Profesor tinggal di kawasan berbukit

Seorang rakan lama bertanya “Tahu tak siapa yang buat Pintu Kaabah yang ada sekarang?”

Terkedu juga saya dengan soalan itu. Beberapa kali telah mengunjungi Makkah dan Madinah, dan banyak kali juga telah bersolat serta berbuka puasa di hadapan Kaabah di Masjidil Haram.

Namun, tidak terlintas langsung untuk mengetahui tukang dan individu yang bertanggungjawab mengukir serta menyiapkan Pintu Kaabah.

Akhirnya, jawapan yang diberi ialah “tidak tahu”.

Pintu Kaabah yang diperbuat daripada aluminium dan besi serta bersalut perak dan emas.

Kaabah adalah bangunan suci berbentuk kiub yang terletak di dalam Masjidil Haram, di tengah-tengah Kota Makkah yang menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam ketika menunaikan ibadah haji dan umrah – yang ada sekarang.

Sejak Nabi Ibrahim membina Kaabah dan menyeru umat Islam mengerjakan haji lebih 5,000 tahunlalu, pintunya telah menarik minat raja dan pemerintah sepanjang sejarah Makkah.

Pintu Kaabah (باب الكعبة), juga dikenali sebagai Bait ul-Allah terletak di dinding bahagian timur. Kaabah, dibina oleh Nabi Ibrahim. Dikatakan bahawa ketika itu Kaabah tidak mempunyai sebarang pintu, hanya portal di dinding timur untuk masuk dan keluar dari Bait ul-Allah.

Menurut laman sesawang madainproject, adalah dipercayai bahawa kali pertama Pintu Kaabah dipasang adalah pada sekitar 350 Masihi dan orang pertama yang membina pintu untuk al-Kaabah ialah Raja Tubba (430M), jauh sebelum Nabi Muhammad, menurut ahli sejarah dan apa yang dikatakan oleh Ibn Hisham. dalam biografinya.

Apa yang mengesahkan ini adalah riwayat al-Arzaqi (837M) yang disebut dalam Kitab Akhbar Makkah (Buku Laporan tentang Makkah) tentang Ibn Jarir al-Tabari berkata:

“Dikatakan bahawa Tubba adalah orang pertama yang menutupi al-Kaabah, dan dia menyuruh para pemimpin suku Jurhum untuk memelihara kesuciannya dan membuat pintu serta kunci untuknya.”

Pintu yang dibuat oleh Tubba yang diperbuat daripada kayu itu kekal di tempatnya sepanjang zaman jahiliah dan zaman awal Islam. Ia tidak diubah sehinggalah Abd Allah ibn al-Zubayr membuat pintu sepanjang 11 lengan, sekitar 684M (64 Hijrah).

Zaman Uthmaniyyah

Pintu Kaabah tertua yang diketahui dan boleh didata telah dipasang ketika pemerintahan Sultan Murad IV. Kerja-kerja pembinaan Pintu Kaabah ini bermula pada Oktober 1629 dan siap pada Mac 1630 (1040H).

Pintu yang sama bertahan di dinding timur selama lebih daripada 300 tahun, sehingga 1947 apabila Raja Abdul Aziz mengarahkan pembuatan pintu baru.

Diproses oleh tukang mahir Mesir, ia dihiasi dengan bentuk geometri yang disadur dengan 166 paun perak dan selebihnya disalut dengan emas, yang sesuai untuk reka bentuk kreatif.

Pintu Kaabah yang diperbuat daripada aluminium dan besi.

Pintu Pertama Zaman Arab Saudi

Pintu pertama pada era Arab Saudi telah dipasang semasa pemerintahan Raja Abdul Aziz, yang diperbuat daripada aluminium yang disokong dengan jeriji besi dan ditutup dengan plat perak bersalut emas, namun, kuncinya digunakan sejak tahun 1891.

Perlu diberi perhatian bahawa ketika era Arab Saudi, pintu Kaabah ditukar dua kali, sekali ketika pembesaran yang pertama dan sekali lagi ketika pembesaran kedua Masjid al-Haram.

Pintu khusus Bait ul-Allah ini, digunakan selama kira-kira tiga tahun sahaja, dan kini ditempatkan di Pameran Seni Bina Haramain.

Pintu Kedua Zaman Arab Saudi

Pintu semasa. Raja Khalid bin Abdul Aziz telah memerintahkan untuk diperbuat daripada emas oleh tukang emas Ahmed bin Ibrahim Badr. Jumlah emas yang digunakan di pintu adalah kira-kira 280 kilogram dengan kualiti 99.99. Jumlah kosnya ialah 13.420 juta riyal, tidak termasuk emas.

Pintu ini telah dipasang pada 13 Oktober 1979 dan masih wujud sehingga kini. Pintu itu, yang diperkenalkan oleh Almarhum Raja Khalid bin Abdul Aziz al-Saud, dianggap sebagai salah satu jisim emas terbesar di dunia kerana ia mengandungi 280 kilogram emas tulen.

Pintu Kaabah Kedua Zaman Kerajaan Arab Saudi yang kekal hingga kini diperbuat daripada kayu dari Thailand dan bersalut emas.

Pintu ini kekal hingga sekarang. Siapa yang bertanggungjawab mengukir, menyalutkannya dengan emas? Inilah yang ditemukan oleh Apa Khabar TV.

Mengikut sejarah, apabila Nabi Ibrahim membina semula Kabah bersama anaknya Nabi Ismail, baginda membuat dua portal; satu di dinding timur (yang digunakan hari ini) dan satu lagi di dinding barat.

Portal timur digunakan untuk masuk dan portal barat untuk keluar. Apabila Quraisy membina semula Kaabah pada 608M, mereka menutup pintu gerbang barat, mengecualikan bahagian utara bangunan dan dilingkari dengan tembok rendah (Hijir Ismail).

Skema ini kekal sehingga zaman ibn Zubayr, apabila dia mengembalikan pengubahsuaian Quraisy dan memasukkan Hijir Ismail (hatīm) ke dalam bangunan yang sepatutnya.

Selepas penaklukan semula Makkah oleh Bani Umayyah, gerbang barat ditutup dengan tembok, dan Hijir Ismail dipisahkan semula daripada Kaabah.

Selepas mencari sedikit maklumat dan berhubung dengan saudara mara di Thailand, saya kemudian berbincang dengan saudara Rashid Yusoff berkaitan individu yang bertanggungjawab menyiapkan Pintu Kaabah yang ada sekarang.

Kami membuat keputusan untuk menemuinya, namun ada beberapa perkara yang perlu diatasi terlebih dahulu, terutamanya kos dan bahasa percakapan (Bahasa Melayu, Thai dan Inggeris). Ahamdulillah ianya dapat diatasi.

Individu berkenaan yang bergelar Profesor, tinggal di satu kawasan berbukit di Timur Laut Thailand – yang jarak perjalanan dari Shah Alam ke tempat tinggal beliau ialah kira-kira 4,428.2 kilometer pergi dan balik yang saya lalui untuk berurusan.

Jarak perjalanan yang perlu ditempuh sebelum dapat bertemunya ialah:

Shah Alam ke Perlis = 507.2km
Perlis ke Narathiwat, Thailand = 289.6km
Narathiwat ke Bangkok -= 1,158.3km
Bangkok ke Nakhon Ratchasima = 259km.

Penat mengerah tenaga 63 tahun, tetapi berbaloi. Gembira dapat bertemu individu yang bertanggungjawab membawa enam tukang (tiga tukang kayu dan tiga tukang emas) – Melayu Thailand – yang menyiapkan Pintu Kaabah Kedua Zaman Arab Saudi. Pintu yang kekal hingga kini.

Paling penting, ucapan terima kasih kepada beberapa individu yang memberi bantuan, termasuk dari segi kewangan, untuk menjayakan Siri Bertemu Pembuat Pintu Kaabah.

Ikuti perkembangan dan maklumat semasa serta ilmiah dalam apakhabartv.com, termasuk kisah selanjutnya perjalanan saya ke Korat, dalam bahagian yang akan datang.

6 responses to “Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian I”

  1. […] Siri Bertemu Pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian IA journey to Thailand to meet the professor behind the Kaaba Doors – Part 1 […]

  2. […] Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian I […]

  3. […] Profesor tinggal di kawasan berbukit A journey to Thailand to meet the professor behind the Kaaba Doors – Part 1 Daripada pemandu pelancong kepada ketua pasukan pembina Pintu Kaabah Kedua Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian III […]

  4. […] Siri bertemu pembuat Pintu Kaabah Kedua – Bahagian I […]

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading