Bukan tukang emas Arab Saudi buat Pintu Kaabah Kedua, tapi tujuh Muslim dari Thailand

NAMA saya Abdullah Naknawa, dilahirkan sebagai Abdullah,” katanya menggunakan nama Arab dihadapan nama Thai, Kathawut. Abdullah bermaksud ‘hamba Allah’ – nama yang popular dalam kalangan ibu bapa beragama Islam.

Dalam pertemuan Apa Khabar TV bersama Prof Abdullah baru-baru ini, banyak timbul beberapa isu, termasuk siapa sebenarnya yang membina Pintu Kaabah Kedua yang ada sekarang, dan asal usul beliau. Adakah beliau berbangsa Melayu atau berkuturunan Thai Muslim.

Seorang rakan menghantar link artikel Arab yang menyatakan seorang tukang emas, Ahmed bin Ibrahim Badr yang membuat dan menyiapkan Pintu Kaabah Kedua itu.

Namun, menurut Prof Abdullah, Ahmed bin Ibrahim Badr hanyalah perantara antara Raja Arab Saudi ketika itu – Raja Khalid bin Abdul Aziz Al-Saud (1975-1982).

“Saya Muslim Thai,” kata Profesor Abdullah namun tidak menolak kemungkinan keturunannya adalah Melayu berasal dari Selatan Thailand.

Adakah Prof Abdullah berbangsa Melayu yang berasal dari salah satu daripada tiga wilayah di Selatan Thai – Narathiwat, Yala dan Pattani?

Lebih tujuh dekad lalu atau tepatnya pada 1948, keluarga Nagnawa, merupakan sebuah keluarga Muslim, yang dikenali ramai di satu kawasan iaitu Suan Luang di Bangkok.

Keluarga Nagnawa menyambut kehadiran anggota baharu apabila Puan No Naknava melahirkan seorang bayi lelaki. Meberi penekanan untuk menyuburkan keimanan dalam seluruh ahi keluarga, sang suami, Saman Naknava memberi nama bayi yang baharu membuka mata melihat dunia sebagai Abdullah iaitu ‘Hamba Allah’.

Dahulunya, kawasan itu terletak dalam Daerah Phra Khanong, tetapi kini menjadi Wilayah Phra Nakhon, manakala, perkataan Mukim Suan Luang tidak lagi digunakan. Dipisahkan menjadi Daerah Suan Luang, penduduk tempatan memanggilnya ‘Ban Pa’, iaitu Soi Phatthanakan 20, Persimpangan 13.

Ketika menginjak dewasa ke peringkat sekolah, Abdullah Naknawa mendapat pendidikan di Sekolah Masjid Ban Pa. Kemudian, bapa serta saudara maranya memberikan tanah tambahan kepada sekolah berkenaan. Sekolah itu kemudian ditukar namanya kepada Sekolah Naknawa Uppatham (Masjid Ban Pa).

Menceritakannya dalam pertemuan dengan Apa Khabar TV, zaman kanak-kanak beliau seperti kebanyakan anak-anak Islam di Thailand.

Pelbagai maklumat berkaitan pembinaan Pintu Kaabah Kedua di simpan di Pusat Pembelajaran yang didirikan oleh Profesor Abdullah di Kaoyai, Pak Chong, Nakhon Ratchima, Thailand.

Terdapat sebuah rumah berhampiran masjid yang menjadi pusat pengajian agama berserta pelajaran am, mempelajari bahasa Melayu yang biasa digunakan oleh orang Islam Thai untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka serta bahasa Arab yang digunakan untuk mempelajari ilmu agama.

Walaupun anda berpegang teguh kepada agama Islam, tetapi untuk ke kota suci Makkah, masih jauh daripada jangkauan anak petani bermata hitam itu.

“Ketika itu, saya tidak pernah terfikir akan pergi ke Makkah. Ibu bapa kami miskin. Hanya seorang petani biasa.”

Namun, peluang yang diidam-idamkan oleh setiap umat Islam datang kepada hamba Allah ini lebih awal daripada jangkaan.

“Ketika itu saya sudah tamat Darjah 4 dan masih belajar bahasa Melayu. Belajar bahasa utama di sekolah biasa.

“Imam Abdur Rahman Pirmana, beliau adalah penganjur haji pada masa itu, mahukan 10 remaja dihantar belajar di Makkah pada tahun itu. Beliau menyediakan pengangkutan iaitu kapal dari Pelabuhan Khlong Toei, Bangkok ke Makkah,” cerita Profesor Abdullah lagi.

“Ayah saya datang bertanya sama ada saya mahu pergi belajar di Makkah. Ya! Saya setuju jadi saya mengembara dengan kapal bernama MV Hoi Ying,” Profesor Abdullah mengimbau kembali hari dia mula meninggalkan tanah kelahirannya.

Kapal keluli Hong Kong yang besar membawa keluarga Nagnawa dari Pelabuhan Khlong Toei. Belayar di lautan luas sehingga 18 hari mereka kemudian berlabuh di Pelabuhan Jeddah di Arab Saudi. Bertepatan masa untuk mengerjakan haji.

