Ketenangan, keselesaan dan pensyarah yang sentiasa membantu pelajar, membuatkan dua gadis dari Sabah ini bersyukur dengan kehidupan di ELMU University yang begitu kondusif untuk menelaah pelajaran.

Universiti yang terletak di dalam kawasan hijau yang luas dan diteduhi pokok buah-buahan menyediakan suasana tenteram dan damai, diiringi kicauan burung, jauh dari hingar-bingar kota dan bandar.

Nurul Norhanisah Huseng, 20, berkata keadaan sebegini memang sesuai dengan jiwanya, memberi ketenangan untuk belajar.

Anak ke 10 dari 13 orang adik beradik dari Tawau, Sabah ini berkata memang tidak pernah termimpi akan dapat belajar di dalam suasana sebegini, menyamakan dormitori yang beliau tinggal bersama-sama seperti bilik hotel mewah.

Nurul Norhanisah Huseng

“Bilik yang saya duduki sekarang dilengkapi tandas, dua katil bujang dan berkarpet. Ini memberikan keselesaan maksimum kepada kami, sesuai untuk mengulangkaji pelajaran di waktu malam,” katanya di dalam satu pertemuan bersama apakhabartv.com baharu-baharu ini.

Beliau yang sedang melanjutkan pelajaran Bachelor in International Law Enforcement di universiti yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan berkata kemudahan yang disediakan jarang terdapat di universiti-universiti swasta.

“Kami tidak sabar untuk berlatih menembak di dalam sebuah bilik menembak maya yang sedang dibina di kampus.

“Kami turut mengambil bahagian di dalam sukan memanah yang sering diadakan pada waktu riadah. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti bola jaring atau ke gimnasium untuk mengeluarkan peluh selepas menghadiri kelas di siang hari,” kata Norhanisah yang bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai Imigresen apabila tamat pelajaran nanti.

Beliau mendapat restu dari keluarga di Tawau yang turut gembira apabila diterima masuk ke ELMU.

Rakan beliau, Siti Nabilah Lai Mei Lun, 20 yang berasal dari Kota Kinabalu berkata beliau terkejut apabila diberi tempat penginapan yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

“Bilik penginapan kami luas dan hanya menempatkan dua orang,” kata anak bongsu dari empat orang adik beradik.

Siti Nabilah yang bercita-cita untuk menjadi pegawai Imigresen berkata beliau pasti akan mengwar-warkan kelebihan ELMU kepada rakan taulan dan saudara-mara apabila pulang berHari Raya nanti.

Siti Nabilah Lai Mei Lun

“Memang saya jatuh cinta pandang pertama apabila melawat kampus. Dewan dan bilik kuliahnya luas dan begitu selesa, menariknya kos untuk belajar di sini memang “mampu milik”,” kata beliau.

Menariknya kata beliau, di dalam kawasan kampus, terdapat sebuah kolam renang bersaiz Olimpik untuk warga ELMU beriadah dan seolah-olah berada di dalam kebun buah-buahan.

Kampus ELMU University yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pelajar

Terdapat sebuah mini stadium untuk pelajar beriadah, termasuk sukan memanah, bola jaring dan gimnasium

“Bandar Enstek juga terletak berdekatan, tetapi kami jarang keluar kerana hampir semua keperluan ada di kampus,” tambah beliau.

Mengenai pensyarah yang ada, Siti Nabilah berkata mereka semua berpengalaman dan sentiasa menghulur bantuan jika perlu.

“Mereka begitu prihatin terhadap kebajikan pelajar dan kami merasa bersyukur dengan segala yang tersedia untuk kami di sini,” kata beliau mengakhiri perbualan.

Pintu masuk ke ELMU University yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading