BARU-BARU ini tular di media sosial tentang seorang warga Malaysia sedang membuat siaran langsung (live) seorang diri yang berlatar belakangkan seorang Wanita Rusia di kedai makan . Menurut penonton yang melihat siaran langsung itu berkata lelaki tersebut melakukan perbualan berunsur lucah dan telah diketahui oleh Wanita tersebut. Laporan Polis telah difailkan terhadap lelaki tempatan tersebut kerana telah menjatuhkan maruah seorang Wanita.
Tindakan tersebut mencetuskan kecaman meluas daripada Masyarakat , khususnya lelaki tersebut merupakan seorang Melayu dan Islam . Perkara ini yelah mencemarkan imej Islam dan nilai moral Masyarakat Malaysia . Isu ini bukan sahaja melibatkan persoalan akhklak individu , namun turut memberi Kesan terhadap maruah umat Islam dan imej negara di mata dunia.
Tidaklah diragui jika terdapat segelintir Masyarakat yang takut kepada orang Islam kerana sikap Muslim itu sendiri yang menimbulkan rasa tidak yakin untuk mereka percaya kepada Islam. Lebih lagi Islam itu agama yang suci dan perlu dilindungi oleh semua umat masyarakat. Perbuatan membuat kandungan lucah secara terbuka lebih lagi di kedai makan sangatlah tidak sopan dan meruntuhkan nilai malu dan akhlak yang semakin membimbangkan.
Dalam konteks Islam , akhlak adalah asas kepada peribadi seorang Muslim .Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat al-Bukhari). Tindakan itu jelas bertentangan dengan prinsip haya’ yang menjadi benteng daripada dosa maksiat.
Perkara ini juga menjejaskan nama individu yang terlibat dalam video live itu dan telah tular di media sosial. Bahkan seperti yang diketahui penyebaran di media sosial ini sangat cepat dan mudah didapati oleh semua orang dari setiap pelusuk dunia . Dengan hanya mengetik di hujung jari semuanya dapat dilihat oleh setiap peringkat umur. Pengaruh media sosial ini mampu menghancurkan kehidupan seseorang malahan dapat mematikan jiwa yang sedang berusaha untuk terus hidup Meskipun terdapat kebaikan alam maya ini dari aspek jual beli produk makanan , Kesihatan , sukan dan sebagainya.
Terlalu ramai pengguna yang mengejar populariti dan tontonan tanpa memikirkan batas agama atua moral . Dalam kes ini , si pelaku dilihat seolah-olah bangga menyiarkan aksi tidak senonoh itu secara tidak langsung meraih lebih ramai penonton atas sikap tidak cerdik pelaku . Sedangkan tindakan itu termasuk dalam kategori fahisyah yang ditegah keras dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 33 bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad: Tuhanku hanya mengharamkan perkara yang keji, sama ada nyata atau tersembunyi. “
Kesan utama daripada tindakan seperti ini ialah pencemarah imej Islam. Apabila pelaku dikenal pasti sebagai seorang Muslim, Masyarakat luar mudah mengaitkan tingkah laku tersebut dengan kelemahan moral umat Islam secara keseluruhan. Selain itu , tindakan sedemikian boleh menimbulkan fitnah terhadap institusi Islam dan nilai budaya Malaysia yang berasaskan adab dan tatasusila.
Ini memberi kesan buruk kepada generasi muda yang mungkin menganggap perbuatan lucah di media sosial sebagai sesuatu yang biasa atau “trending” . Kerosakan akhlak akhirnya membawa kepada keruntuhan Masyarakat jika tidak dikawal dengan Pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang. Kes ini disiasat mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 iaitt penggunaan tidak wajar kemudahan rangkain atau perkhidmatan untuk menyebarkan kandungan lucah dan tidak berasas.
Untuk menangani isu seperti ini , beberapa Langkah perlu diambil. Pertama , Pendidikan akhlak dan digital Islam perlu diperkasa sejak peringkat sekolah agar Masyarakat faham tanggungjawab mereka sebagai pengguna media sosial. Kedua penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan secara tegas supaya menjadi pengajaran kepada Masyarakat. Dan terakhir sekali, institusi dakwah dan pihak berkuasa agama boleh memperluas kempen kesedaran tentang Kejatuhan akhlak Muslim pada keburukan dunia digital.
Islam menuntut kita untuk belajar menghormati orang dan menjaga maruah, malu dan bertanggungjawab sosial . Umat Islam perlu sedar bahawa setiap perbuatan ini pasti ada balasannya di dunia dan di akhirat. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan Bahasa , masyarakat perlu sama-sama saling menghormati dan berkata baik antara satu sama lain . Oleh itu , jagalah maruah diri dan imej Islam Bersama bagi memastikan Masyarakat Muslim terus dihormati dan tidak dipandang hina di mata dunia .
Ummi Solehah binti Kamarulazahar
Pelajar Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam, Usuluddin
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya






Leave a Reply