
MENEKANKAN prinsip kemanusiaan dan tidak meninggalkan sesiapa pun, Kerajaan Thailand terus melaksanakan program pemutihan memberi kad pengenalan kepada rakyatnya yang tinggal di luar negara, khususnya di Malaysia.
Buat kali kelapan ‘Program Ujian DNA untuk Membantu Warga Thai di Malaysia Yang Terlepas Status Pendaftaran’ telah diadakan selama dua hari pada 18 dan 19 Jun lalu, di Konsulat General Diraja Thai di Kota Bharu, Kelantan.
Program berkenaan dianjurkan setelah menyedari ramai warga Thai yang lahir di Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan Thailand, hingga menyukarkan mereka untuk belajar dan bekerja.
Apa Khabar TV difahamkan, sejak puluhan tahun lalu ribuan warga Thai berhijrah mencari pekerjaan di Malaysia, sebelum berkahwin sesama mereka dan memperoleh anak.
Anak yang dilahirkan di Malaysia mempunyai sijil kelahiran dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi di dalamnya dicatatkan ‘Bukan Warganegara’ (bukan warganegara Malaysia), sekali gus mereka tidak layak untuk memohon kad pengenalan Malaysia.
Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak terbabit tidak dapat bersekolah.
Pada masa sama mereka juga tidak memiliki kad pengenalan Thailand, kerana ibu bapa menghadapi kesukaran untuk melakukan pendaftaran.


Program yang diadakan di Konsulat General Diraja Thai di Kota Bharu ini mendapat sambutan menggalakan dengan dalam tempoh dua hari berkenaan hampir 300 warga Thai mengambil bahagian.
Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Kementerian Kehakiman, Institut Sains Forensik, Jabatan Pentadbiran Wilayah dan rakan kongsi rangkaian.
Program berkenaan dilancarkan Setiausaha Menteri Kehakiman Thailand, Kuheng Yawohasan.
Ramai warga Thai di Malaysia menunjukkan minat dengan mendaftar terlebih dahulu melalui Konsulat General Diraja Thai di Kota Bharu, atau yang datang terus ke acara itu untuk melakukan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) bagi mengesahkan mereka mempunyai waris sah dari Thailand.
Selain mengesahkan identiti seseorang, memiliki kad pengenalan juga membuka akses kepada pelbagai hak sebagai rakyat Thailand, termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan faedah kebajikan lain.
Ia adalah langkah penting dalam memulihkan hak warga Thai kepada mereka yang sebelum ini terlepas pandang dalam sistem pendaftaran awam.
Selain ujian DNA, terdapat juga perkhidmatan saringan kesihatan bergerak percuma, dengan kerjasama Hospital Sungai Golok, Hospital Sungai Padi, dan Hospital Tak Bai.

รัฐบาลไทยช่วยคนที่ไม่มีบัตรประจำตัว แต่อาศัยอยู่ในมาเลเซีย
เน้นหลักการของมนุษยชาติและคนไทยไม่ทิ้งกัน รัฐบาลไทยยังคงดำเนินโครงการเพื่อจัดทำบัตรประจำตัวประชาชนให้กับผู้คนที่อาศัยอยู่ในต่างประเทศโดยเฉพาะในมาเลเซีย
สำหรับโปรแกรมการทดสอบดีเอ็นเอครั้งที่แปด เพื่อช่วยเหลือคนไทยในมาเลเซียที่พลาดสถานะการลงทะเบียน ‘จัดขึ้นเป็นเวลาสองวัน ในวันที่ 18 และ 19 มิถุนายน ที่สถานกงสุลใหญ่ไทยใน Kota Bharu, Kelantan
โปรแกรมนี้จัดขึ้นหลังจากตระหนักว่าคนไทยหลายคนเกิดในมาเลเซียและไม่มีบัตรประจำตัวของประเทศไทยทำให้พวกเขาจะศึกษาเล่าเรียนและทำงานยาก
รัฐบาลไทยช่วยคนที่ไม่มีบัตรประจำตัว แต่อาศัยอยู่ในมาเลเซีย
เน้นหลักการของมนุษยชาติและคนไทยไม่ทิ้งกัน รัฐบาลไทยยังคงดำเนินโครงการเพื่อจัดทำบัตรประจำตัวประชาชนให้กับผู้คนที่อาศัยอยู่ในต่างประเทศโดยเฉพาะในมาเลเซีย
สำหรับโปรแกรมการทดสอบดีเอ็นเอครั้งที่แปด เพื่อช่วยเหลือคนไทยในมาเลเซียที่พลาดสถานะการลงทะเบียน ‘จัดขึ้นเป็นเวลาสองวัน ในวันที่ 18 และ 19 มิถุนายน ที่สถานกงสุลใหญ่ไทยใน Kota Bharu, Kelantan
โปรแกรมนี้จัดขึ้นหลังจากตระหนักว่าคนไทยหลายคนเกิดในมาเลเซียและไม่มีบัตรประจำตัวของประเทศไทยทำให้พวกเขาจะศึกษาเล่าเรียนและทำงานยาก
โครงการนี้จัดขึ้นที่สถานกงสุลใหญ่ไทยในเมืองโกตาบารุได้รับการตอบรับอย่างชื่นมื่นในเวลาสองวัน คนไทยเกือบ 300 คนที่เข้าร่วมในครั้งนี้
งานนี้จัดขึ้นโดยความร่วมมือกับศูนย์อำนวยการบริหารจังหวัดชายแดนภาคใต้ (ศอ.บต.), กระทรวงยุติธรรม, สถาบันวิทยาศาสตร์นิติวิทยาศาสตร์, แผนกบริหารระดับจังหวัดและพันธมิตรเครือข่าย


โปรแกรมนี้เปิดตัวโดยเลขาธิการกระทรวงยุติธรรมประเทศไทย กูเฮง ยาวอฮาซัน
พลเมืองไทยหลายคนในมาเลเซียมีความสนใจในการลงทะเบียนล่วงหน้าผ่านสถานกงสุลใหญ่ของไทยในเมืองโกตาบารูหรือผู้ที่เข้าร่วมการทดสอบโดยตรงเพื่อทำการทดสอบกรด Deoxyribonucleic (DNA) เพื่อยืนยันว่าพวกเขามีทายาทที่ถูกต้องตามกฎหมายจากประเทศไทย
นอกเหนือจากการยืนยันตัวตนของบุคคลแล้ว การมีบัตรประจำตัวประชาชน ยังเปิดการเข้าถึงสิทธิต่าง ๆ ในฐานะพลเมืองไทยรวมถึงการดูแลสุขภาพ การศึกษาและผลประโยชน์ด้านสวัสดิการอื่น ๆ
มันเป็นขั้นตอนสำคัญในการฟื้นฟูสิทธิของคนไทยให้กับผู้ที่เคยมองข้ามระบบการลงทะเบียนสาธารณะ
นอกเหนือจากการทดสอบดีเอ็นเอแล้วยังมีบริการตรวจสุขภาพเคลื่อนที่ ตรวจสุขภาพได้ฟรี โดยร่วมมือกับโรงพยาบาลสุไหงโกลก, โรงพยาบาลสุไหงปาดี, โรงพยาบาลตากใบและโรงพยาบาลนราธิวาส






Leave a Reply