Apa Khabar TV (apakhabartv.com) sekali lagi diberi peluang untuk melawat keadaan di dalam ‘Penjara Contoh Ramadan’ (Penjara Pusat Narathiwat), terutama untuk melihat persiapan menjelang bulan puasa sekarang ini.

Ini adalah kali ketiga Apa Khabar TV berpeluang melawat keadaan dalam penjara berkenaan yang kini menjadi tempat tinggal sementara lebih 100 rakyat Malaysia yang ditahan di Selatan Thai kerana melakukan kesalahan – hampir semuanya berkaitan kes dadah.

Kali pertama kami dibenar masuk ke penjara berkenaan adalah pada 30 November tahun lalu iaitu hampir sebulan setelah penyanyi popular dikir barat dari Kelantan bersama suami dan empat rakannya ditahan di Sungai Golok dan ditempatkan di penjara berkenaan untuk pertuduhan di mahkamah.

Bersoal jawab dengan Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep.

Susulan itu, beberapa media utama dan media sosial Malaysia dibanjiri dengan laporan, tuduhan dan dakwaan mengatakan penjara di Thailand adalah antara yang paling teruk.

Media Malaysia turut menemubual beberapa individu yang pernah dipenjara di Thailand, khususnya di Selatan Thai iaitu Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla.

Berikutan laporan negatif itu, pihak Penjara Pusat Narathiwat membawa Apa Khabar TV untuk meninjau sendiri keadaan di dalamnya serta aktiviti yang dijalankan. Laporan penuh di sini.

Apa Khabar TV kemudian sekali lagi dijemput hadir dalam satu program yang diatur pihak penjara ketika lawatan Menteri Kehakiman Thailand, Thawee Sodsong, yang bertemu dengan banduan serta keluarga mereka.

Dan, lawatan kali ketiga ini turut disertai dua lagi rakan media dari Malaysia – Utusan Malaysia dan Sinar Harian – setelah permohonan secara bertulis dibuat kepada penjara berkenaan.

Kebetulan, dalam lawatan kali ini satu program turut diadakan iaitu pelancaran projek kraftangan, khususnya untuk banduan wanita. Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep di dewan Zon 8 iaitu blok penjara wanita.

Sebagaimana sebelum ini, Apa Khabar TV dibenar merakam gambar menggunakan kamera (bukan telefon bimbit) serta bebas menemubual banduan. Bertanya khabar, hukuman, kesalahan dan aktiviti yang dilakukan di dalam penjara itu.

Atas usaha beberapa individu berpengaruh, pihak penjara juga membenarkan kami menemubual penyanyi dikir barat itu, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau dikenali juga sebagai Eda Ezrin.

Menariknya, Penjara Pusat Narathiwat bukan saja dijadikan ‘Penjara Contoh Ramadan’, tetapi apa yang boleh diperhatikan kali ini terdapat satu lagi kelainan yang diamalkan oleh pihak pengurusan penjara itu.

Bersungguh-sungguh ‘menjaga perasaan banduan atau tahanan’. Itu adalah satu lagi amalan pihak pengurusan Penjara Pusat Narathiwat.

Ini terbukti ketika kami sudah hampir 20 minit menemubual Eda Ezrin, air mata penyanyi itu mula berlinang selain menahan sebak apabila teringatkan kedua-dua anaknya.

Temu bual dengan Eda Ezrin dihentikan serta-merta apabila penyanyi dikir barat asal Kelantan itu mula sebak.

Dengan pantas seorang pegawai kanan penjara yang melihat keadaan Eda Ezrin, mencuit kakitangan bawahannya mengarahkan supaya temubual itu ditamatkan segera.

“Maaf… kami perlu menjaga perasaannya… memang menjadi amalan di dalam penjara ini tidak mahu menguris perasaan tahanan atau banduan.

“Kami tidak mahu mereka bersedih ketika di dalam jagaan kami… malah ketika keluarga mereka melawat juga kami mengingatkan supaya tidak membuatkan banduan bersedih,” kata pegawai kanan berkenaan sambil berharap kami memahami tindakan itu.

Dalam lawatan terbaharu itu, kami turut dibawa sekali lagi meninjau keadaan dapur penjara berkenaan dan persiapan menyambut Ramadan.

Ketika kami menemu bual Komander Surin, beliau memaklumkan beberapa pihak telah menjanjikan pelbagai barangan termasuk buah kurma, untuk menjadi hidangan banduan Islam berbuka puasa.

“Majlis berbuka puasa juga akan diadakan sekiranya ada orang kenamaan yang datang. Namun, kebiasaannya banduan akan berbuka puasa di bilik masing-masing,” katanya.

Selain itu, katanya pihak penjara juga menggalakkan banduan Islam memperbanyakkan ibadat ketika Ramadan, selain solat tarawih berjemaah.

Seperkara lain yang menarik dilaksanakan di penjara itu ialah menu makanan yang disediakan adalah mengikut unit ukuran bagi nilai tenaga yang diperlukan oleh badan seseorang.

“Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang adalah penting… di sini kami menyediakan makanan yang boleh menjaga kesihatan banduan… ikut kalori,” kata Poksu Li sambil menunjukkan senarai menu harian yang disediakan.

Akhir kata, di dalam ‘Penjara Contoh Ramadan’ itu, walaupun tidak sebebas seperti di luar sana, banduan tetap dilayan sebaik mungkin kerana mereka juga manusia biasa.


สภาพจิตใจและความรู้สึกของนักโทษทางเรือนจำจังหวัดนราธิวาสให้การดูแลอยู่เสมอ

Apa Khabar TV (apakhabartv.com) ได้รับโอกาสอีกครั้งในการเยี่ยมชมสถานการณ์ใน ‘ต้นแบบรอมฎอนในเรือนจำ’ (เรือนจำกลางนราธิวาส) โดยเฉพาะอย่างยิ่งเพื่อดูการเตรียมการสำหรับเดือนถือศีลอดในปัจจุบัน

นี่เป็นครั้งที่สามที่ Apa Khabar TV มีโอกาสเยี่ยมชมสถานการณ์ในเรือนจำซึ่งปัจจุบันเป็นที่อยู่อาศัยชั่วคราวที่ชาวมาเลเซียมากกว่า 100 คนถูกควบคุมตัวในภาคใต้ของไทยที่กระทำความผิด – เกือบทุกคนเกี่ยวข้องกับคดียาเสพติด

ครั้งแรกที่เราได้รับอนุญาตให้เข้าเรือนจำคือวันที่ 30 พฤศจิกายนปีที่แล้ว เกือบหนึ่งเดือนหลังจากนักร้องยอดนิยมดีเกบารัต จากกลันตันกับสามีของเธอและเพื่อนสี่คนถูกจับกุมในสุไหงโกลกและอยู่ในเรือนจำ

หลังจากนั้นสื่อสำคัญๆหลายสำนักและโซเชียลมีเดียมาเลเซียได้รายงานข้อกล่าวหาว่าเรือนจำในประเทศไทยเป็นหนึ่งในสิ่งที่เลวร้ายที่สุด

สื่อมาเลเซียยังสัมภาษณ์บุคคลหลายคนที่ถูกจำคุกในประเทศไทยโดยเฉพาะอย่างยิ่งในภาคใต้ของไทย นราธิวาส ,ปัตตานี,ยะลา และสงขลา

หลังจากรายงานเชิงลบ ทางเรือนจำจังหวัดนราธิวาส ได้นำ Apa Khabar TV มาสำรวจสถานการณ์ในนั้นและกิจกรรมต่างๆ อ่านรายงานฉบับเต็มได้ที่นี่

Apa Khabar TV ได้รับเชิญอีกครั้งให้เข้าร่วมโครงการที่จัดโดยเรือนจำในระหว่างการเยือนรัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรม ทวี สอดส่อง ผู้ซึ่งได้พบปะนักโทษและครอบครัวของพวกเขา

และการเยือนครั้งที่สามก็เข้าร่วมโดยพันธมิตรสื่ออีกสองรายจากมาเลเซีย – Utusan Malaysia และ Sinar Harian – หลังจากขออนุญาตเป็นลายลักษณ์อักษรถึงเรือนจำ

โดยบังเอิญในระหว่างการเยี่ยมชมโครงการนี้ก็มีการเปิดตัวโครงการงานฝีมือโดยเฉพาะอย่างยิ่งสำหรับนักโทษหญิง เปิดงานโดย ผู้บัญชาการเรือนจำ สุรินทร์ จันทร์เทพ ที่แดน 8 ซึ่งเป็นเรือนจำแดนหญิง

เมื่อก่อนหน้านี้ได้รับอนุญาตให้ถ่ายภาพทีวีโดยใช้กล้อง (ไม่ใช่โทรศัพท์มือถือ) และสัมภาษณ์นักโทษ ถามข่าวการลงโทษความผิดและกิจกรรมของเรือนจำ

เนื่องจากความพยายามของบุคคลที่มีอิทธิพลบางคนเรือนจำก็อนุญาตให้เราสัมภาษณ์นักร้องดีเกบารัต Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail หรือรู้จักกันในชื่อ Eda Ezrin

ที่น่าสนใจเรือนจำนราธิวาสไม่เพียง แต่เป็น ‘เรือนจำตัวอย่างสำหรับรอมฎอน’ แต่สิ่งที่สามารถสังเกตได้ในครั้งนี้มีความแตกต่างอีกอย่างหนึ่งที่ผู้บริหารเรือนจำปฏิบัติ

อย่างจริงจัง ‘รักษาความรู้สึกของนักโทษหรือผู้ต้องหา’ นั่นเป็นอีกวิธีหนึ่งของการจัดการเรือนจำกลางจังหวัดนราธิวาส

สิ่งนี้เห็นได้ชัดเมื่อเราสัมภาษณ์ Eda Ezrin เป็นเวลาเกือบ 20 นาทีน้ำตาของนักร้องเริ่มปริ่มและกลั้นน้ำตาไม่อยู่ ขณะที่เธอคิดถึงลูกๆทั้งสองคน

เจ้าหน้าที่อาวุโสของเรือนจำที่เห็นสภาพของ Eda Ezrin ได้สะกิดผู้ใต้บังคับบัญชาของเขาสั่งให้การสัมภาษณ์ถูกยกเลิกทันที

“ขออภัย … เราต้องดูแลความรู้สึกของเขา … มันเป็นการปฏิบัติในเรือนจำนี้ที่เขาไม่ต้องการตอกย้ำหรือกรีดความรู้สึกของนักโทษหรือผู้ต้องขัง

“เราไม่ต้องการให้พวกเขาเศร้าใจในความดูแลของเรา … แม้ว่าครอบครัวของพวกเขาจะไปเยี่ยมเราก็เตือน เราว่าอย่าทำให้นักโทษเศร้า” เจ้าหน้าที่อาวุโสกล่าวโดยหวังว่าเราจะเข้าใจการกระทำ

ในระหว่างการเยี่ยมชมครั้งล่าสุดเราถูกพาไปดูครัวเรือนจำอีกครั้งสำหรับการเตรียมการสำหรับรอมฎอน

เมื่อเราสัมภาษณ์ผู้บัญชาการเรือนจำ สุรินทร์ จันทร์เทพ ท่านแจ้งหลายฝ่ายที่สัญญาว่าจะบริจาคของเช่น ลูกอินทผาลัมให้นักโทษอิสลามละศึลอด

“ พิธีละศีลอดจะถูกจัดขึ้นเป็นพิเศษ หากบุคคลสำคัญบางคนมา อย่างไรก็ตามนักโทษมักจะละศีลอดในห้องของพวกเขา” เขากล่าว

นอกจากนี้เขากล่าวว่าเรือนจำยังสนับสนุนให้นักโทษมุสลิมเพิ่มการปฏิบัติศาสนกิจให้มากๆในช่วงรอมฎอนนอกเหนือจากการละหมาดตารอเวี๊ยะ

อีกสิ่งที่น่าสนใจที่นำมาใช้ในเรือนจำคือเมนูอาหารที่ให้ไว้เป็นไปตามหน่วยพลังงานสำหรับค่าพลังงานที่ร่างกายต้องการ ควบคุมโดยนักโภชนาการ

“ปริมาณแคลอรี่ที่ร่างกายต้องการเป็นสิ่งสำคัญ … ที่นี่เราให้บริการอาหารที่สามารถดูแลนักโทษ … ตามแคลอรี่” เปาะซูลี กล่าว ชี้ไปที่รายการเมนูรายวัน

สุดท้ายในเรือนจำตัวอย่างเดือนรอมฎอน ‘แม้ว่าจะไม่มีอิสระเท่าข้างนอก แต่นักโทษยังคงได้รับการปฏิบัติที่ดีที่สุดเท่าที่พวกเขาเป็นมนุษย์ปกติ

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading