Tak kan nak lepak aje? Tak kan nak tidur sahaja? Tak kan nak main game sepanjang masa?
Soalan-soalan sebegini sering dilemparkan kepada calon-calon SPM, sebaik sahaja menghadapi kertas terakhir di dalam peperiksaan.
Kini, bukan masa untuk bersantai, atau mencuri masa untuk berehat, sekarang adalah masa untuk “Siapa cepat dia dapat.” Jika terlambat, pasti tercicir.
Tentu tersemat di dalam hati setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, memastikan masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang, tetapi di mana permulaannya.
Jika anda masih tercari-cari hala tuju dan profesion apakah yang sesuai, sertailah ELMU University, sebuah institut pengajian tinggi yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
ELMU Consulting Group (ECG) kini memberi ruang kepada golongan ini menjenguk kehidupan sebagai mahasiswa, hanya dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan (trial exam). Pelajar akan diberi pendedahan di dalam bidang penguatkuasaan dan pentadbiran.
Memulakan operasi pada tahun 2022, ELMU yang memberi penekanan kepada bidang Penguatkuasaan, Pengurusan dan Kepimpinan mempunyai tenaga pengajar yang terdiri dari golongan profesional industri berkaitan iaitu bank dan agensi-agensi beruniform seperti PDRM, Bomba, APM dan SPRM.
Timbalan Pengarah ELMU Consulting Group, Kapt (PA) Dr Syed Fahmi Syed Abdul Rahman berkata, mereka akan didedahkan kepada kemahiran merancang, mengurus perubahan dan penetapan matlamat untuk menghadapi masa depan yang mencabar sebagai persediaan untuk masuk unversiti selepas memperolehi keputusan SPM.
“Mereka boleh terus sertai ELMU University selepas mendapat keputusan SPM dengan pengalaman yang ditimba dari program ini.
“Pemikiran kritikal dan analitikal, serta kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial turut diberi penekanan.
“Di antara keistimewaan program ini ialah lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen untuk taklimat rondaan dan forensik, aktiviti tiga hari dua malam bersama Pasukan Bomba dan lawatan ke Pusat Tahanan/Depot Imigresen,” tambah beliau.
Para peserta akan turut diberi kursus kepimpinan untuk pengurusan konflik dan krisis, kursus pertolongan cemas dan asas pertahanan diri iaitu silat dan karate.
Turut disediakan ialah forum yang bertajuk “Kerjaya di PDRM, APM, SPRM” dan sesi perkongsian “My Journey in Law Enforcement”.
Para peserta turut diberi Kemahiran di dalam penjagaan imej dan etika profesional, interaksi dan Kemahiran komunikasi.
Dr Syed Fahmi menambah, bukan itu sahaja, turut tersedia ialah bengkel penulisan profesional, cara penyampaian maklumat yang betul serta pengurusan emosi dan tekanan.
Universiti yang terletak di dalam kawasan hijau, dikelilingi pokok buah-buanan turut menyediakan upacara graduasi pelajar yang mengambil bahagian di akhir program dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang menjalin kerjasama strategik dengan institusi terkemuka seperti Putra Business School (PBS) yang membolehkan ELMU menawarkan program BBA dan MBA.

Sekumpulan pelajar sedang berbincang di kampus yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
ELMU turut menjalin kerjasama antarabangsa dengan University of Nottingham dan Staffordshire University di United Kingdom bagi penyelidikan bersama, pertukaran pelajar dan pensyarah serta rangkaian akademik serantau, khususnya di sdalam bidang sains penyiasatan, pembangunan mampan dan tadbir urus.
Tempat tinggal selesa disediakan dan aktiviti ko-kurikulum turut diberi pendedahan. Di sini, pelajar tidak hanya berkurung di dalam dewan kuliah sepanjang masa, masa turut diperuntukkan untuk tujuan beriadah.
Kemudahan termasuk kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, trek larian, gelanggang tenis, skuasy, badminton serta sebuah mini stadium — menggalakkan kesihatan fizikal, sukan, kesejahteraan dan pembangunan seimbang pelajar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kapt (PA) Dr Syed Fahmi Syed Abdul Rahman di 60143019370.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk memanah di ELMU University






Leave a Reply