Itulah kali pertama 10 pemuda Thailand itu melihat kemegahan sebenar Kaabah. Ia bukan sekadar gambar berbingkai atau cetakan yang menghiasi masjid dan rumah umat Islam.

Semua pemuda Thailand itu kemudian selesai menunaikan ibadah haji. Berita sedih pula tiba – mereka tidak dapat belajar dengan sempurna di Makkah kerana tidak mendapat kebenaran.

“Pernahkah ada orang yang pergi belajar dan melarikan diri? Untuk tinggal di Arab Saudi, kita perlu meminta izin untuk berjumpa dengan Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi ketika itu.

“Baginda boleh memberi pendidikan formal di Makkah. Kita tidak perlu menjadi pelarian. Namun, selepas ibadah haji, Imam Abdur rahman memberitahu bahawa beliau tidak dapat bertemu Raja Faisal.

“Mereka yang ingin belajar di Makkah ketika itu terpaksa lari, tinggal secara bersembunyi. Saya menulis surat untuk memberitahu keluarga saya bahawa saya tidak dapat tinggal di Makkah dan terpaksa pulang.

“Ayah saya menyuruh saya kembali ke Thailand dan menyambung pendidikan Sekolah Teologi di Daerah Nong Chok. Juga di Bangkok,” jelas Profesor Abdullah lagi.

Persekitaran di penempatan Profesor Abdullah.

Sekolah Teologi pada masa itu adalah sekolah yang baharu dibuka, hanya menerima 30 pelajar dalam kelas pertamanya. Profesor Abdullah adalah orang ke-30 yang memohon, dianggap sebagai yang terakhir dari kelas pertama.

“Kebanyakan mata pelajaran yang dipelajari adalah bahasa Arab. Ayah saya bertanya sama ada saya faham. Saya menjawab bahawa saya belajar dengan mudah. Kerana ketika kami berada di Makkah selama berbulan-bulan saya telah mempelajari bahasa ini.”

Abdullah belajar di Seminari Teologi selama dua tahun, tetapi bapanya kemudian menghantarnya belajar di Madras, India selama dua tahun lagi, di mana dia memperoleh sijil pra-universiti. Di sini, beliau bertemu beberapa pelajar dari Malaysia dan mula berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia.

Namun kini, akibat kurang menggunakan bahasa Malaysia dalam perbualan harian, beliau semakin kurang fasih.

“Beliau menggunakan sijil tersebut untuk memohon belajar di Universiti Al-Azhar – institusi agama terkenal di Mesir yang mempunyai pelajar Islam dari seluruh dunia.

“Semua pelajar Thailand yang ke sana akan mula belajar di Tahun 1. Saya sepatutnya mengikuti pengajian selama empat tahun, tetapi oleh kerana saya mempunyai diploma dari India, saya bermula pada Tahun 3, belajar hanya dua tahun dan tamat dan kemudian memohon ijazah sarjana untuk setahun lagi.”

Kehidupan Profesor Abdullah pada usia itu penuh dengan warna warni yang mengujakan dengan ilmu pengetahuan pelbagai bahasa termasuk Melayu, Arab, Inggeris dan Urdu yang diperoleh dari India – semuanya menjadi sayap kepada beliau untuk terbang bebas ke seluruh negara di rantau itu, termasuk Jordan, Lubnan, Arab Saudi, Mesir dan banyak lagi negara lain, malah Jerman juga.

“Dulu tidak ada ATM dan ibu bapa kami tiada wang. Cukup untuk mencari pendapatan sementara universiti ditutup. Saya pergi membasuh pinggan di Bonn, Jerman.”

Berbalik kepada persoalan sama ada beliau adalah Melayu yang berasal dari Selatan Thailand. Penulis bertanya “Adakah profesor berbangsa Melayu?”

“Saya Thai Muslim.” Jawab beliau ringkas, namun beliau tidak menolak kemungkinan berbangsa Melayu dari Selatan Thailand. Ini kerana dalam sejara puluhan tahun lalu, ada Raja Thailand yang membawa orang Melayu di wilayah Selatan untuk tinggal di Bangkok.

“Ya! Mungkin… tapi keluarga saya tidak mempunyai sejarah dan salasilah keturunan, sama ada berasal dari Selatan Thailand atau tidak. Apa yang saya tahu, kami berasal dari Bangkok. Mungkin lah nenek moyang ada kaitan di Selatan Thailand.”

Untuk mengetahuinya Siri Bertemu Pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian IV, terus ikuti maklumat di dalam Apa Khabar TV.

Seperti biasa ucapan terima kasih kepada beberapa individu yang memberi bantuan, termasuk dari segi kewangan, untuk menjayakan Siri Bertemu Pembuat Pintu Kaabah Kedua.

Ikuti perkembangan dan maklumat semasa serta ilmiah dalam apakhabartv.com, termasuk kisah selanjutnya perjalanan saya ke Korat, dalam bahagian yang akan datang.

Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian I

A journey to Thailand to meet the professor behind the Kaaba Doors – Part 1

Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian II

One response to “Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian III”

Leave a Reply to [Gambar-gambar] Bahagian akhir siri bertemu pembuat Pintu Kaabah – 10 hari solat dalam KaabahCancel reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading