NARATHIWAT: Setelah sunyi daripada bunyi letupan bom selama hampir 10 hari, Selatan Thai kembali bergolak apabila seorang pegawai kanan polis ditembak mati, manakala sebutir bom meletup mencederakan dua anggota tentera di wilayah ini, semalam (9 April 2025).

Kali terakhir pasukan keselamatan Thai menjadi sasaran ialah pada 2 April lalu apabila sebuah kenderaan berperisai rosak akibat serangan bom di Daerah Waeng, Narathiwat. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Dalam kejadian terbaharu semalam, Leftenan Polis Amorn Ammaraka ditembak mati, manakala keretanya dibakar di Kampung Ban Phol, Daerah Sungai Padi, Narathiwat, kira-kira jam 6.30 petang.

Pasukan penyiasat menemukakan mayat Leftenan Polis Amorn Ammaraka yang ditembak mati di Kampung Ban Phol, Daerah Sungai Padi, Narathiwat, semalam (9 April 2025).

Ketua Polis Sungai Padi, Kolonel Polis Mataha Muhana berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tembakan dan pembakaran sebuah kereta kira-kira jam 6.58 petang.

Menurutnya, beliau mengetuai sendiri siasatan di kawasan berkenaan bersama unit tentera tempatan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kami mendapati sebuah kereta sedang terbakar. Pihak polis menghubungi unit bantuan bencana untuk menghantar sebuah lori bomba bagi memadam kebakaran,” katanya.

Pihak polis juga menemukan mayat seorang lelaki yang mempunyai beberapa kesan tembakan di badannya, kira-kira 20 meter dari kereta yang terbakar.

Mangsa dikenali sebagai Leftenan Amorn Ammaraka yang juga Timbalan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Wilayah Narathiwat.

Pikap dinaiki seorang anggota tentera dan orang awam terbalik akibat letupan bom yang ditanam di atas jalan di Daerah Sungai Padi, Narathiwat, semalam (9 April 2025).

Ketika urusan membawa mayat mangsa ke hospital, satu letupan kuat berlaku di jalan yang dilalui konvoi pengiring di Mukim Riko di daerah sama.

Kuasa letupan itu menyebabkan sebuah pikap melambung dan terbalik, mencederakan seorang anggota tentera dan seorang awam.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading