SELATAN THAI: Sembilan anggota renjer marin dan seorang awam cedera dalam serangan bom yang ditanam di tepi jalan berhampiran Jambatan Talubo, Daerah Mueang, Wilayah Pattani, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi ketika dua kenderaan membawa anggota Renjer Marin Ke-7 Wilayah Narathiwat, melalui jalan yang sedang dibaiki di Mukim Pakaharang, Daerah Mueang.

Siasatan mendapati sebelum kejadian, semua anggota terbabit menaiki trak pikap berperisai dan sebuah kenderaan perisai 4×4 untuk dibaiki di Pusat Logistik Anothai, Kem Ingkayutthaborihan, Mukim Bo Thong, Daerah Nong Chik, Wilayah Pattani.

Anggota renjer marin Narathiwat mengambil langkah taktikal mempertahankan diri selepas kenderaan mereka dibom di Pattani hari ini (15 Mac 2025).

Selepas kenderaan itu dibaiki, semua sembilan anggota renjer marin itu menaiki pikap berperisai berkenaan untuk pulang ke Narathiwat.

Setibanya di lokasi kejadian iaitu di hujung jambatan yang sedang dalam pembinaan dan hanya tinggal satu lorong, pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.

Susulan itu, pelaku mengambil kesempatan dengan meletupkan bom yang ditanam di tepi jalan. Kekuatan letupan merosakkan kenderaan berkenaan, manakala semua anggota terbabit keluar dan melaksanakan tindakan taktikal bagi bersiap sedia sekiranya diserang.

Sepasukan anggota dari Balai Polis Bandaraya Pattani, Kolonel Polis Jeffrey Sailamanakul kemudian dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

Sejurus tiba, pihak polis mendapati anggota renjer marin terbabit sedang melakukan kawalan taktikal. Setelah mendapati tiada sebarang pergerakan daripada pelaku, anggota polis membawa semua mangsa ke Hospital Pattani untuk rawatan.

Pelaku dipercayai mengikuti pergerakan kenderaan renjer marin itu sejak meninggalkan pangkalan mereka di Wilayah Narathiwat, dan berkoordinasi dengan kumpulan tempatan di Pattani.

Seorang pemandu lori, Sutep Kueanuai, 49, yang mengekori kenderaan renjer marin ketika kejadian turut cedera di badan akibat terkena serpihan. Dia juga dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan.

Anggota renjer yang cedera ialah:

  1. Anuwat At-ongsa;
  2. Thosaphon Paopa;
  3. Sukree Noojun;
  4. Inyas Intafah;
  5. Kamol Phibunkulwan,;
  6. Chanuntekh;
  7. Chanuchai Boonkerd;
  8. Somchai Chumthong; dan
  9. Sabri Jehdolah.

Daripada pemeriksaan di tempat kejadian, didapati trak pikap berperisai pegawai berkenaan mengalami kerosakan dengan bahagian hadapan dipenuhi lubang serpihan.

Polis dan tentera kemudian menutup laluan berkenaan kerana bimbang pelaku mungkin menyembunyikan bom kedua, sebelum pasukan pemusnah bom menjalankan siasatan.

Ini kerana di kawasan pembinaan itu terdapat timbunan tanah, pasir, kerikil dan konkrit yang merupakan titik di mana pelaku mungkin menanam bom kedua.

Pelaku dipercayai mengikuti pergerakan kenderaan renjer marin itu sejak meninggalkan pangkalan mereka di Wilayah Narathiwat, dan berkoordinasi dengan kumpulan tempatan di Pattani.

Siasatan juga mendapati pelaku menggunakan bahan letupan buatan sendiri yang diletakkan kotak logam.

Pihak berkuasa percaya serangan itu dilakukan kumpulan pemberontak tempatan yang sama bertindak di Mae Lan semalam, yang mencederakan sembilan anggota polis.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading