
UJIAN Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan proses permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan Thailand sama ada di Konsulat General Thai atau hospital terpilih, adalah percuma, kata Setiausaha Menteri Kehakiman, Kuheng Yawohasan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan warga Thailand yang tidak mempunyai kad pengenalan tetapi kini tinggal di Malaysia supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menipu, kononnya permohonan dan ujian itu dikenakan bayaran.
Menurutnya, pihak berkuasa menyedari ada kumpulan tertentu yang menipu warga Thai di Malaysia yang hendak memohon kad pengenalan Thailand.

“Ada yang kena tipu antara RM3,000 hingga RM5,000 untuk memohon kad pengenalan Thailand. Kumpulan ini mengambil kesempatan apabila kita mengadakan program khas ujian DNA dan pemberian kad pengenalan.
“Mereka akan mendatangi rakyat Thai yang tiada kad pengenalan dan tinggal di Malaysia, untuk meminta bayaran tertentu kononnya proses DNA dan permohonan dikenakan bayaran. Tapi kerajaan terima laporan ada yang kena tipu,” katanya kepada Apa Khabar TV.
Kuheng ditemui ketika melancarkan ‘Program Ujian DNA untuk Membantu Warga Thai di Malaysia Yang Terlepas Status Pendaftaran’ kali ke-8 di Konsulat General Diraja Thailand di Kota Bharu, baru-baru ini
Kuheng berkata, kerajaan Thai menyedari ramai rakyatnya yang lahir dan tinggal di Malaysia tetapi tidak mempunyai kad pengenalan.
“Sejak program ini dilancarkan seramai 3,500 pemohon di seluruh Thailand telah memperoleh kad pengenalan masing-masing,” katanya.
Justeru, katanya, program pemberian kad pengenalan dengan melalui proses ujian DNA diharap dapat membantu mereka untuk memperoleh keistimewaan sebagai rakyat Thailand.





“Ini termasuk melayakkan mereka mendapat rawatan perubatan percuma, bantuan tunai, pendidikan, pemilikan harta, memohon pasport dan lain-lain keistimewaan.
“Kalau tak ada kad pengenaan susah. Tiada keistimewaan… di Malaysia juga mereka hadapi kesulitan… tak boleh sekolah, bekerja, malah berdepan tindakan undang-undang kerana mereka juga tiada kad pengenalan Malaysia.
“Jadi kerajaan menyedari masalah dihadapi itu dan melaksanakan program pemutihan ujian DNA untuk memberi kad pengenalan,” katanya sambil menjelaskan ada syarat-syarat tertentu untuk menjalani ujian DNA dan memohon kad pengenalan.
Menjawab soalan mengenai tempoh memperoleh kad pengenalan itu, Kuheng berkata ianya tidak boleh melebihi 60 hari daripada tarikh ujian DNA.
Beliau juga menjelaskan ujian DNA bagi rakyat Thai yang tinggal di Malaysia boleh dibuat sama ada dalam program di Konsulat General Diraja Thai di Kota Bharu atau di Hospital Sungai Golok dan Hospital Hat Yai.
“Bagi rakyat Thai yang tinggal di tiga wilayah sempadan selatan – Narathiwat, Yala dan Pattani – dan tidak memiliki kad pengenalan, mereka boleh menjalani ujian DNA di hospital berkenaan,” katanya.
การทดสอบและการใช้กรด DEOXYRIBONUCLEIC ACID (DNA) สำหรับทำบัตรประจำตัวประชาชนไทยที่สถานกงสุลหรือโรงพยาบาลทั่วไป ที่ได้รับการคัดเลือกฟรีค่าใช้จ่าย เลขารัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรม กูเฮง ยาวอฮาซัน กล่าว
ในเรื่องนี้เขาเตือนคนไทยที่ไม่มีบัตรประจำตัวประชาชน แต่ตอนนี้อาศัยอยู่ในมาเลเซียเพื่อระมัดระวังกับบางฝ่ายที่ใช้โอกาสนี้ ในการเรียกเก็บเงินการสมัครและการพิสูจน์หลักฐาน
ตามที่เขาพูดเจ้าหน้าที่ตระหนักถึงกลุ่มคนไทยบางกลุ่มในมาเลเซียที่ต้องการสมัครบัตรประจำตัวประชาชนไทย
“บางคนถูกหลอกระหว่าง 3,000 ริงกิตถึง 5,000 ริงกิตเพื่อสมัครบัตรประจำตัวประชาชนไทย กลุ่มใช้ประโยชน์จากโปรแกรมพิเศษของการทดสอบดีเอ็นเอและบัตรประจำตัวประชาชน
“พวกเขาจะไปหาคนไทยที่ไม่มีบัตรประจำตัวประชาชนและอาศัยอยู่ในมาเลเซียเพื่อขอค่าธรรมเนียมบางอย่างว่ากระบวนการพิสูจน์ดีเอ็นเอและแอปพลิเคชันถูกเรียกเก็บเงิน
กูเฮง ยาวอฮาซัน กล่าว รัฐบาลได้รับรายงานว่า มีบางคนที่ถูกหลอก เมื่อมี ‘โปรแกรมพิสูจน์ DNA เพื่อช่วยเหลือคนไทยในมาเลเซียที่พลาดสถานะการลงทะเบียนครั้งที่ 8’ ที่สถานกงสุลใหญ่ไทยในโกตาบารุเมื่อเร็ว ๆ นี้





กูเฮง กล่าวว่ารัฐบาลไทยตระหนักว่าผู้คนจำนวนมากเกิดและอาศัยอยู่ในมาเลเซีย แต่ไม่มีบัตรประจำตัวประชาชน
“ เนื่องจากโปรแกรมได้เปิดตัวผู้สมัคร 3,500 คนทั่วประเทศไทยได้รับบัตรประจำตัวเอง” เขากล่าว
ดังนั้นเขาจึงกล่าวว่าโปรแกรมการจัดเตรียมบัตรประจำตัวผ่านกระบวนการพิสูจน์ดีเอ็นเอคาดว่าจะช่วยให้พวกเขาได้รับสิทธิพิเศษในฐานะเป็นประชาชนของไทย
“สิ่งเหล่านี้รวมถึงการมีคุณสมบัติสำหรับการดูแลทางการแพทย์ฟรีความช่วยเหลือเงินสด การศึกษา การเป็นเจ้าของทรัพย์สินการสมัครหนังสือเดินทางและสิทธิพิเศษอื่น ๆ
“หากไม่มีบัตรก็ยากลำบากไม่มีสิทธิพิเศษ … ในมาเลเซียพวกเขาก็มีปัญหา … ไม่ได้เข้าโรงเรียน ทำงานยากและต้องเผชิญกับการดำเนินการทางกฎหมายเนื่องจากพวกเขาไม่มีบัตรประจำตัวมาเลเซีย
“ ดังนั้นรัฐบาลจึงตระหนักถึงปัญหาและการใช้โปรแกรมการตรวจดีเอ็นเอ พิสูจน์หลักฐานเพื่อจัดทำบัตรประจำตัวประชาชน” เขากล่าวเสริมว่ามีข้อกำหนดบางประการสำหรับการทดสอบดีเอ็นเอและสมัครบัตรประจำตัวประชาชน
การตอบคำถามเกี่ยวกับระยะเวลาของการได้รับบัตรประจำตัว กูเฮง กล่าวว่าไม่เกิน 60 วันนับจากวันที่ทดสอบดีเอ็นเอ
นอกจากนี้เขายังอธิบายว่าการทดสอบดีเอ็นเอสำหรับคนไทยที่อาศัยอยู่ในมาเลเซียสามารถทำได้ทั้งในโครงการที่สถานกงสุลใหญ่ของไทยในเมืองโกตาบารู หรือที่โรงพยาบาลสุไหงโกลก และโรงพยาบาลหาดใหญ่
“ สำหรับคนไทยที่อาศัยอยู่ในดินแดนชายแดนภาคใต้สามแห่ง ได้แก่ นราธิวาส, ยะลาและ ปัตตานี – และไม่มีบัตรประจำตัวประชาชน พวกเขาสามารถยื่นเข้าตรวจดีเอ็นเอที่โรงพยาบาลได้” เขากล่าว






Leave a Reply