ไม่ว่าการเจรจาสันติภาพไทยใต้ที่จะมีขึ้นในเดือนธันวาคมนี้จะดำเนินต่อไปในอนาคตหรือไม่ ก็ยังขึ้นอยู่กับรัฐบาลใหม่ที่จะจัดตั้งขึ้นหลังการเลือกตั้งของไทยที่จะจัดขึ้นในเร็วๆ นี้

และควรจำไว้ว่าทุกครั้งที่รัฐบาลไทยเปลี่ยนมือ ทุกครั้งที่กระบวนการเจรจาสันติภาพจะหยุดลง ในทำนองเดียวกันทีมที่จะเป็นตัวแทนของรัฐบาลก็จะเปลี่ยนไปเช่นกัน

คณะกรรมการเจรจาสันติภาพชายแดนภาคใต้ชุดใหม่ นำโดยพลเอก สมศักดิ์ รังสิตา เป็นคณะกรรมการชุดที่ 6 ในรอบ 12 ปีนับตั้งแต่รัฐบาลเริ่มเปิดการเจรจาอย่างเป็นทางการกับขบวนการปลดปล่อยปาตานีในปี 2556 ในสมัยรัฐบาลยิ่งลักษณ์ ชินวัตร

คณะกรรมการชุดใหม่นี้ได้รับการแต่งตั้งโดย ‘รัฐบาลสี่เดือน’ นำโดยนายกรัฐมนตรี อนุทิน ชาญวีรกูล เมื่อได้รับเลือกเป็นนายกรัฐมนตรีในวันที่ 7 กันยายน อนุทินสัญญาว่าจะยุบสภาภายในสี่เดือน

“ตามคำสัญญาดังกล่าว รัฐสภาไทยจะถูกยุบในเดือนมกราคมปีหน้า จะมีการเลือกตั้งและจะมีการจัดตั้งรัฐบาลใหม่”

“ในฐานะรัฐบาลชั่วคราวจำเป็นต้องจัดการกับประเด็นใหญ่และสำคัญเท่านั้นซึ่งเป็นเรื่องเร่งด่วนในการเตรียมการเลือกตั้งหรือจัดการกับปัญหาเร่งด่วนและหลีกเลี่ยงไม่ได้โดยไม่ต้องพูดถึงนโยบายที่ต้องใช้เวลาในการแก้ไข

“แม้จะตั้งคณะกรรมการเสวนาขึ้นแล้ว แต่การประชุมเจรจาแต่ละครั้งก็ใช้เวลานานพอสมควร การเสวนาต้องใช้ความต่อเนื่อง ความไว้วางใจ และผลลัพธ์ เพราะต้องมีการตกลงและการเจรจาต่อรอง

“หากรัฐบาลมีวาระเพียง 4 เดือน การเจรจาอาจมีได้เพียงครั้งเดียว มันจะบรรลุผลอย่างสันติหรือไม่?

“หรือหากอีกพรรคหนึ่งประสบความสำเร็จในการจัดตั้งรัฐบาล พวกเขาจะยังคงอยู่ในคณะกรรมการสันติภาพชุดปัจจุบันหรือไม่” กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ สมาชิกสภาผู้แทนราษฎรนราธิวาส (เขต 5) กล่าวเมื่อถูกขอให้แสดงความเห็นเกี่ยวกับการเจรจาสันติภาพภาคใต้ของไทยในสภาวะที่ไม่มั่นคงของรัฐบาลไทยในปัจจุบัน

เขาซึ่งเป็นที่รู้จักในนาม แวยูแฮ ในหมู่ชาวภาคใต้ของประเทศไทย อธิบายว่าการเจรจาสันติภาพไม่ได้ใช้เวลาสองเดือน แต่ใช้เวลาหลายปีจึงจะเสร็จสิ้น

“ปกติแล้วเมื่อรัฐบาลเปลี่ยนแปลง กระบวนการเจรจาก็จะยุติลง ผมกังวลว่าสิ่งที่กำลังทำอยู่ตอนนี้เป็นเพียงเงาหรือเพียงบอกประชาชนว่าตอนนี้รัฐบาลห่วงใย” เขากล่าวเสริม

เมื่อวันที่ 14 พฤศจิกายนที่ผ่านมา MKN ระบุว่ารัฐบาลไทยและ BRN ตกลงที่จะกลับมาเจรจาสันติภาพอย่างเป็นทางการและด้านเทคนิคอีกครั้งโดยจะเริ่มในเดือนหน้า

