NARATHIWAT: Kementerian Kehakiman Thailand mahu menjadikan Penjara Pusat Narathiwat sebagai penjara contoh kepada dunia dalam usaha memulihkan banduan yang terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah.

Menteri Kehakiman, Kolonel Polis Thawee Sodsong berkata, antara lain kementeriannya merancang mewujudkan satu kawasan perumahan khas yang akan menempatkan banduan tertentu.

“Kita akan mencadangkan banduan yang baki hukuman penjara mereka di bawah empat tahun dibenarkan tinggal di rumah yang akan didirikan di kawasan khas.

Menteri Kehakiman, Kolonel Polis Thawee Sodsong memberi ucapan pada majlis pertemuan dengan banduan kes keselamatan dan keluarga mereka di Penjara Pusat Narathiwat semalam (20 April 2025).

“Ini akan membolehkan mereka menjalani kehidupan seolah-olah tinggal di rumah atau kampung… dan ia adalah sebagai persediaan kepada mereka untuk menyertai semula masyarakat… kita harap mereka tidak mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan dengan keluarga dan banduan yang terlibat dalam isu keselamatan di Penjara Pusat Narathiwat, semalam (20 April 2025).

Hadir sama Presiden Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Kuseng Yaowahasan; Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Lt Kolonel Polis Wanpong Kotcharak; Ahli Parlimen Narathiwat (kawasan 5), Kamonsak Leewamoh @ Wan Johan; dan Setiausaha Menteri Kehakiman, Kuheng Yaowahasan.

Pertemuan dengan banduan keselamatan dan keluarga mereka bertujuan memberi semangat kepada pihak berkenaan dari segi rohani dan jasmani. Seramai 40 banduan dan lebih 155 ahli keluarga mereka hadir pada majlis anjuran SBPAC itu.

Thawee menjelaskan pertemuan itu juga bagi mendengar masalah dihadapi keluarga banduan, selain keperluan mereka.

“Kita mahu mewujudkan suasana yang baik antara banduan dan sektor kerajaan selaras dengan proses keadilan dan mahu mereka menjadi bahagian penting dalam membangunkan wilayah sempadan yang mampan.

“Oleh kerana setiap orang mempunyai maruah manusia, tempat ini (rumah) mesti menjadi tempat pemulihan untuk kehidupan baharu dan semua orang mesti bersama-sama mewujudkan keamanan,” katanya sambil memuji BPAC) kerana menganjurkan program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep berkata, pergolakan di wilayah sempadan selatan sejak Januari 2004 sehingga kini, iaitu sepanjang 21 tahun, telah menjejaskan banyak pihak, termasuk keluarga banduan keselamatan, yang tidak terlibat dalam jenayah itu.

Katanya, keluarga banduan keselamatan mengalami kesukaran hidup, pendapatan tidak mencukupi, dan curiga terhadap kerajaan.

“Mereka dianggap kumpulan yang terdedah. Oleh itu, adalah perlu untuk menjaga mereka dan membina hubungan yang baik. Mereka perlu didorong untuk menjadi orang penting dalam pembangunan wilayah sempadan selatan,” katanya.

Bagi memastikan banduan keselamatan itu melalui proses peralihan dan pemulihan, penguatkuasaan undang-undang khas ditetapkan yang meliputi tiga fasa iaitu fasa membina kepercayaan; fasa membina keyakinan; dan fasa pembangunan bersama wilayah sempadan selatan melalui cara yang aman.


เรือนจำไทยวางแผนที่จะวางนักโทษในบ้านพิเศษหรือนอกกำแพง: รัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรม

NARATHIWAT: กระทรวงยุติธรรมของไทยต้องการทำให้เรือนจำกลางจังหวัดนราธิวาส เป็นตัวอย่างเรือนจำของโลกในความพยายามที่จะฟื้นฟูนักโทษที่เกี่ยวข้องในคดีทางอาญาต่างๆ

รัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรม พ.ต.อ.ทวี สอดส่อง กล่าวว่า ทางกระทรวงกำลังวางแผนที่จะสร้างพื้นที่ที่อยู่อาศัยพิเศษซึ่งจะเป็นที่ตั้งของนักโทษบางคน

“เราอาจจะพิจารณาให้นักโทษที่มีโทษจำคุกอีกไม่เกินสี่ปีได้รับอนุญาตให้อาศัยอยู่ในบ้านที่จะถูกจัดตั้งขึ้นในพื้นที่พิเศษ

“สิ่งนี้จะช่วยให้พวกเขามีชีวิตอยู่ราวกับว่าอาศัยอยู่ในบ้านหรือหมู่บ้าน เพื่อเตรียมตัวและปรับตัวเข้าสู่สังคม… เราหวังว่าพวกเขาจะไม่ใช้โอกาสนี้หลบหนี” เขากล่าว

เขากล่าว ในการพบปะกับครอบครัวและนักโทษที่เกี่ยวข้องกับปัญหาด้านความมั่นคงที่เรือนจำกลางจังหวัดนราธิวาส เมื่อวานนี้ (20 เมษายน 2025)

ร่วมงานด้วยมี นายก อบจ.นราธิวาส กูเซ็ง ยาวอฮาซัน เลขา ศอ.บต. (SBPAC), พันตำรวจโท วรรณพงษ์ คชรักษ์; สมาชิกวุฒิสภา จ.นราธิวาส (เขต 5), กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ @ แวยูแฮ; และ เลขารัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรม กูเฮง ยาวอฮาซัน

การพบปะกับนักโทษคดีความมั่นคงและครอบครัวของพวกเขามีวัตถุประสงค์เพื่อให้กำลังใจ อยากให้รู้สึกว่า ทุกคนมีคุณค่าและมีศักดิ์ศรีเท่าๆกัน ผู้ต้องขังทั้งหมด 40 คนและสมาชิกในครอบครัวกว่า 155 คนเข้าร่วมพิธี จัดโดย ศูนย์อำนวยการบริหารจังหวัดชายแดนภาคใต้

ทวี สอดส่อง อธิบายการประชุมเพื่อฟังปัญหาที่ครอบครัวของนักโทษต้องเผชิญนอกเหนือจากความต้องการของพวกเขา

“เราต้องการสร้างบรรยากาศที่ดีระหว่างนักโทษและภาครัฐให้สอดคล้องกับกระบวนการของความยุติธรรมและต้องการให้พวกเขาเป็นส่วนสำคัญในการพัฒนาภูมิภาคชายแดนที่ยั่งยืน

“ เพราะทุกคนมีศักดิ์ศรีความเป็นมนุษย์สถานที่แห่งนี้ (บ้าน) ต้องเป็นสถานที่ฟื้นตัวสำหรับชีวิตใหม่และทุกคนต้องอยู่ด้วยกันอย่างสันติ” เขากล่าวพร้อมยกย่อง ศอ.บต.) สำหรับการจัดโปรแกรมนี้

ในขณะเดียวกันผู้บัญชาการเรือนจำกลางจังหวัดนราธิวาส-สุรินทร์ จันทร์เทพ กล่าวว่าความวุ่นวายในภูมิภาคชายแดนภาคใต้ตั้งแต่เดือนมกราคม 2547 จนถึงตอนนี้ ยาวนานกว่า 21 ปีได้รับผลกระทบมากมายรวมถึงครอบครัวนักโทษคดีความมั่นคงที่ไม่ได้มีส่วนร่วมในอาชญากรรม

เขากล่าวว่าครอบครัวนักโทษคดีความมั่นคงมีปัญหาในการใช้ชีวิต รายได้ไม่เพียงพอและมีความสงสัยต่อรัฐบาล

“ พวกเขาเหมือนกลุ่มที่เปิดเผยดังนั้นจึงจำเป็นต้องดูแลพวกเขาและสร้างความสัมพันธ์ที่ดีพวกเขาจำเป็นต้องได้รับการผลักดันให้เป็นบุคคลสำคัญในการพัฒนาชายแดนภาคใต้” เขากล่าว

เพื่อให้แน่ใจว่านักโทษคดีความมั่นคงต้องผ่านกระบวนการเปลี่ยนแปลงและการกู้คืนการบังคับใช้กฎหมายพิเศษครอบคลุมสามขั้นตอนคือขั้นตอนของการสร้างความไว้วางใจ ความมั่นใจ และขั้นตอนการพัฒนาร่วมของชายแดนภาคใต้อย่างปลอดภัย

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading