
AHLI Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh menggesa kerajaan baharu Thailand mempercepatkan Proses Damai Selatan Thai bagi menghentikan konflik yang telah berlarutan sejak lebih 21 tahun lalu.
Berucap pada sidang Parlimen negara itu di Bangkok hari ini (3 Julai 2025) beliau berkata, penduduk di wilayah bergolak itu tidak mahu kitaran perubahan kehidupan mereka tanpa penyelesaian konkrit berhubung konflik berkenaan.
“Mengenai masalah pergolakan yang berlaku di tiga wilayah sempadan selatan… sejak awal (tahun ini), jika anda perasan, keganasan lebih kerap berlaku berbanding sebelum ini.

“Kita faham bahawa kerajaan mempunyai banyak masalah yang perlu diselesaikan untuk terus berusaha menyelesaikan masalah tersebut, terutama dalam dimensi keselamatan, terdapat masalah sempadan.
“Isu Thailand dan Kemboja. Tetapi satu perkara yang saya dari Parti Prachachat ingin kerajaan baharu lihat dan memberi keutamaan ialah masalah yang berlaku di tiga wilayah sempadan selatan… (ia) serius,” katanya.
Tiga wilayah yang beliau maksudkan ialah Narathiwat, Yala dan Pattani, serta empat daerah di Songkhla iaitu Saba Yoi, Thepa, Channa dan Natawee, yang semuanya lebih dikenali sebagai wilayah sempadan selatan atau ‘Deep South’.
Untuk rekod, kali terakhir dialog damai antara Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thai (PEDP/RTG) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Pattani (BRN) diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Mei hingga 21 Mei 2024.
Ia melibatkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama kali Ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai (JWG-PDP) Wilayah Sempadan Selatan Thailand, dengan Malaysia sebagai fasilitator.
Bagaimanapun, sejak Paethongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri Thailand sehingga kelmarin, tiada lagi mesyuarat rasmi antara PEDP/RTG dan BRN.
Sebaliknya, kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan dengan mengenakan syarat tertentu yang sukar untuk dipenuhi.
Hari ini, jurucakap kerajaan Jirayu Huangsap mengumumkan bahawa Kabinet melantik bekas Menteri Pertahanan, Phumtham Wechayachai sebagai pemangku Perdana Menteri serta menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri.
Mengulas lanjut, Kamonsak yang lebih dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai berkata, sejak beberapa bulan lalu banyak laboran berita yang mengatakan konflik dan insiden keganasan semakin buruk.
“Dan jika diperhatikan dengan teliti… sebelum ini, sejak 21 lalu kita telah mengadakan rundingan damai antara tiga hingga empat kali.
“Sepanjang proses rundingan itu keadaan (keganasan) telah menurun dengan ketara. Zaman Srettha Thavisin (Perdana Menteri sebelum Paethongtarn) ada pasukan runding.
“Tetapi pasukan rundingan telah ditamatkan selepas Srettha meninggalkan jawatan. Dan sejak itu, kita tiada proses perbincangan damai yang serius,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan baharu supaya menetapkan dasar yang jelas dalam usaha menyelesaikan konflik di Selatan Thai.
“Saya mahu kerajaan baharu segera menetapkan dasar yang jelas untuk menyelesaikan pergolakan dengan menubuhkan jawatankuasa (baharu) proses perbincangan damai.
“Saya tidak mahu masalah di tiga wilayah sempadan selatan berada dalam kitaran tanpa penyelesaian seperti dahulu,” katanya.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat ke-55 Jawatankuasa Dewan Rakyat mengenai Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia.
Mesyuarat itu bertujuan mengkaji dan mencari penyelesaian kepada masalah dan garis panduan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem perkhidmatan dalam talian mahkamah.

แวยูแฮ เรียกร้องให้รัฐบาลใหม่เร่งกระบวนการเจรจาสันติภาพภาคใต้ของไทย
สมาชิกรัฐสภานราธิวาส (เขต 5) กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ ได้เรียกร้องให้รัฐบาลใหม่ เร่งกระบวนการสันติภาพภาคใต้ของไทยเพื่อหยุดความขัดแย้งที่เกิดขึ้นมานานกว่า 21 ปี
การพูดที่สมัชชารัฐสภาของประเทศที่กรุงเทพฯวันนี้ (3 กรกฎาคม 2568) เขากล่าวว่า ในภูมิภาคที่วุ่นวาย ประชาชนไม่ต้องการให้วงจรการเปลี่ยนแปลงของพวกเขาโดยไม่มีวิธีแก้ปัญหาที่เป็นรูปธรรมเกี่ยวกับความขัดแย้ง
“เกี่ยวกับปัญหาความไม่สงบในสามจังหวัดชายแดนภาคใต้… ตั้งแต่ต้น (ปีนี้) หากคุณสังเกตเห็นความรุนแรงนั้นบ่อยกว่าที่เคยเป็นมา
“เราเข้าใจว่ารัฐบาลมีปัญหามากมายที่ต้องแก้ไข เพื่อพยายามแก้ไขปัญหาต่อไปโดยเฉพาะอย่างยิ่งในมิติความปลอดภัย ปัญหาชายแดน
“ ปัญหาประเทศไทยและกัมพูชา แต่สิ่งหนึ่งที่ผมมาจากพรรคประชาชาติ ต้องการให้รัฐบาลใหม่เห็นและจัดลำดับความสำคัญคือปัญหาที่เกิดขึ้นในสามภูมิภาคชายแดนภาคใต้ … อย่างจริงจัง” เขากล่าว
สามดินแดนที่เขาหมายถึงคือ นราธิวาส ยะลา และปัตตานี และสี่อำเภอในจังหวัดสงขลา สะบ้าย้อย,จะนะ ,เทพา,และ นาทวี ซึ่งเป็นที่รู้จักกันในชื่อชายแดนภาคใต้หรือ ‘เขตชายแดนใต้’
สำหรับบันทึกครั้งสุดท้ายที่การเจรจาสันติภาพระหว่างรัฐบาลไทย(PEDP/RTG และขบวนการแนวร่วมปฏิวัติแห่งมลายูปาตานี (BRN) จัดขึ้นที่กัวลาลัมเปอร์ตั้งแต่วันที่ 19 พฤษภาคมถึง 21 พฤษภาคม 2567
มันเกี่ยวข้องกับการประชุมคณะกรรมการด้านเทคนิคครั้งที่ 10 กับคณะทำงานด้วยกระบวนการเจรจาสันติภาพ (JWG-PDP) ของชายแดนภาคใต้ของประเทศไทยโดยที่มาเลเซียเป็นผู้อำนวยความสะดวก
อย่างไรก็ตามตั้งแต่ แพทองธาร ชินวัตร กลายเป็นนายกรัฐมนตรีของประเทศไทยจนกระทั่งเมื่อวานนี้ไม่มีการประชุมอย่างเป็นทางการระหว่าง PEDP/RTG และ BRN
แต่ทั้งสองฝ่ายออกแถลงการณ์โดยกำหนดเงื่อนไขบางประการที่ยากที่จะตอบสนอง
การแสดงความคิดเห็นเพิ่มเติม กมลศักดิ์ ซึ่งเป็นที่รู้จักกันดีในชื่อ แวยูแฮ กล่าวว่า ชาวไทยใต้ในช่วงไม่กี่เดือนที่ผ่านมาห้องปฏิบัติการข่าวหลายแห่งกล่าวว่าความขัดแย้งและเหตุการณ์ความรุนแรงแย่ลง
“และถ้ามีการสังเกตอย่างรอบคอบ … ก่อนหน้านี้ตั้งแต่วันที่ 21 เราได้เจรจาสันติภาพ ราวๆสามถึงสี่ครั้ง
“ตลอดกระบวนการเจรจาสถานการณ์ (ความรุนแรง) ได้ลดลงอย่างมีนัยยะสำคัญ ในช่วงเวลาที่ เศรษฐา ทวีสิน(นายกรัฐมนตรีก่อน แพทองธาร) มีทีมเจรจา
“ แต่ทีมเจรจาถูกยกเลิกหลังจาก เศรษฐา พ้นจากตำแหน่งและตั้งแต่นั้นมาเราก็ไม่มีการอภิปรายเรื่องสันติภาพอย่างจริงจัง” เขากล่าว
ในเรื่องนี้เขาเรียกร้องให้รัฐบาลใหม่กำหนดนโยบายที่ชัดเจนในการแก้ไขความขัดแย้งในภาคใต้ของไทย
“ฉันต้องการให้รัฐบาลใหม่กำหนดนโยบายที่ชัดเจนทันทีเพื่อแก้ไขความวุ่นวายโดยการจัดตั้งคณะกรรมการ (ใหม่) ในกระบวนการอภิปรายสันติภาพ
“ ฉันไม่ต้องการปัญหาในพื้นที่สามจังหวัดชายแดนภาคใต้อยู่ในกระบวนการโดยไม่ได้แก้ปัญหาเหมือนเดิม” เขากล่าว
ก่อนหน้านี้เขาเป็นประธานการประชุมครั้งที่ 55 ของสภาผู้แทนราษฎรด้านกฎหมายความยุติธรรมและมนุษยธรรม
การประชุมครั้งนั้น มีวัตถุประสงค์เพื่อตรวจสอบและค้นหาวิธีแก้ไขปัญหาและแนวทางการใช้เทคโนโลยีสารสนเทศในระบบบริการออนไลน์ของศาล






Leave a Reply