TANJUNG MALIM: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pameran Seni Visual Sempena Sambutan 55 Tahun Hubungan Diplomatik – Persilangan Budaya antara Malaysia dan Romania hari ini (5 September 2024).

Baginda berkenan merasmikan Pameran Seni Visual Sempena Sambutan 55 Tahun Hubungan Diplomatik – Persilangan Budaya antara Malaysia dan Romania atas inisiatif Institut Peradaban Melayu ( IPM) di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini.

Majlis yang diadakan di Auditorium Utama dan Galeri Seni, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu turut dihadiri oleh Duta Besar ke Malaysia iaitu dari Hungary, Turkmenistan, Ghana, Bangladesh, Ukraine, Zambia, Georgia, Maldives dan Sudan.

Ketua Jabatan Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan( ASWARA), Suzlee Ibrahim menyampaikan lukisan karyanya kepada Tuanku Zara.

Turut hadir isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin; Isteri Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja, Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah Md Nor; dan Pengerusi, Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah.

Duta Besar Romania ke Malaysia, Mrs Nineta Barbulescu menyifatkan jalinan hubungan di antara Romania dan Malaysia sejak 1969 membuktikan bahawa kedua-dua negara ini mempunyai ikatan persahabatan, kerjasama dan saling menghormati warisan budaya dan telah berkembang sehingga sekarang.

“Sepanjang 50 tahun yang lalu, pertukaran budaya, perkongsian akademik dan inisiatif ekonomi telah memperkayakan kehidupan rakyat kita, mencerminkan nilai bersama dan landskap budaya yang saling berkaitan antara satu sama lain.

“Saya teruja untuk melihat hasil seni lukisan yang dihasilkan oleh para karyawan seni lukis dari Malaysia mahupun Romania terutama sekali dari Tokoh Pelukis Negara, Ismail Embong.

“Majlis pameran yang diadakan ini sangat penting bagi terus memperkasa hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Romania yang sudah terjalin sepanjang 55 tahun ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, persamaan budaya yang dimiliki oleh Romania dan Malaysia akan mengeratkan hubungan yang bermakna dan berkekalan walaupun berada di sudut dunia yang berbeza.

“Di UPSI, kami mempunyai Galeri Seni yang menjadi platform utama kepada warga di UPSI untuk memupuk kreativiti dan dialog silang budaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, alam bidang pendidikan, program pertukaran pelajar dan perkongsian akademik seperti penyelidikan bersama, penerbitan dan penyeliaan antara universiti di Malaysia dan Romania akan memupuk generasi pemimpin yang akan datang serta memperkukuh semangat kerjasama antara negara kita.

Tuanku Zara Salim ketika melawat tapak pemvaksinan HPV.

Jelas beliau, hubungan pendidikan penting dalam memupuk persefahaman bersama bagi memastikan perkongsian ilmu berkembang maju.

Dr Md Amin berkata, program ini merupakan inisiatif transformatif hasil kerjasama strategik antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM).

“Program ini menjadi satu inisiatif yang akan menjadi pelengkap kepada program Imunisasi Kebangsaan dalam mendepani cabaran kesihatan di negara ini.

“Walaubagaimanapun, program ini bukan sekadar satu inisiatif kesihatan, tetapi langkah proaktif ke arah mencegah kanser serviks yang masih menjadi kebimbangan di Malaysia.

“Dengan menyediakan akses kepada pemvaksinan HPV, program ini bakal memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya bagi pencegahan kanser,” katanya.

Tuanku Zara Salim lukisan karya pelukis Malaysia dan Romania.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading