Oleh Ku Lan

Selepas dilanda strok, bukan kekuatan fizikal saja yang hilang – semangat pun jatuh.
Jadi kalau anda pernah rasa patah atau hilang arah – percayalah, saya pun pernah berada di tempat yang sama. Yang penting kita terus bergerak walaupun perlahan.
Saya pilih aktiviti yang buat saya rasa manusia, bukan pesakit. Saya mula dengan benda paling mudah: tarik nafas.
Bunyinya macam remeh, tapi selepas strok, nak tarik nafas panjang pun rasa macam mendaki gunung.
Breathing exercise ni yang buat saya tak mudah panik dan bagi tenaga sedikit demi sedikit.
Saya belajar semula cara tubuh saya bergerak.
Stretching ringan – angkat tangan, pusing bahu, gerakkan kaki sikit-sikit. Setiap inci pergerakan rasa macam kemenangan. Kadang-kadang sakit, tapi perkembangan itu tetap ada… walaupun perlahan.
Kerusi menjadi “gym” pertama saya. Chair exercise memang penyelamat. Tak perlu berdiri lama, tak perlu takut jatuh. Tapi otot tetap kuat, badan tetap panas, dan keyakinan tu datang balik.
Saya juga keluar rumah sebab rindu rasa angin dan suasana luar. Bukan untuk jogging. Bukan hiking. Cukup dengan berjalan perlahan beberapa minit, ikut kemampuan. Tapi nikmat dia… Masya-Allah. Macam hidup “ON” balik selepas lama terpadam.
Kadang-kadang saya buat mini workout sambil dengar lagu-lagu lama.. Yang penting: saya rasa diri saya kembali wujud… bukan sekadar bertahan hidup.
Jadi mulakan dengan aktiviti kecil, rutin kecil, kemenangan kecil… percayalah, semangat tu perlahan-perlahan akan hidup semula.
Gambar Utama: Penulis santai bermain snooker untuk merehatkan minda dan melatih semula tubuh untuk bergerak seperti sebelumnya.






Leave a Reply