
NARATHIWAT (Selatan Thai): Speaker Parlimen Thailand, Wan Muhamad Noor Matha, tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan seorang Ahli Parlimen (MP) hadir di Mahkamah Wilayah Narathiwat bagi memberi keterangan pembelaan terhadap saman Tragedi Tak Bai.
Sebaliknya, Parlimen sendiri boleh memberi arahan itu jika dipersetujui majoriti MP yang bersidang, kata MP Narathiwat (Kawasan 5) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh.

Dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai, beliau yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, bagaimanapun Parlimen tidak berkuasa bertindak ke atas MP terbabit jika dia tetap tidak hadir di mahkamah walaupun arahan telah diberikan.
“Speaker Parlimen tiada kuasa sendiri mengarahkan Ahli Parlimen itu hadir. Parlimen perlu bersidang dan membincangkan perkara itu (permintaan dari mahkamah).
“Selepas dibincang dan jika majoriti bersetuju… Parlimen boleh arah Ahli Parlimen berkenaan hadir mahkamah. Tapi kalau dia (Ahli Parlimen berkenaan) tetap juga tidak hadir, Parlimen tidak boleh berbuat apa-apa.
“Itu telah termaktub dalam undang-undang. Tetapi, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen terbabit jika tidak hadir ke mahkamah… dengan syarat tangkapan mesti dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada Apa Khabar TV ketika ditemui malam tadi (15 September 2024).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keistimewaan dimiliki Ahli Parlimen Thailand dalam Perlembagaan negara itu. Antara keistimewaan itu ialah:
“Sepanjang persidangan, tiada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara boleh ditangkap, ditahan atau dipanggil untuk siasatan sebagai suspek dalam kes jenayah, melainkan mendapat kebenaran daripada Dewan yang dianggotainya”.
Pada 23 Ogos 2024 lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan wujud unsur jenayah dilakukan pegawai Kerajaan Thailand dalam tragedi yang menyebabkan 78 orang mati akibat sesak nafas ketika dalam tahanan dan lapan lagi maut ditembak ketika pihak berkuasa cuba menyuraikan tunjuk perasaan.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 12 September lalu sebagai hari di mana tujuh pegawai tinggi kerajaan yang disaman oleh keluarga mangsa tragedi itu supaya hadir memberi keterangan.
Mereka termasuk MP daripada parti kerajaan Jeneral Pisan Wattanawongkiri, 74 tahun, yang ketika kejadian adalah Panglima Wilayah Tentera Ke-4 yang bertanggungjawab ke atas wilayah Selatan Thai.
Tetapi, semuanya tidak hadir menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap enam defendan lain. Mahkamah bagaimanapun, mengeluarkan surat kepada Parlimen Thailand supaya menarik balik keistimewaan dimiliki Jeneral Pisan dan mengarahkannya hadir ke mahkamah.
Mengulas lanjut, Wan Johan yang juga jurucakap Parti Prachacat mengingatkan bahawa ada pihak menuduh Wan Muhamad Noor yang juga pemimpin utama parti itu, cuba melindungi Jeneral Pisan.
“Kumpulan ini cuba mengaitkan isu itu untuk memburuk-burukkan Parti Prachacat dan pemimpin kami. Tapi sekarang ini kita bercakap berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Negara,” katanya.

คดีตากใบ ประธานรัฐสภาทำอะไรไม่ได้ถ้าส.ส.ไม่ปรากฏตัวในศาล
นราธิวาส (ภาคใต้): ประธานรัฐสภาไทย วัน มูฮัมหมัด นอร์ มะทา ไม่มีอำนาจสั่งให้สมาชิกสภาผู้แทนราษฎร (ส.ส.) ปรากฏตัวในศาลจังหวัดนราธิวาสเพื่อเป็นสอบสวนในการแก้ต่างคดีโศกนาฏกรรมตากใบ
ในทางกลับกัน รัฐสภาเองก็สามารถออกคำสั่งได้หากสมาชิกสภาผู้แทนราษฎรส่วนใหญ่เห็นด้วย ส.ส. นราธิวาส (พื้นที่ 5) ซึ่งเป็นประธานคณะกรรมาธิการกฎหมาย ความยุติธรรม และสิทธิมนุษยชนของรัฐสภาไทยด้วย กล่าวโดย กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ
เขาเป็นที่รู้จักในนามว่า แวยูแฮในหมู่ชาวไทยมุสลิมภาคใต้ เขาซึ่งเป็นผู้ประกอบวิชาชีพทนายความกล่าวว่า รัฐสภาไม่มีอำนาจดำเนินการกับ ส.ส. ที่เกี่ยวข้อง หากเขายังคงไม่ปรากฏตัวในศาลแม้ว่าจะได้รับคำสั่งแล้วก็ตาม
“ประธานรัฐสภาไม่มีอำนาจสั่งให้สมาชิกสภาผู้แทนราษฎร ที่เป็นผู้ต้องหาไปที่ศาลได้
“หลังจากหารือและหากเสียงข้างมากเห็นด้วย… รัฐสภาสามารถสั่งให้สมาชิกสภาผู้แทนราษฎรที่เป็นปัญหาไปปรากฏตัวในศาลได้ แต่ถ้าเขา (สมาชิกสภาผู้แทนราษฎรที่เป็นผู้ต้องหา) ยังคงไม่ไปศาล รัฐสภาก็ไม่สามารถทำอะไรได้
“นั่นบัญญัติไว้ในกฎหมาย อย่างไรก็ตาม ศาลสามารถออกหมายจับสมาชิกรัฐสภาที่เกี่ยวข้องได้ หากเขาไม่ปรากฏตัวในศาล โดยมีเงื่อนไขว่าการจับกุมจะต้องดำเนินการโดยตำรวจ” เขากล่าวกับ apakhabartv. เมื่อคืนที่เจอกัน (15 กันยายน 2566)
เขาพูดแบบนี้เมื่อถูกขอให้แสดงความเห็นเกี่ยวกับเอกสิทธิ์ของสมาชิกรัฐสภาไทยในรัฐธรรมนูญของประเทศ สิทธิพิเศษได้แก่:
“ในระหว่างการประชุม สมาชิกของกลุ่มสมาชิกสภาราษฎรหรือ รัฐสภา ไม่อาจถูกจับ คุมขัง หรือเรียกตัวมาสอบสวนในฐานะผู้ต้องหาในคดีอาญา เว้นแต่จะได้รับอนุญาตจากสภาที่เขาเป็นสมาชิก”
วันที่ 23 ส.ค. 2567 ศาลจังหวัดนราธิวาสพิพากษาว่ามีผู้ก่อเหตุทางอาญาโดยเจ้าหน้าที่รัฐบาลไทยในโศกนาฏกรรมที่ทำให้มีผู้เสียชีวิตจากภาวะขาดอากาศหายใจ 78 รายขณะถูกควบคุมตัว และอีก 8 รายถูกยิงเสียชีวิตเมื่อทางการพยายามสลายการชุมนุม .
หลังจากนั้น ศาลกำหนดให้วันที่ 12 กันยายน เป็นวันที่เจ้าหน้าที่ระดับสูง 7 คนซึ่งถูกครอบครัวของเหยื่อฟ้องร้องเพื่อเป็นพยาน
ได้แก่ ส.ส.จากพรรครัฐบาล พลเอก พิศาล วัฒนวงศ์คีรี วัย 74 ปี ซึ่งขณะเกิดเหตุเป็นผู้บัญชาการทหารภาคที่ 4 ประจำภาคใต้
แต่ทั้งหมดไม่ปรากฏ ทำให้ศาลออกหมายจับจำเลยอีก 6 คน อย่างไรก็ตาม ศาลได้มีหนังสือถึงรัฐสภาไทยเพื่อเพิกถอนเอกสิทธิ์ของ พลเอก พิศาล และสั่งให้ไปปรากฏตัวในศาล
แวยูแฮ ซึ่งเป็นโฆษกพรรคประชาชาติด้วย เตือนว่าบางคนกล่าวหาว่า วัน มูฮัมหมัด นอร์ ซึ่งเป็นผู้นำหลักของพรรคด้วย ว่าพยายามปกป้อง
พลเอก พิศาล
“กลุ่มนี้พยายามเชื่อมโยงประเด็นนี้เพื่อทำให้พรรคประชาชาติและผู้นำของเราเสื่อมเสียชื่อเสียง แต่ตอนนี้เรากำลังพูดถึงตามบทบัญญัติของกฎหมายและรัฐธรรมนูญแห่งชาติ” เขากล่าว






Leave a Reply