ความมุ่งมั่นนี้บรรลุผลสำเร็จจากการประชุมพิเศษระหว่างผู้แทนระดับสูงของทั้งสองฝ่ายที่จัดขึ้นในกรุงกัวลาลัมเปอร์ เพื่อหารือเกี่ยวกับความต่อเนื่องของกระบวนการเจรจาสันติภาพไทยตอนใต้

สำนักงานผู้อำนวยความสะดวกของรัฐบาลมาเลเซีย MKN กล่าวว่าการประชุมดังกล่าวได้รับการอำนวยความสะดวกโดย Datuk Mohd Rabin Basir ผู้อำนวยความสะดวกของรัฐบาลมาเลเซีย

วันที่ 10 และ 11 พฤศจิกายน เลขาธิการสภาความมั่นคงแห่งชาติ ชาติชาย บางชวด และพลเอกสมศักดิ์ รังสิตา เดินทางเยือนมาเลเซียอย่างเป็นทางการ


Tinggal dua bulan kerajaan Anutin, bolehkah dialog damai Selatan Thai berjaya?

Sama ada Dialog Damai Selatan Thai yang dikatakan akan diadakan pada Disember ini akan berterusan pada masa-masa akan datang, ianya tetap bergantung kepada kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas pilihan raya Thailand yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dan, perlu diingat bahawa setiap kali kerajaan Thailand bertukar tangan, maka setiap kali itu jugalah proses dialog damai itu akan terhenti. Demikian juga dengan pasukan yang akan mewakili kerajaan juga akan berubah.

Untuk rekod, Jawatankuasa Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan yang baharu, yang diketuai oleh Jeneral Somsak Rungsita, adalah jawatankuasa yang keenam dalam tempoh 12 tahun sejak kerajaan mula mengadakan perbincangan secara terbuka dan rasmi dengan pergerakan pembebasan Patani pada 2013 ketika pentadbiran Yingluck Shinawatra.

Jawatankuasa baharu ini dilantik oleh ‘kerajaan empat bulan’ yang dipimpin Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul (อนุทิน ชาญวีรกูล). Ketika dipilih menjadi perdana menteri pada 7 September lalu, Anutin berjanji akan membubarkan Parlimen dalam masa empat bulan.

“Berdasarkan janji itu, Parlimen Thailand akan dibubar pada Januari tahun depan. Pilihan raya akan diadakan dan kerajaan baharu akan dibentuk.

“Sebagai kerajaan sementara, ia hanya perlu menangani isu besar dan penting, iaitu perkara-perkara segera untuk persediaan menghadapi pilihan raya atau menangani masalah yang mendesak dan tidak dapat dielakkan, tanpa menyentuh dasar yang memerlukan masa untuk diselesaikan.

“Walaupun jawatankuasa dialog telah ditubuhkan, setiap pertemuan rundingan mengambil masa yang agak lama. Dialog memerlukan kesinambungan, kepercayaan, dan keputusan kerana ia memerlukan persetujuan dan tawar-menawar.

“Jika tempoh kerajaan hanya empat bulan, perbincangan mungkin hanya berlangsung sekali. Adakah ia akan mencapai keputusan damai?

“Atau jika parti lain berjaya membentuk kerajaan adakah mereka akan mengekalkan jawatankuasa perdamaian sekarang ini?,” kata Ahli Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh ketika diminta mengulas rundingan damai Selatan Thai dalam keadaan kerajaan Thailand yang tidak stabil sekarang.

Beliau yang dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai menjelaskan bahawa rundingan damai ini bukan mengambil masa dua bulan, tetapi bertahun untuk diselesaikan.

“Biasanya apabila kerajaan bertukar, maka proses rundingan terhenti. Saya bimbang apa yang dibuat sekarang ini hanya bayang sahaja atau sekadar nak beritahu rakyat bahawa kerajaan sekarang ambil berat,” katanya lagi.

14 November lalu, MKN menyatakan Kerajaan Thailand dan BRN bersetuju untuk menyambung semula rundingan damai rasmi dan teknikal bermula bulan depan.

Komitmen ini dicapai hasil mesyuarat khas di antara wakil peringkat tinggi kedua-dua pihak yang diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan kesinambungan Proses Dialog Damai Selatan Thai.

Pejabat Fasilitator Kerajaan Malaysia MKN berkata, mesyuarat itu dipermudah cara oleh Fasilitator Kerajaan Malaysia, Datuk Mohd Rabin Basir.

Pada, 10 dan 11 November lalu Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara, Chatchai Bangchuad dan Jeneral Somsak Rungsita mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading