HAJI ADNAN Abdullah bakal genap 71 tahun Oktober depan. Isteri beliau pula, Hadibah Idris akan menjangkau 69 tahun.

Pasangan ‘Unta Kurus’ ini menjadi inspirasi kepada ramai apabila merentasi lapan negara pada tahun 2019 memandu kenderaan Ford Ranger yang turut berfungsi sebagai camper-van.

Destinasi mereka? Nawaitu adalah mengerjakan ibadah haji di Makkah. Ayat 27 Surah Al-Haj menjadi pedoman pasangan bekas pensyarah ini.

Haji Adnan Abdullah dan isteri Hadibah Idris.

Alhamdulillah. Harapan murni mereka termakbul – Allah mengizinkan dengan memudahkan banyak urusan ketika merentasi beberapa negara.

Namun, pandemik Covid-19 yang melanca seluruh dunia melembabkan perjalanan ‘Unta Kurus’ seterusnya.

Wakil Apa Khabar TV yang bertugas di New Straits Times pada 2019 ketika akhbar NST membuat liputan perjalanan Unta Kurus, ada menemui Haji Adnan di Taman Tun Dr Ismail pada 2022.

Banyak lagi yang perlu dipelajari daripada pengalaman Haji Adnan dalam menempuh pelbagai cabaran dan ujian.

Pada 2 Julai 2023, wakil Apa Khabar TV menghubungi Haji Adnan melalui WhatsApp.

Salam Che Adnan, maaf ganggu… kalau-kalau kita boleh publish something on your travels….you will not have the time to write fuller pieces now, may be a Caption story will do..a nice photo with a little description…nak inspire fellow Malaysians… Insya-Allah.

Haji Adnan Abdullah di India.

Beliau jawab. Boleh Tuan. Insyaa Allah.

Kami ada berbual menerusi telefon pada 13 Disember. Kisah menarik menanti.

Pada 12 Februari, Apa Khabar TV mula menerima gambar serta ulasan dari Haji Adnan. Beliau dan isteri di Kenya!

Tunggu kisah beliau akan disiarkan dalam Apa Khabar TV nanti.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading