
NARATHIWAT: Penyanyi ‘Bae Soba Bae’, Eda Ezrin, suami dan empat rakannya yang dibebaskan daripada tuduhan bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil methamphetamine, hari ini (6 Mac 2025), masih perlu tinggal tidak lebih empat bulan lagi di dalam penjara.
Peguam Thailand yang mewakili tertuduh, Soffian Abdul Aziz berkata, ini kerana pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat yang membebaskan semua tertuduh.
Menurutnya, pihak pendakwaan diberi tempoh antara sebulan hingga empat bulan untuk mengemukakan rayuan berkaitan keputusan hari ini.

“Pihak pendakwaan telah memaklumkan mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini… mereka ada masa sebulan untuk berbuat demikian… mereka boleh memohon dilanjutkan tempoh itu sehingga lah maksimum empat bulan.
“Oleh itu, semua enam tertuduh dihantar semula ke Penjara Pusat Narathiwat, sementara menunggu rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
“Disebabkan mereka rakyat asing, maka mereka tidak boleh dibebaskan lagi… kena tunggu rayuan… itu prosedur. Tapi jika rakyat Thai, mereka boleh pulang terus dengan jaminan sementara menunggu rayuan,” katanya kepada media Malaysia yang hadir membuat liputan keputusan kes itu.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat membaca keputusan penghakiman pada jam 9.40 pagi di kamar nombor 7.
Kamar mahkamah dipenuhi dengan ahli keluarga semua tertuduh, termasuk media. Selain itu, pihak mahkamah juga membenarkan ahli keluarga serta media yang tidak dapat masuk ke kamar perbicaraan, mengikuti keputusan itu menerusi sidang video di bilik lain.
Keputusan oleh hakim yang tidak boleh disiarkan namanya dibuat selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam perbicaraan penuh tiga hari pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.
Selepas keputusan dibacakan tertuduh kelihatan menangis kegembiraan sambil bersyukur kerana dibebaskan.
Mengikut fakta kes, Eda Ezrin atau nama penuhnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 November tahun lalu di sebuah bilik hotel di Sungai Golok, Thailand.
Semua tertuduh ditahan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Golok dalam bilik hotel berkenaan dan hasil pemeriksaan menemui dadah yang diletakkan di dalam bilik air.
Dalam perbicaraan penuh bermula 11 Februari lalu, pihak pendakwaan mengemukakan enam saksi iaitu empat anggota polis dan kakitangan hotel selain bukti berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Sementara itu, bagi pertuduhan menggunakan dadah, mahkamah menjatuhi hukuman denda sebanyak 4,000 baht (RM527) terhadap semua tertuduh setelah mengambil kira pengakuan bersalah mereka.
Bagaimanapun, jumlah itu tidak perlu dibayar. Mengikut sistem perundangan Thailand, tertuduh yang didapati tidak bersalah tetapi ditahan di dalam penjara sementara menunggu keputusan perbicaraan perlu dibayar ‘gaji’ mengikut kadar tertentu.
Bagi Zuhaira dan suaminya Eridieka pula, mahkamah menjatuhi hukuman denda 4,000 baht setelah mengaku salah memasuki dan tinggal secara haram di Thailand.
Kes enam rakyat Malaysia yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mendapat perhatian ramai susulan populariti Eda Ezrin yang terkenal dengan lagu-lagu irama dikir barat.
Kerajaan Thailand juga memberi perhatian terhadap kes itu dengan Kementerian Kehakiman mengarahkan perbicaraan terhadap tertuduh, serta keputusan kes itu dipercepatkan.
Beberapa media utama Malaysia, termasuk apakhabartv.com dan stesen TV hadir membuat liputan hari ini.
Terdahulu semua tertuduh dibawa dari Penjara Pusat Narathiwat kira-kira jam 9 pagi waktu Thailand (10 pagi waktu Malaysia).

พ้นคดีแต่นักร้อง แบซอบาแบสามีและเพื่อนอีก 4 คน ต้องอยู่ในเรือนจำอีกครั้ง
นราธิวาส: ‘แบ ซอบา แบ’ นักร้อง Eda Ezrin สามีและเพื่อนของเขาสี่คนได้พ้นคดีจากข้อหาร่วมกันขายยาบ้า 6,059 เม็ดวันนี้ (6 มีนาคม 2025) แต่ยังคงต้องอยู่ในเรือนจำอีกไม่เกินสี่เดือน
ทนายความของไทยซึ่งเป็นตัวแทนของผู้ถูกกล่าวหา โซเฟียน อับดุลอาซิซ กล่าวว่านี่เป็นเพราะการฟ้องร้องจะส่งการอุทธรณ์ต่อคำตัดสินของศาลจังหวัดนราธิวาส ที่จะปล่อยตัวผู้ถูกกล่าวหาทั้งหมด
ตามที่เขาพูดการฟ้องร้องของศาล จะอยู่ระหว่างหนึ่งเดือนถึงสี่เดือนเพื่อส่งคำอุทธรณ์ในการตัดสินใจของวันนี้
“ทางอัยการแจ้งให้พวกเขาทราบว่าจะอุทธรณ์คำตัดสินในวันนี้ … พวกเขามีเวลาหนึ่งเดือนที่จะทำการยื่นอุทธรณ์… และสามารถยื่นเป็นระยะเวลานานถึงสี่เดือน
“ดังนั้นผู้ต้องหาทั้งหกคนถูกส่งกลับไปยังเรือนจำกลางนราธิวาส โดยรอการอุทธรณ์โดยอัยการ
“เพราะพวกเขาเป็นชาวต่างชาติพวกเขาไม่สามารถได้รับการประกันตัว… พวกเขาต้องรอการอุทธรณ์ … มันเป็นขั้นตอน แต่ถ้าเป็นคนไทยสามารถประกันตัวได้ในขณะที่รอการอุทธรณ์” เขาบอกกับสื่อมาเลเซียที่เข้าร่วมฟังการตัดสินใจในครั้งนี้
ก่อนหน้านี้ผู้พิพากษาศาลจังหวัดนราธิวาส อ่านคำตัดสินของการตัดสินเวลา 9.40 น. ในห้องหมายเลข 7
ห้องพิจารณาคดีเต็มไปด้วยสมาชิกในครอบครัวของผู้ถูกกล่าวหาทั้งหมดรวมถึงสื่อมวลชน นอกจากนี้ศาลยังอนุญาตให้สมาชิกในครอบครัวและสื่อที่ไม่สามารถเข้าไปในห้องตัดสินคดีผ่านการประชุมวิดีโอในห้องอื่น
การตัดสินใจของผู้พิพากษาที่ไม่อนุญาตให้เอ่ยชื่อ เกิดขึ้นหลังจากทนายความฝ่ายจำเลยประสบความสำเร็จในการปกป้องสร้างความสงสัยอย่างสมเหตุสมผลในการพิจารณาคดีสามวันในวันที่ 11 กุมภาพันธ์ 13 และ 14
หลังจากการตัดสินใจถูกอ่านผู้ถูกกล่าวหาดูเหมือนจะร้องไห้ด้วยความสุขในขณะที่รู้สึกขอบคุณที่จะได้รับการปล่อยตัว
ตามข้อเท็จจริงของคดี Eda Ezrin หรือชื่อเต็มของเขา Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, สามีของเธอ, Mohd Affendi Ahmad, 35, และเพื่อนของพวกเขา, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; และ Zuhaira Nasrin วัย 26 ปีถูกตั้งข้อหาความผิดเมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายนปีที่แล้วที่ห้องพักใน สุไหงโกลก ประเทศไทย
ผู้ถูกกล่าวหาทั้งหมดถูกจับกุมโดยแผนกยาเสพติดของสำนักงานตำรวจสุไหงโกลกในห้องพักของโรงแรมและค้นหายาเสพติดที่พบในห้องน้ำ
ในการพิจารณาคดีอย่างเต็มรูปแบบเริ่มขึ้นเมื่อวันที่ 11 กุมภาพันธ์อัยการเสนอพยานหกคนตำรวจสี่คนและเจ้าหน้าที่โรงแรมรวมถึงหลักฐานของกล้องวงจรปิด (CCTV)
ในขณะเดียวกันสำหรับข้อกล่าวหายาเสพติดศาลตัดสินให้ปรับ 4,000 บาท (527 ริงกิต) กับผู้ต้องหาทั้งหมดหลังจากผู้ต้องหายอมรับผิด
อย่างไรก็ตามจำนวนเงินไม่ได้ชำระ ตามระบบกฎหมายของไทยพบว่าผู้ถูกกล่าวหาพบว่าไม่มีความผิด แต่ถูกจับกุมในเรือนจำที่รอการพิจารณาคดี จะต้องจ่ายเงินชดเชย ‘ในอัตราที่กำหนด
สำหรับ Zuhaira และ Eridieka สามีของเธอศาลตัดสินให้เขาปรับ 4,000 บาทหลังจากสารภาพผิดที่เข้าและอาศัยอยู่อย่างผิดกฎหมายในประเทศไทย
กรณีของชาวมาเลเซียหกคนจาก โกตาบารู รัฐกลันตันได้รับความสนใจจากความนิยมของ Eda Ezrin ซึ่งมีชื่อเสียงในเพลงจังหวะดีเกบารัต
รัฐบาลไทยให้ความสนใจกับคดีนี้และกระทรวงยุติธรรมได้กำชับให้เร่งการพิจารณาคดีกับผู้ถูกกล่าวหาให้เร็วที่สุด
สื่อสำคัญ ๆ ของมาเลเซียรวมถึง Apakhabartv.com และสถานีโทรทัศน์ก็มาร่วมรายงานข่าวในวันนี้
ก่อนหน้านี้ผู้ต้องหาทั้งหมดถูกเบิกตัวจากเรือนจำนราธิวาส เวลาประมาณ 9.00 น. ของประเทศไทย (เวลา 10:00 น. มาเลเซีย)






Leave a Reply