Penjara Pusat Narathiwat yang menerima pengiktirafan daripada Kerajaan Thailand sebagai penjara contoh Ramadan – meneruskan tradisinya meraikan puluhan banduan dalam program berbuka puasa bersama pemimpin tempatan dan kakitangan kerajaan, semalam (16 Mac 2026).

Diadakan di dalam kawasan kompleks penjara itu sendiri, program berkenaan turut dihadiri Presiden Pusat Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Kuseng Yawohasan; Pengarah Imigresen Wilayah Narathiwat, Kolonel Polis Poolsak Kaewseewhite; Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat; dan Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep.

Tetamu kehormat serta banduan yang diraikan itu dihidangkan dengan nasi kawmok, kueh mueh dan buah-buahan.

Presiden Pusat Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Kuseng Yawohasan.

Berucap pada program berkenaan, Kuseng mengingatkan banduan menjadikan penjara sebagai ‘universiti’ untuk mereka belajar dan menjadikan kesilapan dilakukan sebelum ini sebagai panduan.

“Anda semua tidak pernah diketepikan. Buktinya hari ini, anda yang bergelar banduan tetap diraikan pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan kakitangan kerajaan.

“Kesilapan yang dilakukan hingga membawa anda ke penjara sudah ditakdirkan. Jangan mudah putus asa. Teruskan bersemangat untuk keluar dan menjadi anggota masyarakat yang mampu memberi khidmat kepada orang ramai, bukan menyusahkan mereka.

“Kami mahu penjara menjadi tempat pemulihan… universiti yang akan memberi latihan kepada banduan supaya apabila keluar mereka akan menjadi individu yang lebih baik di dalam masyarakat.

“Kita mahu mereka yang melakukan kesilapan boleh kembali ke pangkal jalan serta mengubah cara hidup mereka… ianya masih belum terlambat,” katanya.

Kuseng berkata, di negara lain, termasuk Malaysia mungkin tidak ada majlis berbuka puasa antara pemimpin dan banduan seperti dilakukan di penjara Narathiwat.

Sementara itu, Komander Surin berkata, program itu bertujuan membuktikan kepada masyarakat bahawa penjara bukan setakat tempat untuk menghukum semata-mata.

“Sebaliknya,penjara juga menjadi tempat untuk memulihkan pesalah, khususnya dalam hubungan mereka dengan Tuhan, selain memberi kesedaran dan kemahiran.

“Contohnya, pada sepanjang bulan puasa kali ini, banduan beragama Islam di penjara ini amat digalakkan supaya memperbanyakkan ibadat.

“Solat Tarawih 20 rakaat juga diadakan setiap malam… kelas pengajian agama juga diadakan seperti biasa,” katanya.


นักโทษเรือนจำกลางนราธิวาสร่วมพิธีละศีลอดร่วมกับผู้นำ

เรือนจำกลางนราธิวาส ซึ่งได้รับการยอมรับจากรัฐบาลไทยให้เป็นเรือนจำต้นแบบสำหรับเดือนรอมฎอน ได้สืบสานประเพณีเฉลิมฉลองนักโทษหลายสิบคนในโครงการละศีลอดร่วมกับผู้นำท้องถิ่นและพนักงานของรัฐ เมื่อวานนี้ (16 มีนาคม 2569)

ซึ่งจัดขึ้นภายในเรือนจำ โดยมีนายกูเซง ยาวอหะซัน นายกองค์การบริหารส่วนจังหวัดนราธิวาสเข้าร่วมด้วย ผู้กำกับการตรวจคนเข้าเมืองนราธิวาส พ.ต.อ.พูลศักดิ์ แก้วสีขาว; รองประธานสภาศาสนาอิสลามจังหวัดนราธิวาส, อับดุล อาซิซ เจ๊ะมามะ; ผู้ตรวจการเรือนจำจากกทม. ผู้บังคับการเรือนจำจังหวัดนราธิวาส สุรินทร์ จันทร์เทพ และ
แขกผู้มีเกียรติและตัวแทนนักโทษต่างเสิร์ฟข้าวหมก ขนมของหวาน และผลไม้

เมื่อพูดถึงโครงการ กูเซง ได้ให้โอวาสเตือนนักโทษให้เปลี่ยนคุกให้เป็น ‘มหาวิทยาลัย’ เพื่อให้พวกเขาได้เรียนรู้และใช้ความผิดพลาดในอดีตเป็นแนวทาง

“พวกคุณทุกคนไม่เคยถูกทิ้ง หลักฐานก็คือวันนี้ พวกคุณที่เป็นนักโทษยังคงเฉลิมฉลองในพิธีละศีลอดร่วมกับผู้นำและพนักงานของรัฐ”

“ความผิดพลาดที่ทำให้คุณติดคุกนั้นถึงวาระแล้ว อย่ายอมแพ้ง่ายๆ ยังคงกระตือรือร้นที่จะออกไปและเป็นสมาชิกของสังคมที่สามารถให้บริการประชาชนได้ไม่สร้างปัญหาให้กับพวกเขา

“เราอยากให้เรือนจำเป็นสถานที่ฟื้นฟู…มหาวิทยาลัยที่จะฝึกอบรมผู้ต้องขังให้ออกมาเป็นคนที่ดีขึ้นในสังคม

“เราต้องการให้คนที่ทำผิดพลาดสามารถกลับไปสู่พื้นฐานและเปลี่ยนวิถีชีวิตของพวกเขา… มันไม่สายเกินไป” เขากล่าว

กูเซง กล่าวว่าในประเทศอื่นๆ รวมทั้งมาเลเซีย อาจไม่มีพิธีละศีลอดระหว่างผู้นำและนักโทษเหมือนที่ทำในเรือนจำนราธิวาส

ขณะเดียวกัน ผบ.สุรินทร์กล่าวว่า โครงการนี้มีจุดมุ่งหมายเพื่อพิสูจน์ให้ชุมชนเห็นว่าเรือนจำไม่ได้เป็นเพียงสถานที่ลงโทษเท่านั้น

“ในทางตรงกันข้าม เรือนจำยังเป็นสถานที่สำหรับฟื้นฟูผู้กระทำผิด โดยเฉพาะอย่างยิ่งในความสัมพันธ์ของพวกเขากับพระเจ้า นอกเหนือจากการให้ความรู้และทักษะ

“ตัวอย่างเช่น ในช่วงเดือนถือศีลอดนี้ นักโทษชาวมุสลิมในเรือนจำนี้ได้รับการสนับสนุนอย่างยิ่งให้เพิ่มการสักการะของพวกเขา

“การละหมาดตารอเวียะ 20 รอกาอัตจะจัดขึ้นทุกคืน…ชั้นเรียนศาสนาก็จัดขึ้นตามปกติ” เขากล่าว

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading