NARATHIWAT: Penjara Pusat Wilayah Narathiwat terus melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjadi sebuah pusat pemulihan contoh, khususnya dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Pihak penjara berkenaan telah memikirkan bahawa dalam persekitaran terkepung dalam tembok konkrit, bagaimanakah banduan boleh disokong sebaik mungkin untuk bersedia meninggalkan penjara dan menuntut semula tempat mereka dalam masyarakat?

Bagaimanakah kerosakan sosial dan kemiskinan yang lebih besar boleh dielakkan, serta risiko kesalahan berulang dalam jangka panjang?

Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep dan Pengarah Pembangunan Penjara Pusat Narathiwat Somsak Paddeang menanam pokok mulberi.

Justeru, pendidikan, latihan dan pemulihan terus menjadi tumpuan utama penjara berkenaan sebagai satu-satunya cara untuk mengurangkan banduan yang bakal dibebaskan kelak, melakukan kesalahan berulang, kata Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep.

“Kami telah melaksanakan pelbagai aktiviti serta menyediakan latihan kepada semua banduan.

“Ini termasuk mendedahkan mereka kepada latihan kemahiran seperti kerja tangan, pendidikan komputer, pertanian dan perikanan.

“Yang terbaharu ialah penanaman pokok mulberi untuk membiak ulat sutera di Penjara Sementara Kok Yamu, Mukim Phrai Wan di Daerah Tak Bai,” katanya ketika ditemui melancarkan program penanaman pokok berkenaan hari ini (8 April 2025).

Pokok berkenaan diserahkan Ketua Pusat Pertanian Mulberi Narathiwat, Prasit Phetsuk. Hadir sama Ketua Santuari Hidupan Liar Puteri Maha Chakri Sirindhorn Wilayah Narathiwat, Prasert Sthiravanit.

Surin berkata, ini adalah projek pertama menanam pokok mulberi bagi membiak ulat sutera melibatkan penjara Narathiwat.

“Daun mulberi ini boleh dimakan oleh ulat sutera. Ianya mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk membesar.

“Apa yang penting ialah pokok ini akan dijaga oleh kira-kira 60 banduan yang ditempatkan di penjara itu. Semua banduan di penjara itu adalah mereka yang bakal dibebaskan tidak sampai setahun lagi.

“Selain itu, banduan di penjara berkenaan juga terlibat dalam aktiviti penanaman pokok getah, sawit, memelihara ikan, ayam dan itik, serta sayur-sayuran di kawasan seluas kira-kira 50 rai (8 hektar),” katanya.

Beliau berkata, Penjara Pusat Narathiwat mahu terus menjadi pusat pemulihan contoh dengan memastikan banduan yang meninggalkan penjara itu mendapat sokongan sewajarnya, supaya mereka tidak melakukan kesalahan berulang.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan bekas banduan yang tidak mendapat sokongan kemahiran, pendidikan dan sumber pendapatan akan melakukan kesalahan berulang setelah lima tahun dibebaskan dari penjara.

Biasanya, ia melibatkan golongan muda yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau pendidikan. Mereka meninggalkan penjara tanpa sebarang penyelesaian untuk masa depan mereka, semuanya kerana kekurangan sokongan ketika di dalam penjara.


เรือนจำกลางนราธิวาส ร่วมกันปลูกต้นหม่อนไหม

นราธิวาส: เรือนจำนราธิวาสยังคงดำเนินกิจกรรมต่าง ๆ เพื่อเป็นราชทัณฑ์ตัวอย่าง เป็นศูนย์ฟื้นฟูโดยเฉพาะอย่างยิ่งในหมู่ประเทศอาเซียน

ทางเรือนจำมีแนวคิดว่าในสภาพแวดล้อมโดยรอบในกำแพงคอนกรีตนักโทษจะได้รับการสนับสนุนให้ดีที่สุดเท่าที่จะทำได้เพื่อเตรียมตัวออกจากคุกแล้ว จะอยู่ในสังคมได้อย่างไร

จะหลีกเลี่ยงความเสียหายทางสังคมและความยากจนได้อย่างไรรวมถึงความเสี่ยงของการกระทำผิดซ้ำในระยะยาว?

ดังนั้นการศึกษา การฝึกอบรมและการฟื้นฟูยังคงเป็นจุดสนใจหลักของเรือนจำ เป็นวิธีเดียวที่จะลดผู้ต้องขังที่จะได้รับการปล่อยตัวกระทำความผิดซ้ำแล้วซ้ำอีก

“ เราได้ดำเนินกิจกรรมต่าง ๆ และให้การฝึกอบรมแก่นักโทษทุกคน

“ซึ่งรวมถึงการให้พวกเขาฝึกอบรมทักษะเช่นงานฝีมือ การศึกษาคอมพิวเตอร์ การเกษตรและอื่นๆ

“ล่าสุดคือการเพาะปลูกต้นหม่อนไหมเพื่อผสมพันธุ์หนอนไหมในเรือนจำชั่วคราวโคกยามู ต.ไพรวัน อ.ตากใบ จ.นราธิวาส เขากล่าวเมื่อพบกันโดยเปิดตัว
กิจกรรมการปลูกต้นไม้(หม่อนไหม)เรือนจำโคกยามู วันนี้ (8 เมษายน 2025)

ต้นไม้ถูกส่งโดย ผู้อำนวยการศูนย์หม่อนไหมเฉลิมพระเกียรติสมเด็จพระนางเจ้าสิริกิติ์พระบรมราชินีนาถ นราธิวาส นายประสิทธิ์ เพ็ชรสุข

ซึ่งมีนายประสิทธิ์ สถิรวณิชย์ นักวิชาการป่าไม้ชำนาญการหัวหน้าเขตรักษาพันธุ์สัตว์ป่าเฉลิมพระเกียรติฯสมเด็จพระเทพรัตนราชสุดาฯสยามบรมราชกุมารี จังหวัดนราธิวาส มาร่วมกิจกรรมด้วย

นายสุรินทร์ จันทร์เทพ ผบ.รจจ นธ. กล่าวว่า นี่เป็นโครงการแรกที่ปลูกต้นหม่อนเพื่อเลี้ยงหนอนไหมที่เรือนจำนราธิวาส

“หนอนหม่อนใบ นี้สามารถรับประทานได้ด้วย หนอนไหมมันใช้เวลาอย่างน้อยหนึ่งปีในการเติบโต

“สิ่งที่สำคัญคือต้นไม้จะได้รับการดูแลโดยนักโทษประมาณ 60 คนที่อยู่ในเรือนจำโคกยามู นักโทษทุกคนในเรือนจำนี้คือผู้ที่จะได้รับการปล่อยตัวน้อยกว่าหนึ่งปี

“ นอกจากนี้นักโทษในเรือนจำยังมีส่วนร่วมในการเพาะปลูกต้นยางต้นปาร์ล มะละกอ ผักบุ้ง เลี้ยงปลาและเป็ดและอื่นๆอีกมากมายพื้นที่ในประมาณ 50 ไร่ (8 เฮกตาร์)” เขากล่าว

เขากล่าวว่าเรือนจำ Narathiwat Central ต้องการที่จะเป็นศูนย์ฟื้นฟูสมรรถภาพตัวอย่างต่อไปโดยตรวจสอบให้แน่ใจว่านักโทษที่ออกจากคุกได้รับการสนับสนุนที่เหมาะสมเพื่อที่พวกเขาจะไม่กระทำความผิดซ้ำ ๆ

ก่อนหน้านี้มีรายงานว่าอดีตนักโทษที่ไม่มีทักษะการสนับสนุนการศึกษาและแหล่งรายได้จะกระทำความผิดซ้ำ ๆ หลังจากได้รับการปล่อยตัวออกจากเรือนจำ

โดยปกติแล้วจะเกี่ยวข้องกับคนหนุ่มสาวที่ไม่มีแหล่งรายได้หรือการศึกษา พวกเขาออกจากเรือนจำโดยไม่มีวิธีแก้ปัญหาใด ๆ ทั้งหมดเนื่องจากขาดการสนับสนุนขณะอยู่ในเรือนจำ

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading