yang sempadan dengan Malaysia.
Terdahulu, sebuah agensi berita yang rapat dengan pasukan keselamatan Thailand, Southern News Center (SNC), memetik sumber perisikan sebagai mendakwa kononnya bakal berlaku serangan bom kereta atau motosikal serentak dalam tempoh beberapa hari ini di empat wilayah Selatan Thai, khususnya di ‘Deep South’.
‘Deep South’ dirujuk sebagai ‘kawasan panas’ yang meliputi Wilayah Pattani; Yala; dan Narathiwat; serta empat daerah di wilayah Songkhla iaitu Saba Yoi, Tepha, Chana dan Natawee.
SNC berkata sumber perisikan mendakwa kononnya kumpulan bersenjata sedang merancang melakukan serangan di wilayah berkenaan sebagai memperingati ulang tahun ke-20 Tragedi Tak Bai 2004.
“Pegawai unit perisikan untuk keselamatan di wilayah sempadan selatan mendedahkan bahawa mereka mengesan pergerakan kumpulan pemberontak di wilayah sempadan selatan.
“Mereka (kumpulan pemberontak) merancang melakukan serangan bom buatan sendiri secara serentak di kawasan empat wilayah sempadan selatan pada 24 hingga 28 Oktober 2024,” lapor SNC.
Media berkenaan juga mendakwa kononnya terdapat laporan daripada sumber tempatan bahawa dua bahan letupan kini disimpan di Daerah Mueang (bandar) Narathiwat, sebelum dibawa ke Daerah Tak Bai, kira-kira 41.3 kilometer dari pusat bandar.
SNC juga mendakwa kumpulan pemberontak akan memasang bom buatan sendiri itu sama ada pada kereta atau motosikal untuk melakukan serangan serentak.
“Oleh itu, pasukan keselamatan tempatan telah dimaklumkan supaya berjaga-jaga di Laluan 4055, Jalan Ra-Ngae Marga, di hadapan Hospital Narathiwat Rajanagarindra; di hadapan Bank Krung Thai; dan Pasar Bang Nak, Daerah Mueang Narathiwat,” lapor SNC.
Tinjauan Apa Khabar TV di sekitar bandar Narathiwat malam tadi menunjukkan sekatan jalan raya diadakan di beberapa kawasan dengan semua kenderaan, termasuk dari Malaysia, diperiksa rapi. Kawalan juga dilakukan di beberapa tempat strategik pada waktu siang bagi mencegah kejadian tidak diingini.






Leave a Reply