TANJONG MALIM: Mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghasilkan satu inovasi dalam pendidikan yang dikenali sebagai Kit KIMDSB bagi mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif kepada murid.

Kit Kedudukan Imam dan Makmum Dalam Solat Berjemaah (KIMDSB) merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dihasilkan bagi membantu guru mengajar murid berkenaan tajuk Kedudukan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah.

Pereka Kit KIMDSB, Ustaz Faiz Hilmi berkata melalui Kit tersebut akan meningkat kefahaman serta perkembangan kognitif murid dalam tajuk pembelajaran tersebut.

Dr Kama ( kiri) bersama Ustaz Faiz Hilmi yang menghasilkan Kit KIMDSB.

“Kit ini menjadi satu keperluan kepada kepada murid bagi memudahkan mereka menguasai tajuk KIMDSB sekaligus menjadi BBM kepada guru.

“Penghasilan Kit KIMDSB hanya menggunakan barang DIY sahaja seperti gambar laminasi, kad perkataan, putik kapas, pita pelekat, pita Velcro dan pistol gam lilin elektrik.

“Kit ini juga boleh digunakan kepada murid berpendidikan rendah seperti murid Sekolah Rendah Kebangsaan dan murid Sekolah Agama Rakyat (SRAR) yang mengambil subjek Pendidikan Agama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI, Dr. Kama Shaffeei berkata Kit KIMDSB ini berpeluang untuk dikomersialkan dan dijadikan BBM di semua sekolah seluruh Malaysia

“Murid berupaya mengusai tajuk dengan lebih mudah dan efektif sekali gus mampu menarik perhatian murid dalam pembalajaran,” ujar beliau.

One response to “Kit KIMDSB Inovasi Baharu Bantu Fahami Kedudukan Imam, Makmum”

  1. Terbaik. BBM yang dapat membantu murid tentang kedudukam imam dan makmum dalam solat 👍🏻

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading