Oleh Mohamad Iqal Syahmir Muzammir

SEPERTI yang hangat diperkatan sekarang ini, Afrika Selatan telah membuka langkah dengan memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

Pembunuhan yang dilihat kejam dan boleh diibaratkan sebagai satu operasi pembunuhan besar-besaran untuk menghapuskan rakyat dan etnik Gaza di Palestin, mesti ditentang.

Tindakan Afrika Selatan itu adalah satu permulaan yang sangat baik dalam usaha memberi tekanan kepada Israel supaya memberhentikan serangan secara kejam terhadap rakyat Palestin.

Ketua Pasukan Peguam Penyiasat Yayasan MyAqsa, Prof Datuk Rahmat Mohamad ada juga menyatakan bahawa tekanan mestilah terus diberikan kepada Ketua Pendakwaraya ICC supaya desakan untuk terus menyiasat kes Israel ini akan terus dilaksanakan dan juga terus kepada pertuduhan yang menunjukkan bahawa Israel sememangnya salah.

Beliau berkata demikian ketika muncul sebagai tetamu dalam program Agenda AWANI.

Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah konsisten dalam menunjukkan kekuatan solidariti terhadap rakyat Palestin kerana ia merupakan satu perkara yang sangat penting bagi memastikan kempen berkenaan kemanusiaan di Palestin tetap diteruskan sehingga berhentinya serangan Israel.

Kes genosid yang dibawa oleh saudara kita dari Afrika Selatan mestilah disokong dengan kekuatan yang penuh supaya keadilan yang kita inginkan akan dikecapi mungkin hasil daripada usaha yang dilakukan oleh mereka ini.

Kes ini telah dibentangkan pada 11 dan 12 Januari lepas di ICJ, The Hague. Afrika Selatan sebenarnya telah melakukan prosiding di ICJ sejak berbulan lalu di mana mereka memohon kepada pihak mahkamah untuk menyiasat kes jenayah genosid ini yang dilakukan oleh Israel.

Mereka juga mengatakan bahawa Israel telah melanggar konvensyen Genosid 1948 yang membawa perlunya kes ini dibicarakan secara lebih mendalam.

Angka korban terkini di bumi Gaza yang dilaporkan oleh Cinta Gaza Malaysia ialah seramai 20,000 lebih, manakala 59,000 orang cedera.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sentiasa menyokong sebarang gerakan yang menunjukkan solidariti kita terhadap rakan sesama Islam di Gaza. Berusahalah dalam apa jua cara supaya sumbangan kita ini dapat membantu mereka mengecapi kemerdekaan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading