Industri pelancongan di dalam negeri semakin rancak, bilik-bilik hotel tidak lagi mencukupi untuk menampung jumlah tetamu terutama ketika musim cuti dan hari perayaan.
Justeru, homestay menjadi tumpuan kerana ia boleh mengekalkan suasana seperti di rumah sendiri. Bagaimanapun, tetamu tetap akan mencari sesuatu kelebihan yang boleh menyemarakkan lagi percutian mereka.
Inginkan kelainan di dalam kemudahan yang disediakan di homestay anda? Atau satu ciri estetik di dalam usaha menarik lebih ramai tetamu?
MrPool Fiber Services menyediakan khidmat membina kolam renang di dalam kawasan rumah, terutama di homestay yang mahukan kelainan dan selangkah lebih maju dari yang lain.
Pengasas, Jefree Saly berkata syarikatnya yang ditubuhkan pada tahun 2021 telah membina lebih dari 80 kolam renang fiber pelbagai saiz dan hasilnya – tuan punya kediaman akui tempat mereka menjadi lebih premium dan kemudahan ini mampu menaikkan nilai premis.
“Jika dahulu, kebanyakan homestay yang kita pernah duduki hanya menyediakan kemudahan asas sebuah rumah, kini kolam renang menjadi tarikan tambahan terutama bagi yang berkeluarga dan anak-anak muda yang datang,” kata beliau.
Kolam renang memberi kepuasan kepada tetamu kerana di situlah mereka dapat bermandi-manda sambil berkumpul beramai-ramai ketika cuti.
Menurut Jefree, kolam renang yang diperbuat dari fiber kebiasaannya boleh tahan sehingga 35 tahun tanpa selenggaraan rumit seperti kebanyakan orang fikirkan.

Kolam yang sedang dalam pembinaan. Kehadiran kolam renang fiber menaikkan nilai dan seri sesebuah rumah
Sebaliknya, tuan rumah boleh melakukan servis sendiri, alat-alatan yang diperlukan termasuk pembersih vakum dan hanya perlu memeriksa tahap klorin di dalam air bagi memastikan dinding kolam tidak berkulat.
“Kolam hanya perlu diselenggara oleh pihak Mr Pool Fiber Services tiga tahun sekali di mana setiap inci kolam diperiksa dan dibersihkan,” katanya.
Jeffery berkata terdapat juga rumah-rumah persendirian yang menggunakan perkhidmatan syarikat beliau untuk membina kolam renang di dalam perkarangan masing-masing.
Saiz sesebuah kolam renang ditentukan oleh tuan rumah. “Kami boleh membina kolam dengan spesifikasi yang diminta, tidak kira besar atau kecil.
Sebagai langkah keselamatan, pihak Mr Pool Fiber menyarankan kepada pelanggan untuk membina kolam renang dengan kedalaman tidak lebih empat kaki. Bagaimanapun, kedalaman sesebuah kolam bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Ada yang membina kolam renang khas untuk kanak-kanak. Ada juga kolam yang dibahagi kepada bahagian kanak-kanak dan dewasa, menurut citarasa tuan rumah.
“Kami pernah membina sebuah kolam terapi untuk haiwan peliharaan seperti anjing di sebuah pusat di Johor.
“Kolam tersebut boleh dialih jika pusat terapi tersebut berpindah lokasi kemudian hari,” tambah beliau.
Jefree yang berusia 46 tahun mula berkecimpung di dalam bidang ini sejak 2021 dan mempunyai beberapa pasukan pekerja, sedia bergerak ke mana-mana lokasi di dalam negara.
“Setakat ini, kami hanya belum menembusi pasaran Sabah dan Sarawak. Kami mempunyai pelanggan di merata negeri yang rata-ratanya berpuas hati dengan hasil kerja kami,” kata Jefree.
Setiap kolam renang mampu disiapkan di dalam tempoh sebulan, bergantung kepada keadaan cuaca. Kolam fiber yang dibina di kilang yang terletak di Bukit Beruntung, Rawang akan dibawa ke lokasi menaiki lori.
Jefree menambah apa yang periu di dalam pembinaan sebuah kolam renang adalah sistem pam dan penapis yang sesuai untuk sesebuah kolam.

Pam air yang diletak kemas di tempat berhampiran
Jefree turut meyakinkan bahawa penyelenggaraan sebuah kolam renang tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya sedikit peningkatan di dalam bil air dan elektrik.
“Peningkatan bil tidak ketara, hanya di dalam RM30 sebulan. Sedangkan dengan adanya kolam renang di homestay anda, tetamu tidak teragak-agak untuk membayar lebih, sesuai dengan peningkatan kemudahan yang memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada tetamu.
Jika sesiapa yang berminat untuk membina sebuah kolam renang di kediaman mereka, boleh hubungi Jefree Saly di:
0103320232
Emel: mrpoolfiber@gmail.com
Tiktok : MRPOOL FIBER OFFICIAL

Kolam yang dibina di dalam bangunan di mana pengguna boleh menggunakannya bila-bila masa

Sebuah kolam yang siap dibina, memberi kepuasan kepada tuan rumah





Leave a Reply