
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, membatalkan program lawatan dan bantuan kepada penduduk di Selatan Thai – Pattani, Narathiwat dan Yala – kerana bimbang tahap keselamatan di ketiga-tiga wilayah itu.
‘Beyond Borders: Humanitarian Mission UPSI For Thailand 2024’ dirancang dengan kerjasama beberapa pihak, termasuk Apa Khabar TV, adalah Exco Kebajikan dan Perkhidmatan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2023/2024.
Program itu empat hari tiga malam itu pada awalnya dirancang diadakan pada hujung Mei lalu ditunda kepada November depan, namun dibatalkan terus oleh pihak UPSI dengan alasan keselamatan.

Ianya melibatkan penghantaran 15 pelajar UPSI untuk memberi semangat dan bantuan kepada penduduk dan sekolah agama yang terkesan akibat banjir di Narathiwat, Yala dan Pattani
Program itu bertujuan membudayakan sikap prihatin dan ambil cakna pelajar UPSI, fakulti, dan semua pihak terhadap masalah yang dihadapi oleh
umat Islam di sempadan Thailand di samping mencari solusi dan alternatif untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi membantu golongan ini.
Berkonsepkan University Social Responsibilty (USR) ianya melibatkan mahasiswa universiti yang menggunakan keupayaan dan komitmen mereka
untuk menggalakkan pelajar, dan kakitangan kampus menyediakan perkhidmatan sosial kepada komuniti sekaligus menguruskan program
penyampaian bantuan kemanusiaan bagi pihak universiti kepada mangsa yang terkesan akibat bencana.
Sasaran sumbangan dan bantuan ini adalah untuk sekolah agama dan masjid di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani di mana mereka memerlukan lebih 1,000 naskhah al-Quran dan muqaddam.
Bagaimanapun, Apa Khabar TV dimaklumkan bahawa pihak UPSI bimbang untuk mengambil risiko, apa lagi menghantar pelajarnya ke kawasan yang tiada jaminan keselamatan.
Difahamkan, pembatalan itu juga ada kaitan dengan beberapa siri serangan oleh kumpulan bersenjata terhadap pasukan keselamatan Thai, selain pengeboman yang turut menjadikan orang awam sebagai mangsa, sebelum ini.
Letupan bom motosikal di kawasan tumpuan ramai pada malam 6 Mei lalu di bandar Narathiwat (ibu wilayah) yang turut mencederakan dua rakyat Malaysia, mengejutkan banyak pihak dan mendapat liputan meluas media Thailand dan Malaysia.
Sebelum ini, kejadian seumpama itu lebih banyak tertumpu di kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, sejak awal bulan ini keganasan dan kekerasan sudah berkurangan susulan persetujuan yang dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama kali Ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai (JWG-PDP) Wilayah Sempadan Selatan Thailand antara Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dan Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thai (PEDP/RTG).
Mesyuarat diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Mei hingga 21 Mei lalu.






Leave a Reply